Pengalaman solat jenazah dua kali sehari

Sejak kebelakanagn ini saya seperti sibuk sangat. Masa padat atau ngam-ngam saja.

Bangun tidur seperti biasa.

Pergi kerja dan balik kerja macam biasa.

Masa lapang untuk layan Reels dan Short hampir tiada.

Baca buku pun kadang-kadang saja sempat.

Selebihnya tidak sempat.

Habis masa pergi mana?

Kita tinggalkan dulu tentang masa kerana demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian kecuali kepada mereka yang saling berpesan untuk kebaikan.

Pada 15 Januari 2024 yang lepas, saya sempat merasai pengalaman ikut serta solat jenazah di masjid.

Jenazah pertama pada waktu Zuhur manakala jenazah kedua pula pada waktu Asar.

Solat jenazah berbeza dengan solat yang biasa.

WAJIB BACA :   Zikir Murah Rezeki Yang Mudah Diamalkan Tapi Power Gila [edisi kemas kini]

Tiada rukuk dan sujud.

Ternyata solat jenazah memberi kesan dan makna kepada orang yang masih hidup.

Orang yang hidup yang tidak solat akan rugi kerana tidak merasai nikmat rukuk dan sujud.

Bak kata mutiara…sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

Itu sahaja perkomgsian pada kali ini.

Semoga ada manfaat buat kita .

18 thoughts on “Pengalaman solat jenazah dua kali sehari”

  1. setuju. kita perlu bersyukur sebab masih dapat nikmat untuk bersujud kepadaNya walhal yang dekat dalam kubur tu berharap dapat kembali untuk sujud. thank u for this reminder !!

    Reply
    • sama-sama

      Itulah hikmah buat mereka yang solat jenazah..

      yang meninggal …pahala mereka terhenti kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh, ilmu yg dikongsikan dan amal jariah

      Reply
  2. betul tu.. org yg mati nak peluang utk boleh hidup kembali di dunia. nak tebus kesalahan. moga jadi manfaat tauladan utk kita yg masih hidup kan.

    Reply
  3. Innalillahiwainnailihirojiuuuunnn.. semoga kedua duanya ditempatkan di kalangan insan terpilih.. jadikan kubur mereka seperti taman2 syurga.. ameeennnnn

    Reply
  4. Walaupun sibuk, tapi Encik Hanafi masih sempat ke masjid untuk solat. Itu sudah cukup bagus.
    Rasa sayu bila dapat sertai solat jenazah di masjid. Saya pernah merasa sekali saja, iaitu masa arwah ibu saya meninggal.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge