Sekali lagi anak bongsu saya selesai menduduki ujian khas Kolej Sarawak pada 24 Januari 2024. Ini merupakan ujian keempatnya sebelum betul-betul confirm penempatan sekolah yang sebenar.
Mari kita lihat pencapaian ujian yang dilaluinya sebelum ini.
1.SBP – Lulus
2.MRSM – Lulus
3.Tunaz – Tidak berjaya
4.Kolej – Menunggu keputusan
Kolej Sarawak ada dua iaitu Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah di Kuching dan Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang di Miri.
Sejujurnya hanya pada tahun ini saja saya betul-betul ambil tahu tentang Kolej Sarawak.
Apa keistimewaan atau kelebihan pun saya tidak pasti.
Namun yang pasti Kolej Sarawak merupakan sekolah berasrama.
Berbalik saya kepada kisah anak saya menduduki peperiksaan khas Kolej Sarawak.
Ujian dijalankan pada pukul 1 tengah hari sehingga 3 petang selama dua jam.
Tempat ujian di sekolah anak bongsu saya belajar sekarang ini.
Menurunnya, jumlah calon cuma 22 orang sahaja daripada SK Datuk Mohd Musa.
Kita doakan kejayaan mereka dalam menempuhi alam persekolahan yang sangat mencabar sekarang ini.
Dulu masa kita kecil kita tak rasa apa yg parent kita rasa.. mcm seolah2 kita seorang sahaja yg risau pelajaran kita.. now kita dah jadi parent baru kita tahu betapa runsingnya kita nk yg terbaik untuk anak2 kita dlam pembelajaran 😀
Itulah hukum kehidupan…pasti akan dilalui juga walaupun dalam masa dan situasi yang berbeza
Oh, sidak ambik di sekolah sidak pun ajak… sekolah anak kmk ya… hehehe… dan sekolah kmk juak ya dolok… hehehe… mun ada rezeki si bongsu ktk di sia ada kita berjumpa di mesy pibg klak.. hehehe
Yalah tek. Mun seblmpat jumpa kita selfie ..boleh juak pake molah kontent blog
Banyak juga ujian yang dilalui di sekolah di Sarawak. Moga yang terbaik hendaknya….
Memang banyak untuk dapat banyak pilihanjuga
Ya sebenarnya anak saya pun apply banyak juga pilihan. Boleh baca di sini http://www.eznakhalili.com/2017/12/perjalanan-dania-ke-sekolah-menengah.html
bagus banyak pilihan kan..
senang nak memilih nanti bila ada tawaran
In shaa Allah
semoga hasil akhirnya membawa kabar baik ya bang buat anak bungsunya, semoga berjaya.
Aamiin dan terima kasih ya ..
semoga berjaya !! inshaAllah !!
Terima kasih & Aamiin
Selepas berusaha, berdoa dan akhirnya kita berserah sahaja
Semoga anak Encik Hanafi dapat belajar di sekolah yang baik. Saya pun baru tahu tentang Kolej Sarawak ni, bila Encik Hanafi cerita.
Aamiin dan terima kasih atas doanya…
Apa-apa sekolah pun ok jer sebenarmya
kolej ni termasuk dalam SBP?
Bukan ..kolej adalah kendalian kementerian pendidikan negeri sahaja..SBP bawah seliaan kementerian pendidikan Malaysia
Assalamualaikum dan salam Jumaat!
Saya datang bawa berita!
Jom!
Jemput ke pos SENARAI PEMENANG GIVEAWAY PERFUME SR
Wsalam…masa begitu cepat berlalu.. sekarang sudah Jumaat balik
semoga dipermudah semuanya utk anak Abang yaa. dapat kolej yang sesuai keinginan juga.
Aamiin dan terima kasih Fan