Tarikh keputusan asrama penuh 2024

Pasti ramai ibu bapa yang ingin tahu tarikh keputusan asrama penuh 2024.

Kalau ya pun harap bersabar kerana orang dulu-dulu kata, tak lari gunung dikejar atau rezeki tak pernah salah alamat.

Tarikh keputusan asrama penuh 2024

keputusan asrama penuh 2024

Menurut portal Kementerian Pendidikan, tarikh keputusan asrama penuh 2024 pada 1 Mac.

 

Pada tahun ini MRSM mengawalkan tarikh pengumuman kemasukan pada 18 Januari 2024.

Ini bertujuan supaya ibu bapa yang mempunyai anak terpilih ke MRSM boleh membuat persediaan awal.

Anak bongsu saya juga teruja nak tahu kerana dia juga ada menduduki ujian UKKM tempohari.

Kita tinggalkan MRSM.

Saya memfokuskan kepada maklumat berkaitan asrama penuh atau SBP.

WAJIB BACA :   7 Hari Sebelum Tibanya Tarikh Kes Perceraian

Tidak dinafikan mendapat tempat di sekolah yang berprestij menjadi idaman anak-anak yang cemerlang.

Peluang pula sangat terhad.

Saingan tentulah juga sengit.

Ini tidak bermakna bersekolah di tempat biasa tiada potensi untuk berjaya.

Saya yang bersekolah di kampung pun boleh dianggap berjaya kerana menjadi blogger hehehe.

Cuma profesion blogger tidak rasmi dan kurang dipandang tinggi masyarakat dewasa kini.

Mungkin pendapatan tidak setara atau setanding dengan profesion lain.

Maaf saya cuma bercanda.

Tentulah orang pernah bersekolah di SBP mendapat pengalaman yang berbeza daripada orang yang bersekolah biasa.

Pengalaman itu amat berharga dan jangan sia-sia peluang tersebut untuk mencipta masa depan yang penuh gemilang.

WAJIB BACA :   7 Perkara Yang Majikan Mahu Dari Pekerja

Kepada mereka yang kurang berjaya kerana tidak terpilih ke SBP janganlah berduka lara dan berdukacita terlalu lama.

Peluang lain pasti ada kerana aturan dan jaluran hidup kita berbeza-beza.

Hikmah demi hikmah.

Kebaikan demi kebaikan.

Itu pasti kepada mereka yang faham bahawa semuanya atas kehendak, qadak dan qadar Allah SWT sejak azali.

Wallahualam.

Comments 14

  • semoga anak en hanafi berjaya dapat ke tempat yg diidamkan..

    brp ek result untuk dapat terpilih ke sbp.. atau asrama penuh.. nak congak2 dalam kepala untuk Fateemah si Kakak (nti dah 11 tahun) ada masa 2 tahun lagi untuk persediaan insyaAllah.. Semoga diberi umur panjang untuk sama2 fight .. huhuhuhu.. ameeennnn

    • aamiin dan terima kasih untuk doanua..

      kelayakan untuk dapat tak susah …cemerlang akademik dan kokurikulum..

      yang susah adalah Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh….peratusan yang lulus sangat sedikit

  • jantung makpak semakin aktif,tak joging tapi jantung kencang&laju..moga ada rezeki anak-anak..doakan anaknda saya juga berjaya mendapat tempat di sekolah berasrama penuh

  • wahhh moga ada rezeki buat anak tuan ke SBP 🙂

  • Pernah merasa sekejap bersekolah di SBP di sebuah bandar minyak. Pengalaman dibuli di asrama polah kmk serik & sik menggalakkan gilak anak masuk SBP.

    • Kesian juak dengar cerita kitak dolok

      sik sebut nama sekolah ya…pun kmk dah dapat agak hehehehe

      masalah buli berlaku tak kira asrama SBP atau biasa.

  • semoga dimudahkan untuk urusan sekolah anaknya ya bang . betul tuh, sekolah di manapun, berasrama penuh atau tidak, bukan jaminan kesuksesan. terpenting keinginan anak untuk mau belajar dan berusaha.

  • kalau tengok standard, of coz SBP tu lebih kelihatan ‘berprestij’
    dan sek men biasa kelihatan seperti tiada apa-apa
    apa-apa pun berbalik kepada tujuan nak belajar
    rezeki dapat belajar dlm keadaan selesa dan lebih baik tu lbh penting drpd segalanya
    kerana masih ramai lg di luar sana yang… even tak mampu pun nak bersekolah kerana kekangan tertentu…
    apa-apa pun all the best buat si bongsu!
    Kami doakan dari jauh
    p/s kalau dapat SBP tu kat mana lokasinya? Dlm Sarawak or kat semenanjung?

    • SBP memang gah kerana reputasi yang menghasilkan pelajar cemerlang
      sama juga dengan MRSM cuma MRSM lebih fokus kepada pelajar cemerlang yang lahir dari keluarga B40

      Tenbtang kat mana anak saya sekolah …belum ada lagi kerana masih menunggu 1 Mac ini

  • Ammi ada anak yg bersekolah di SBP dan sekolah harian (SEKHAR).

    Memang nampak banyak sangat perbezaan dari segi pengisian, contribution guru, dan contribution parents (dri segi kewangan)…macam2 agenda ada.

    Semoga anak sulung ammi dapat tempat di SBP untuk tingkatan 4 nanti.

    • Moga anak sulung Ammi juga dapat masuk SBP juga nanti

      sekolah harian …kita hari-hari tengok anak
      sekolah asrama…sebulan ada beberapa kali

      itu yang menyebabkan kasih sayang lebih dihargai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge