Zikir murah rezeki yang admin perolehi ini amat mudah untuk diamalkan. Amat rugi kalau amalan ini tidak mampu kita lakukan kerana alasan kesibukan bekerja siang dan malam.
Macam orang bisnes.
Jika tahu produk yang menguntungkan tetapi tidak juga hendak jual tentulah rugi peluang tersebut.
Alhamdulillah.
Banyakkan bersyukur kerana admin sudah terjumpa dan terbuka hati untuk menulis dalam blog ini.
Berkesan atau tidak.
Yakin atau tidak.
Mahu atau tidak.
Terpulanglah untuk rakan pembaca kerana perkongsian ini bukan untuk mengajar, tetapi sekadar mengingatkan diri admin sendiri yang sering kali alpa dan lupa dengan permainan dunia.
Allahuakbar!
Mudah-mudahan juga memberi manfaat kepada pembaca.
Mungkin bukan pada masa kini tetapi pada masa yang akan datang.
In shaa Allah.
Table of Contents
Zikir Murah Rezeki
1.Baca La hawla Wala Quwwata Illa billah
Zikir ini telah disarankan dalam hadis Riwayat At Tabrani ” Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah”
Sangat mudah.
Tak perlu nak tulis atau apa-apa.
Hanya baca dan sebut sebanyak-banyaknya dari pagi, petang dan malam.
Jika sudah terbiasa lidah kita seakan-akan automatik berzikir.
Itulah kesan terbaik dari zikir yang semudah ini.
2.Baca La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Bersandarkan hadis Riwayat Abu Nu’aim dan Ad Dailami,
“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi menenteram dari rasa takut dalam kubur “
Zikir ini pun mudah untuk dilafazkan.
Baca bila-bila masa pun boleh kecuali di tempat yang tidak dibenarkan.
Baca ketika memandu atau ketika menanti pelanggan masuk premis perniagaan.
Baca dan hayati dengan tenang.
Jangan pula rasa tak sabar sekiraya mendapati tiada apa-apa perubahan dalam masa yang terdekat.
Sabar itu separuh dari iman.
3.Baca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
Ada satu lagi zikir yang ringan di mulut tetapi berat timbangan di akhirat.
Dalam musnad Imam Ahmad diceritakan bahawa ketika menjelang ajal Rasulullah saw, beliau memanggil puterinya dan berkata,
“Aku perintahkan engkau agar selalu mengucapkan subhanallah wa bihamdihi, kerana kalimat tersebut merupakan doa seluruh makhluk dan dengan kalimat itulah semua makhluk mendapat limpahan rezeki.”
Tamsilan mudahnya, zikir ini akan membuka pintu rezeki.
Ayuh.
Ada kelapangan boleh peruntukan masa untuk mengamalkan zikir yang diajar khas oleh Rassulllah.
Jadikan tabiat sehingga akhir hayat.
In shaa Allah.
4.Baca selawat Allaahumma shalli ‘alaa Saidina Muhammad wa’alaa aali Saidina Muhammad
Dengan berselawat kita tidak akan merasai fakir.
Kita akan rasa cukup dan mendapat keistimewaan yakni segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
Lagi banyak selawat lagi bagus manfaatnya untuk kita.
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.
Sabda Nabi S.A.W., “Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi S.A.W.” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)
5.Baca istighfar iaitu Astaghfirullahaladzim
Rasulullah bersabda,”Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Admin juga melihat zikir yang berbentuk istghfar ini amat mudah untuk diamalkan.
Basahilah lidah dan sibukkan hati kita dengan istighfar.
Jika rakan pembaca rasa ‘down’ boleh teliti maksud hadis yang admin kongsikan di atas.
Mudah-mudahan terus bersemangat untuk kekal beristighfar walau apa keadaan sekalipun.
Boleh.
Admin kata pada diri sendiri.
Ya.
Memang boleh gitu bah!
Kesimpulkan
Admin faham dan akur.
Zikir murah rezeki ini bukan mudah untuk diamalkan secara istiqamah jika tiada limpahan taufik dan hidayah dari Allah SWT.
Sekali lagi bersyukurlah jika rakan pembaca dianugerahi kekuatan untuk berada di jalan kebenaran.
Dari kurang baik untuk menjadi semakin baik.
Jika kurang mampu untuk mengamalkan semua, cukuplah pilih tiga atau dua zikir murah rezeki tersebut.
In shaa Allah bila sudah murah rezeki Allah jangan pula lupa sedekah senyuman buat admin.
” Say Cheese ”
Boleh tak ?
Jangan lupa untuk teruskan bacaan ke aatukel ini pula :
- [kemas kini 6/11/2019]
- Kemas kini 28/11/2022
- Kemas kini 23/12/22
Ayuh amalkan….moga dilimpahi rezeki umpama air yang mengalir deras…dilapangkan pintu-pintu rezeki seluas-luasnya….amin…
aamiin..
moga pintu rezeki itu terbuka untuk kita semua
Indahnya Islam mengajarkan kita banyak cara hal yang baik-baik untuk mendapatkan rezeki yang halal dari Allah, setelah ikhtiar dengan bekerja lalu iringi dengan doa kemudian ditambah lagi dengan zikir, kalau sudah biasa berzikir tentu tidaklah sulit untuk melakukannya. Bisa sambil menyetir kendaraan, memasak, menyetrika yang penting jangan putus asa dari rahmat – Nya
betul-betul.
Islam terlalu sempurna untuk umatnya dalam menjalani kehidupan yang sementara ini
perkongsian yang bagus
Alhamdulillah 🙂
terima kasih bro yang hensem.
syukur alhamdulillah
inn shaa ALLAH jom kita sama2 amalkan
in shaa Allah.
Moga kita diberi kekuatan dan hidayah untuk beramal.
Thanx admin untuk peringatan.
Kita manusia seringkali alpa.
Kauthar mohd recently posted…Set hamil pilihan ibu – bekalkan nutrisi semulajadi
yalah kan..
admin juga selalu lupa benda yang mudah tetapi terbaik nie
tq atas perkongsian ini. banyak kegunaan zikir2 tu kan
my pleasure.
moga ada manfaat kepada orang lain
Jadikan zikir seepas solat. Konsisten amal 7x selepas solat.
In shaa Allah Tuan..
itu yang terbaik dan termampu
Subhanallah, ilmunya sangat bermanfaat. Semoga yang baca, bisa mengamalkan. Aamiin.
aamiin..
harap harap begitulah hendaknya
Terima kasih diatas perkongsian tersebut. Semoga kita dapat amalkan dan istiqomah.
Amir Azman recently posted…Pelajar Dimalukan Oleh Guru ?
sama-sama.
moga mendapat manfaat hendaknya
Betul sangat, semoga istiqomah dalam menjalankannya
aamiin..
moga kita diberi kekuatan untuk beramal.
Terima kasih atas peringatan ini…moga2 rezeki bro dipermudahkan dan dilipatgandakan oleh-NYA…ameen
aamiin ..
begitulah juga dengan bro.
murah rezeki yang mencurah-curah