Dunia hari ini berdepan dengan tidak ketentuan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Itulah ayat skema yang selalu menerawang dalam minda dan jiwa manusia sejak akhir-akhir ini.
Baru-baru juga ini ada seorang sahabat berkongsikan satu poster yang entah betul atau tidak berkenaan keadaan dunia pada tahun 2026.
Jadi sebagai Content Creator yang suka bermain AI, saya buat semula dalam bahasa Melayu seperti di bawah.
Saya buat ulasan berdasarkan apa yang sudah berlaku hari ini yakni sehingga bulan Mei
Januari
Amerika Syarikat jadi hero dunia dengan menangkap Maduro untuk menukar regim pemerintahan. Hakikat sebenar mahu menguasai minyak Venezuela.
Februari
Pada 28 Februari pakatan AS-Israhell menyerang Iran untuk ajak berperang dengan alasan yang tidak munasabah. Senang cerita saja nak buat kacau pada kedaulatan negara lain.
Mac
Selat Hormuz mula ditutup dan mengganggu rantaian ekonomi seluruh dunia. Sehingga hari ini banyak kapal masih tersangkut dan bekalan minyak terjejas.
April
Isu cuaca ekstrem dan gelombang haba global semakin menjadi kebimbangan utama. Di Malaysia khususnya di Sarawak masih berada dalam keadaan selamat untuk air bersih. Cuma sekali sekala paip tiada air di Kota Samarahan kerana masalah teknikal untuk buat ART.
Mei
Setakat coretan ini, Presiden AS berjumpa Presiden China untuk urusan perdagangan. Selebihnya macam biasa saja. Syukur alhamdulillah.
Jun
Kita masih menunggu apa yang berlaku. Berdasarkan poster tersebut akan dilakukan serangan siber ke atas struktur kewangan dunia. Kalau berdasarkan keadaan semasa, tak perlu menunggu Jun 2026 kerana ramai sudah terkena scam pasal pelaburan palsu. Golongan pesara dan profesional sudah terjebak yang kini kerugian ratusan ringgit.
Penutup
Apa-apapun kita perlu bersikap rasional, kritikal dan tenang dalam menghadapi apa juga cabaran hidup.
Jangan terlebih fikir nanti runsing tak bertempat dan jangan pula abaikan tanpa berbuat apa-apa takut pula menyesal tak sudah.
Wallahualam


Moga² ramalan buruk tidak terjadilah ya. Semoga makanan semua mencukupi. Kalau berlaku pun, sudah tertulis olehNya. Kena hadap saja dan buat sebaik yang kita mampu.
In shaa Allah. Selalulah bersangka baik.
Kalau sudah takdir memang kita kena hadap dengan rasa sabar serta reda saja.
semoga kita terselamat dari segala bencana yg dijangka berlaku pd thn 2026 ini. Aamiin…
abah boroi recently posted…Keluhan Seorang Guru Sempena Hari Guru 2026
Aamiin…
doa yang baik-baik saja .
makin ke sini, makin tak menentu ya bang 😔. saya biasa selalu letak alokasi investasi di saham dan gold bar , tp skr nih stok dulu. Krn ketidakpastian global. prefer simpan dulu di tabungan biasa. Krn saya tak bisa baca pola market yg sekarang . seram kalau makin tak menentu
Ketidaktentuan ekonomi memang merisaukan ramai orang.
tapi ada orang yang positif.
Disebalik masalah ada peluang yang baik
Alamak…..hmmm….tak tau nak komen apa🤔
it okay.,
sebab benda mungkin betul dan mungkin salah.
zaman sekarang ni, memang perlukan persediaan dari segi fizikal, emosi dan mental.. macam2 ujian yang mendatang.. semoga kita terselamat dan tabah dalam mengharungi ujian yang datang..aamin
betul..
selalulah bersangka baik dan positifkan minda untuk hadapi apa jua halangan serta cabaran.
Semoga kita semua dijauhkan dari marabahaya ya mas Hanafi.
Tapi kalau perkara heatwave, memang bulan2 ini terasaa sekali lho panasnya.
sekarang di Malaysia juga amat panas.
bahaya juga kerana boleh ken stroke haba.