Penghulu segala hari sudah tiba lagi. Tidak terasa masa begitu cepat berlalu. Minggu lepas hari Jumaat dan hari ini jumpa lagi hari Jumaat.
Semasa khutbah Jumaat minggu ini menyentuh topik cukai wajib dibayar.
Cukai adalah cara kerajaan untuk mengumpul duit rakyat untuk diberi semula kepada rakyat.
Dalam bahasa ekonomi cukai adalah dana perolehan untuk mentadbir, membangun dan membina negara.
Lagi banyak cukai diperolehi maka lagi banyak pendapatan kepada negara walaupun pendapatan boleh berpunca daripada sumber yang lain.
Semasa khutbah tadi, khatib berpesan jangan sengaja lari daripada membayar cukai.
Membayar cukai wajib dan tanggungjawab rakyat kepada kerajaan.
Cuma wang yang diperolehi ini tidak wajar berlaku ketirisan sehingga menganiaya rakyat yang kaya mahupun miskin.
Rasanya itu saja perkongsian kali ini dan moga kita jadi pembayar cukai yang bertanggungjawab.
sy tetap setia membayar cukai tiap2 thn kpd LHDN.
abam kie recently posted…Mengapa UPSR dan PT3 perlu diadakan kembali?
Alhamdulillah..terbaik Abe Kie…itulah sumbangan rakyat Malaysia untuk negara
orang bijak taat pajak ya…dari rakyat kembali lagi ke rakyat , semuanya untuk kepentingan bersama.
Betul tu…ini semua untuk kepentingan bersama…demi negara
Kalau taknak bayar cukai… pindah negara lain!
Ini sindiran amat tajam hahahha
Alhamdulillah kami bayar..
Wah…terbaik la gitu
Cukai pintu, cukai tanah, kalau ada lebih 1 rumah, banyak juga perlu dibayar. Tak termasuk cukai jalan, cukai pendapatan lagi.. hehe…
itulah sumber pendapatan negara
lagi banyak cukai lagi bagus tapi kena urus dengan jujur dan betul
sisi positif cukai tu harus diketengahkan…
bukan dimomokkan ia sesuatu yg menyusahkan…
Yalah…
mahu tidak mahu cukai kena bayar untuk pendapatan negara
cuma tatakelola mesti betul
ini sama dengan pajak penghasilan atau income tax di Indonesia. insyaallah selalu dibayarkan. kalo suami, tax nya sudah auto didebit oleh CIMB tempat dia kerja. jadi tinggal dilaporkan saja tiap bulan Maret.
kalo sayapun begitu. karena saya trading saham, jadi tiap beli dan jual sudah dipotong tax. tinggal dilaporkan saja
Fan dan suami memang warga yang bertanggungjawab . Semoga menjadi ikutan juga kepada orang lain nanti