[Edisi kemaskini 6/11/2019]
Saya berpeluang untuk merasai pengalaman sendiri seolah-olah jadi insan gelandangan.Bukan selalu dan tidak juga merancang untuk sedemikian rupa.Baru-baru ini saya ada urusan penting diluar mukim.Saya merancang untuk menginap di homestay murah.
Namun ada perkara yang tidak disangka-sangka berlaku.Duit saya kena kebas orang.Plan tak jadi.Terpaksa guna pulak pula plan B.
Kisah ini saya telah nukilkan dalam satu blog dengan tajuk : Sangkaan Tercicir Rupanya Duit Dah Kena Kebas ‘Toyol’
Boleh baca di situ.
Akhirnya..
Saya memilih masjid sebagai tempat untuk bermalam.Itulah tempat yang paling baik untuk orang Islam.Bukan sekadar untuk bersolat sahaja tetapi tempat aktiviti persaudaraan dan sebagainya.
Yang tidak boleh menjadikan masjid tempat berpolitik dan kepentingan dunia semata-mata.
Jujurya,pengalaman duduk masjid semalaman beri satu pengajaran yang amat berguna.Jika masa tabligh atau iktikaf bulan Ramadan lain ceritalah.
Pada masa itu saya merasai diri ini seakan-akan insan gelandangan.
Tiada harta.
Tiada keluarga.
Timbul perasaan sebak.
Lebih-lebih lagi tidur di tempat yang besar,sunyi dan hening sebegitu.Untung la untuk mereka yang ada rumah sempurna.
Pada awal malam mata tidak mahu mengantuk.Biasa kerana tidur beralaskan tilam.Bagaimanapun saya terlelap juga sebelum penangan mengantuk pada siang harinya.
Diluar sana tentunya ramai lagi yang betul-betul jadi insan gelandangan.Mereka hidup nomad ditengah-tengah kota.Tidur beralaskan kotak,kertas suratkhabar dan apa sahaja yang sesuai.
Teman mereka kesejukan, nyamuk,lipas dan tikus,Itulah realiti yang mereka didepani saban hari. Mereka sukar untuk mandi dan membersih pakaian.Sebab itu mereka kelihatan kotor, comot dan berbau.
Yang sedihnya ada juga jijik melihat mereka sedemikian rupa.Tetapi tidak sedar betapa perit dan payahnya mereka lalui setiap hari.
Sengnaja atau tidak sengnaja.
Tiada siapapun mahu jadi gelandangan kecuali kerana terpaksa.
Saya pesan kepada diri sendiri untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.Memanglah kadang kala terbit dalam hati rasa mengeluh dan sebagainya..
Hidup adalah pilihan.Ada yang tiada pilihan dan terpaksa memilih jadi insan gelandangan semata-mata untuk terus hidup dan bernafas sebagai mana insan lain yang bernasib baik.
Pengalaman mengajarkan kita banyak hal, itu sebabnya pepatah mengatakan, “belajar dari pengalaman”
begitu bro Hanafi
betul tak ada yg ingin jd gelandangan hanya saja situasi kadang terpaksa
betul
kalau tidak kerana terpaksa mana sanggup mereka jadi gelandangan
Saya sangat setuju, tidak ada yang ingin jadi gelandangan. Suatu saat Jika saya punya duit banyak akan saya buat rumah sosial untuk tempat mereka tinggal.
Alhamduilllah..
murni sungguh niat awak.
Dah nama kehidupan tuan.
mungkin mereka dipandang hina di dunia ini.
namun diakhirat kelak diletak pada tempat yang mulia
Sedih ya mas kalau melihat orang selalu menyepelehkan dan memandang sebelah mata ke gelandangan itu. Miris banget mas sama keadaan seperti itu. 🙁
nasib la jika begitu keadaan.
kita yang bernasib baik ini wajar bersyukur
lain manusia lain dugaannya. ada yang kaya raya tapi tak happy
nikkhazami recently posted…9 Makanan Yang Membakar Lemak dan Memberi Tenaga
yalah kan..
harap golongan gelandangan kuat dan tabah hati
masih untung bisa tidur di masjid, kalau tidak. apalah jadinya.
salam kenal mr hanafi
untuk orang Islam memang beruntung jika tidur di masjid..
salam kenal juga bro Masandi
moga kita ada hati yang lembut dan terbuka untuk membantu mereka
Pengalaman itu mahal harganya..dan tidak semua akan dapat merasai pengalaman yang sama..
Farizah recently posted…Ubat Untuk Redakan Bengkak Susu
jika diberi pilihan..
memang nak pengalaman yang baik baik sahaja.