Tetamu ilmu di Shah Alam

Alhamdulillah pada jam 1330 saya dan anak sampai di Shah Alam Seksyen 13. Berita kurang baiknya tidak dapat check in kerana belum cukup masa iaitu jam 2 petang.

Artikel sebelumnya boleh dibaca di sini: Hari pertama ‘fly and travel’ ke Semenanjung Malaysia

Bagaimanapun selepas 30 minit kemudian baharulah saya dapat check dan terus buka laptop untuk buat kerja seperti biasa.

Pada sebelah petangnya sebelum anak pulang ke sarang di UPM serdang, dia ajak saya untuk jalan-jalan di sekitar kawasan tersebut.

Dapatlah kami dua shopping ala kadar di AEON MAll Seksyen 13, Shah Alam.

Sempat juga makan-makan sikit dan membeli beberapa barang makan untuk keperluan menginap beberapa beberapa di hotel di sana.

WAJIB BACA :   Tamsilan Cerita Budak Kecil Nak Beli Kereta
Aktiviti wajib bila berjalan.

 

Sebelum balik ambil gambar bangunan.

Pada hari kedua kejadian, saya dan kawan-kawan sudah menjalani kursus di Shah Alam Convention Centre di Seksyen 14.

Ada juga yang menarik untuk diceritakan tetapi rasa kurang rajin pulak untuk menulis dalam blog ini.

Cuma saya serta beberapa keping gambar sebenar untuk kenangan peribadi ketika berada di tempat tersebut.

Cukup la kot perkongsian kali ini.

Dalam Masjid Biru Shah Alam
Selfe sikit, jadilah daripada tiada langsung
Cuaca kurang panas..memang sedap untuk jalan-jalan.
Yang ini saya ambil sesuatu kursus di SACC

18 thoughts on “Tetamu ilmu di Shah Alam”

  1. Wahhhh dekat benar sudah dengan kantor saya ni. Seronok tak tuan datang ke Shah Alam ini? Masjid Shah Alam itu memang ikon dulu, kini dan selamanya bagi Shah Alam

    Balas
  2. waah cantiiiik mesjidnya 😍😍. berapa hari penugasan di sana bang? paling sukaaa kalau bisa outstation begini . sambil kerja, tp ada jugalah menikmati kota nya di saat free kan

    Balas
  3. Salam singah, alhamdulillah, selesai urusan di Shah Alam, pernah ke Seksyen 13 Shah Alam ni, tujuan kursus juga..tak sah jika tak ambil gambar

    Balas
    • wsalam..

      Terbaik la tuan Etuza kerana ada kesempatan untuk ke Seksyen 13.

      Ya, dari dulu lagi memang ramai yang ambik gambar ketika jalan-jalan

      Balas
  4. Cantik masjid biru Shah Alam tu. Saya pernah pergi masa saya kecil² dulu. Encik Hanafi tak pergi Decathlon Shah Alam ke? Cawangan Shah Alam adalah yang paling besar, dan memang best tengok barangan dan pakaian sukan.

    Balas
    • Nampaknya saya tiada kesempatan untuk ke Decathlon Shah Alam

      pertama sebab tak tahu

      kedua masa pula tiada

      in shaa Allah kalau ada peluang memang akan pergi untuk lain kali

      Balas
  5. Kali pertama jejak kaki di Masjid Negeri Shah Alam tu pd thn 1988 semasa lawatan sambil belajar slps SRP. Sampai skrg x sampai2 lagi ke situ… Harap dpt pi ke sana masa konvo UiTM anak nanti. Insya Allah…

    Balas

Leave a Comment

Entri Popular

Komen Terkini