Hari Sabtu bersamaan 27 Januari 2024, saya berkesempatan untuk menghadiri majlis graduasi anak bongsu di SK Dato Mohd Musa.
Dalam sedikit masa lagi, dia akan menginjak kaki ke sekolah menengah.
Majlis bermula seawal 7.00 pagi dengan kedatangan para murid dan ibu bapa.
Tepat jam 8.46 pagi kedatangan tetamu terhormat dan jemputan khas.
Saya ringkaskan, takut jadi artikel aturcara la pulak kan hehehe.
Selepas itu majlis penganugerahan hadiah Terbaik Akademik kepada anak bongsu saya…alhamudlillah.
Pada sesi 2023/2024, seramai lebih 200 murid tahun enam menerima skrol masing-masing.
Ramai betul la dan mereka terbahagi kepada tujuh kelas.
Majlis bersurai sekitar jam 11.30 pagi dengan ibu bapa membawa sebungkus makanan dan sebungkus lagi untuk murid.
Sebelum saya menoktahkan coretan ini, wajar juga saya berkongsi satu peristiwa kepada salah seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI) yang ada pada majlis tersebut.
Hari hujan renyai-renyai.
Ibu bapa drop anak mereka betul-betul depan dewan untuk majlis graduasi tersebut.
Kereta di depan saya sudah banyak menunggu giliran untuk maju ke depan.
Pergerakan kereta kami tersangkut kepada kereta salah seorang bapa yang terpaksa mengangkat anaknya ke atas kerusi roda.
Dari jauh dia kelihatan marah-marah kepada anaknya yang OKU.
Mungkin dia tertekan kerana penyebab kereta lain terhalang.
Tanpa disedari mata saya masuk habuk.
Dalam hati, anak OKU jangan dimarahi kerana mereka insan istimewa.
Lantas saya berkata kepada anak “ ibu bapa yang mempunyai anak OKU diuji Allah SWT supaya ada kesabaran dan kasih sayang yang luar biasa.”
Kesabaran dan kasih sayang itulah sebagai penjana pahala yang berlipat ganda buat mereka.
Bersyukurlah kita kerana masih sihat dan cukup sifat dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini.
Rasanya itu saja perkongsian kali ini dan moga jumpa lagi dalam perkongsian yang lain pula.
Anak OKU memang sentiasa akan dimarahi. Sangat besar ujiannya untuk ibu ayahnya.. Marah itu sebenarnya bukan tidak sayang, tetapi tekanan dari rasa yang jauh tersemat di sudut hati.
Marah itu, Lady anggap ia sebagai penguat untuk terus sabar dan bertahan dalam dunia sebenar yg perlu dilalui oleh seorang oku apabila besar nanti. Ini Ldy lalui.
Sebagai ibu ayah yang tidak punya anak OKU, ldy rasa kdg2 perlu mereka tolong jaga walaupun hanya kadang-kadang untuk meringankan bebanan perasan ibu ayah yg punyai anak oku.
itulah kan…besar juga uian kepada mereka yang terlibat
namun sikap toleransi dan sangat memahami itu penting
Sedihnya cerita paling akhir tu. Dugaan besar untuk keluarga yang mempunyai anak yang special ni.
Tahniah buat anak ya!. Buat lagi ok?.
memang sedih dan itulah realiti yang memang ada berlaku dalam mastarakat kita
Terima kasih ye…in shaa Allah semoga dia istiqamah berbuar demikian
Aamiin. Aunty doakan yang terbaik ya…
alhamdulillah…terima kasih ya
Allah menitipkan anak OKU kepada orang tua yang dia kehendaki. Pasti dengan tujuan dan maksud tertentu.
Betulnya semuanya ada hikmah tertentu kepada kedua ibu bapanya
Tahniah!
Tak lama lagi akan masuk fasa baharu dalam hidup!
terima kasih uncle.
lepas ini fasa yang lebih mencabar
Tahniah! Bukan senang nak dapat penghargaan.
Terima kasih…betul tu.
memang bukan mudah untuk dapat perhargaan apabila ramai para pesaing
alhamdullilah akhirnya, pencapaian akademik terbaik,selamat dan semoga kedepan makin sukses.
aamiin dan terima kasih ya
congratulations to anak bungsunya mister. semoga belajarnya semakin rajin, prestasinya bertambah, membahagiakan keluarga
Intan Sudibjo recently posted…Thought to be Batak Because Played Western Songs
Aamin Ya Rabbl aalamiin
Thank you so much.
sedihh dan insaf dgn diri sendiri., aminn
Ya..mudah-mudahan memberi kita suri teladan juga
tahniah pencapaian cemerlang moga sukses dunia akhirat
Aamiin dan terima kasih Kak PI
wahhh tahniahhhh Qaleesya! moga terus bersemangat ya. allahuakbarr kasihan anak OKU dimarahi kerna mereka golongan istimewa.. perlu tinggi tahap kesabaran.. moga dipermudahkan urusan ibu bapa anak OKU tersebut aminnn
terima kasih dan alhamdulillah
ya…sungguh kasihan dia kan
tahniah anaknda…moga permata semakin bersinar di sekolah menengah nanti
terima kasih…aamiin moga doa kita semua dimakbulkan
Tahniah kepada anak Encik Hanafi…!
Sekolah menengah anak saya pun ada kelas khas integrasi juga. Sekolah asingkan pintu anak-anak OKU dengan yang normal. Jadi, kurang sesak bila drop anak-anak. Tapi dalam kes ni, kena drop anak di dewan ye. Allah.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Terima kasih puan Nur..
Sebab mereka yang murid OKU juga terlibat dengan majlis graduasi juga pada hari tersebut
tahniah Qaleesya!
semoga lebih berjaya bila menjejakkan kaki di sek men nanti…
ckp fasal anak OKU tiba2 teringat aktres zarina zainuddin. dia punya sabar tu smpi dah tahap tak keluar lg dah air mata…
terima kasih Anies atas sokongan dan doanya
Memnang tidak dinafikan ada kesukaran dan cabaran di situ
anak Oku itu spesial. parents yg punya anak Oku lebih spesial. Krn Allah tahu mereka kuat dan sanggub diberi titipan Allah yg spesial. semoga saja para parents yang diberi berkat anak OKU, selalu dibagi kesabaran yg kuat untuk anak2 mereka. ❤️.
Tulah ..mudah-mudahan mereka diberi kekuatan dan kesabaran yg luar biasa menghadapi anak yg OKu
Tahniah buat anak tuan.
Semoga terus cemerlang.
Lagi sebulan akan melangkah ke sekolah menengah pula.
terima kasih
Insya Allah tidak lama lagi mereka akan melangkah kaki ke sekolah menengah