Rezeki Allah sangat luas.Boleh dikatakan seluas lautan.Tidak bertepi dan tiada penghujungnya.Rezeki jangan disempitkan dengan melihat sudut duit semata-mata.Hidup sihat,nyenyak tidur,makan kenyang dan ada keluarga bahagia termasuk dalam rezeki.
Masing-masing ada rezeki.
Jangan khuatir.
Jangan gundah gulana untuk memikirkannya.
Dalam konten ini admin berkongsi 8 jenis rezeki Allah.
Pilihlah yang mana satu pilihan hati.
Kalau dapat semuanya lagilah bagus.
Tidak mustahil jika itu adalah rezeki buat pembaca.
Rezeki Allah

1.Jaminan Allah
Siapa yang menjamin rezeki kita ?
Tentunya Allah SWT.
Lihat kepada surah Hud ayat 6.
Pernah ada orang kata semut dalam batu pun boleh hidup.
Tentulah.
Allah yang bagi rezeki semut.
Tapi ingat kita bukan semut.
Kita manusia yang kekadang termakan semut juga.
2.Usaha manusia
Orang berusaha pasti dapat. Usaha banyak dapat banyak.
Usaha sikit memang dapat sikit.
Cuba rujuk dalam surah An Najm ayat 39
Admin pernah perhatikan dari jauh.
Nak cakap tak berani sebab tidak mahu ganggu dia tengah sibuk bekerja.
Seawal jam enam pagi dia sudah buat persiapan untuk menjual.
Sekitar jam 5 petang dia kemas balik barangan jualan.
Itulah cara dia berusaha mencari rezeki demi kebahagiaan hidupnya.
3.Bersyukur selalu
Bersyukur dengan apa yang Allah beri.
Rasai kesyukuran dalam hati.
Rasai kebahagiaan setiap masa dan ketika.
Buktikan kesyukuran dengan taat dan gigih beribadah kepada Allah.
Bersyukur maka rezeki berganda-ganda.
Rujuk surah Ibrahim ayat 7.
4.Tidak dijangka
Cara nak dapatnya bertawakal kepada Allah SWT.
Ada diceritakan dalam surah Thalaq ayat 2 hingga 3.
Admin selalu juga dapat.
Misalnya terpandang awek cantik.
Sekali pandang sahaja dan tiada pandangan yang kedua.
5.Melalui istighfar
Jika nak banyak harta dan banyak anak maka perbanyakkan istighfar.
Ini adalah punca rezeki yang tidak perlu diragui sama sekali.
Buktinya dalam surah Nuh ayat 10 hingga 11.
Tinggal sahaja nak buat dan yakin sahaja.
Ingat janji Allah adalah benar sama sekali.

6.Melakukan pernikahan
Ramai yang keliru.
Ada rezeki dulu baru nak bernikah.
Dalam Al Quran menyatakan dengan bernikah akan murah rezeki.
Sila hayati dan tekuni dalam suruh An Nur ayat 32.
Sematkan niat untuk bernikah.
In shaa Allah rezeki akan datang mencurah-curah dari segenap penjuru alam.
Logik la.
Membina masjid lebih mulia.
Mendekati zina perbuatan tercela
7.Kelahiran anak.
Anak adalah sumber rezeki.
Lahir sahaja ke dunia anak sudah dibekalkan dengan rezeki awalnya iaitu susu ibunya.
Jika rasa sangsi dengan kenyataan ini boleh rujuk sendiri dalam Surah Al Israq ayat 31.
Jom la buat anak seramai yang sesuai.
Ulang lagi bukan seramai yang boleh.
Oh ya!
Aktiviti buat anak memang menyeronokkan.
8.Tabiat bersedekah
Pintu rezeki yang mencurah-curah melalui sedekah.
Masa paling susah itulah masa paling nikmat untuk memberi sedekah.
Bayangkan sahaja ketika duit tinggal sedikit.
Bagi sedekah dan tiada apa-apa lagi yang tinggal.
Bagaimana rasanya selain menggigil kepala lutut.
Namun jangan risau.
Rezeki Allah ada di mana-mana.Malah dalam surah Al Baqarah ayat 245,menyatakan setiap apa kita sedekahkan akan Allah ganti berlipat kali ganda.
Penutup
Rezeki Allah tidak pernah salah alamat.
Tidak pernah tersasar biarpun seinci.
Sebab Allah itu Maha Pemberi rezeki iaitu Al Razzak
Admin doakan pembaca untuk murah rezeki yang melimpah ruah sehingga tidak putus-putus.
Dengan rezeki yang begitu lancar dapatlah kita nikmati rasa bahagia dalam rumah banglo mampu milik.
Aamiin.
Terima kasih abg. Terima kasih atas perkongsian. Banyak ilmu dalam pengisian. Alhamdulillah.
Sama-sama Mas!
ilmu yang biasa sahaja ini.
kalau selalu baca blog..
memang akan jumpa .
Terima kasih bang beri peringatan…kadang-kadang kita lupa tentang konsep rezeki ni.
alhamdulillah..
moga bermanfaat hendaknya
allah dah janji, kalau banyak bersedekah, DIA akan bagi ganjaran. tak semestinya duit, mungkin datang dari segi kebahagiaan.
nikkhazami recently posted…Filem DUKUN Akhirnya Ditayangkan pada 5 April 2018
kebahagiaan adalah satu nikmat rezeki..
Alhamdulillah.
Sentiasa bersyukur dgn rezeki Allah swt….wang ringgit, kesihatan, pasangan yang baik,..
ya..
betul.
dengan bersyukur..nikmat akan berganda
alhamdulillah.
kalau ada cara berfikir demikian.
saya setuju .
Ya Rozak, Allah yang maha pemberi rezeki
tinggal kita yang mengusahakannya dengan jalan mana untuk mendapatkan tezeki dari-Nya dan rezeki itu tidak hanya berbentuk uang saja, mendapat salam dari orang yang kita jumpai itu pun sudah rezeki
nikmat mana lagi yang engkau dustakan …
Alhamdulillah..
itulah yang kita mahukan sebenarnya dalam hidup ini
Terima kasih diatas perkongsian tersebut. Semoga kita lebih menghargai dan bersyukur dengan rezeki yang telah Allah kurniakan 🙂
Amir Azman recently posted…Pelajar Dimalukan Oleh Guru ?
sama-sama tuan.
kekadang kita lupa kita dapat rezeki yang amat banyak setiap hari.
Banyaknya rezeki kita sebenarnya… Thank u atas peringatan ni. Kena banyakkan lazimi tahmid…
Wan Syahida recently posted…Saat Magika Bersama TWB
Alhamduilah.
itulah yang sebaik.
dah dipakejkan untuk zikir selepas solat
reseki allah sentiasa diberikan. betapa allah sayangkan hambanya diberi semuanya kan
Alhamdulilah..
saya bersetuju la.
makin bersykur inshaAllah lagi murah rezeki…sambil banyakkan sedekah
in shaa Allah.
tip yang menarik dan terbaik bro
Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit. Keluarga yang baik, anak-anak yang bijak, kesihatan dan hati yang tenang juga adalah rezeki. Terima kasih untuk perkongsian.
alhamdulillah..
ada orang yang banyak duit tetapi tidak tenang
ada yang agak parah..
tiada duit dan tiada ketenangam juga
Nikmat sihat itu rezeki yang paling berharga.
ya Mas betul tu.
Sihat adalah nikmat kedua selepas iman
Rezeki Allah nak bagi tu kita pun x tahu. Yg penting kita usaha & doa, biiznillah. Semoga Allah permudahkan 🙂
betul
saya setuju.
Saya berdoa agar bro dipermudahkan untuk mendapat rezeki penikahan seterusnya…ameen
aamiin..
begitulah harapan tuan punya diri.
rezeki kesihatan adalah rezeki yang amat bermakna buat diri saya…alhamdulillah…amin…
introducer acc semasa recently posted…Kelulusan acc semasa syarikat terkini dengan bantuan usahawan trading and services sebagai introducer current account company 2019
alhamdulillah..
syukuri nikmat kesihatan dengan jaga pemakanan dan bersenam