Pada 17 Mei 2026, saya berkesempatan untuk ‘fly’ dengan pakej penuh tajaan syarikat ke Semenanjung Malaysia.
Dulu pernah sekali kira-kira sebelum Covid-19 yakni pada tahun 2019 untuk siri jelajah Kelantan.
Pada kali ini, saya terpilih untuk mengikut kursus digital bersama tiga orang rakan sekerja yang lain. Venue kursus kami di Shah Alam yakni di Shah Alam Convention Centre.
Beberapa hari sebelum pergi saya sudah membuat beberapa persediaan seperti menyemak tempahan tiket penerbangan dan penginapan.
Bagaimanapun semua urusan ini sudah dilakukan oleh pihak admin syarikat.
Saya cuma semak dan imbang supaya perjalanan lebih lancar dan teratur.
Eh, macam ahli politik pulak.
Seawal jam 6.00 pagi saya dihantar sang isteri ke lapangan terbang antarabangsa Kuching.
Penerbangan dijadualkan 8.35 pagi dan ‘boarding time’ adalah 7.55 pagi.
Perjalanan kali ini secara solo sahaja memandang tiga rakan sekerja sudah fly beberapa hari lebih awal untuk urusan peribadi masing-masing.
Alhamdulillah, saya sampai lapangan terbang awal.
Namun proses menunggu untuk ‘boarding and fly’ juga tidak juga terasa sangat kerana suasana awal pagi.
Secara kebetulan juga memang dalam mood terbaik.
Sekitar jam 10.00 pagi penerbangan Kuching-Kuala Lumpur selamat mendarat di KLIA 2.
Di sana anak kedua saya (pelajar UPM Serdang) sudi menemani saya untuk jalan-jalan sementara meneruskan perjalanan ke Shah Alam.

Dari KLIA 2, kami ambil tiket KLIA ekpress ke KL Sentral dengan harga RM55 seorang untuk satu hala perjalanan.

Laju juga untuk mengempiskan dompet tau !
Sesudah sampai sampai ke KL Sentral, kami bergegas ke tempat makan-makan untuk mengisi perut di Ayam Penyet AP- NU Sentral.


Kalau tentang harga memanglah ‘class’ sebab ia berada di Kuala Lumpur walaupun kita tahu harga memang mahal belum tentu sedap.
Seusai makan, kami berdua teruskan perjalanan ke Shah Alam menggunakan laluan Kelana Jaya ke Glenmarie menggunakan LRT.
Tambah sehala cuma RM3.50 jer.
Murah dan puas hati.
Tapi masa mula masuk, manusia berhimpit-himpit dan padat dengan penumpang.
Lama-kelamaan semakin kurang dan sempat juga duduk atas kerusi.

Selain itu cukup laju kerana LRT berada di atas laluan sendiri berbanding kongsi jalan raya jika guna bas atau kereta.
Sejujurnya saya mahu cepat sampai dan check in awal kerana nak bertugas jam 2.00pm.
Jangan fikir saya makan angin kerana perjalanan ini bukan bersifat peribadi.
Alhamdulillah sampai di Glenmarie sekitar jam 1.00 petang untuk kami tempah Grab ke hotel penginapan pula.
Cerita akan bersambung untuk pengalaman ketika berada di Shah Alam Seksyen 13…
Selamat Datang ke Semananjung Malaysia yakni Selangor Darul Roundabout. ha ha ha
SHAIZHAR BIN ABU BAKAR recently posted…610 – Keputusan Karnival Sukaneka & Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke 42
Terima kasih tuan.
Memang jalan-jalan dan sesuai juga untuk Selangor Darul Roundabout.
Wah.. Encik Hanafi ke Shah Alam. Dah besar anak kedua Encik Hanafi, di UPM. Menunjukkan Encik Hanafi ni dah tua rupanya. Hehe.. saya gurau je.
betul…
anak kedua dah besar, apatah lagi anak pertama
dan diakui juga sudah tua berjiwa muda hehehehe
Selamat terbang di angkasa ya sahabat,..memang rasa ada kelainan bila travel walau dalam negara ..happy day to you..
Kan..
kelainan sedikit daripada rutin harian.
Kalau tak travel pun ok juga buat saya
Nasib baik ada anak tukang teman.
Betullah tengok makanan ayam bakar itu macam menyedihkan.
itulah ada anak jadi peneman untuk hari pertama
hari kedua dan seterusnya sudah sibuk dengan kursus.
Welcome to Semenanjung tuan … Semoga dipermudahkan urusan dan selamat bertugas/berkursus.
Terubatlah rindu dapat jumpa anak alhamdulillah.
betul…
dapat jumpa anak pun rasa sangat happy
alhamdulillah…nasib baik ada anakanda yang temankan.
Alhamdulillah..
lepas ini ok sikit
tak la macam rusa masuk kampung sangat.
Selamat berkursus dan enjoy the time di Shah Alam ye Tuan Hanafi. Have a pleasant stay in Shah Alam
Terima kasih ya..
memang happy juga stay di Shah Alam
aiiiiih mahaaal nya ayam tuh. ayam bakar Garut pula yaa, kota di Jawa barat Garut itu 😄.
tapi macam biasa memang penampakannya bang. tak sangka harga segitu.
semoga lancar selama di sana yaaa. bisa ketemu anak juga, happy pasti.
tiket one way KLIA express tuh memang mahal. saya masih galau, nanti nak naik itu atau grab menuju hotel di Chinatown. juni ini nak ke KL lagi soalnya
Agak mahal juga
tapi kira ok juga sebab sekali sekala.
Saya sarankan naik saya yang laju untuk jimat masa
kalau no rushing …boleh juga guna Grab