Tempat makan best di Kuching senang cari.Ada banyak.Macam-macam ada.Nak yang sedap.Nak yang bajet pun ada.Antaranya gerai Benteng 20.
Lokasinya berada belakang Kubah Ria dan tidak jauh dari Medan Niaga Satok.
Admin amat mensyukuri nikmat makan.
Janji halal dan bersih.
Admin berkesempatan untuk mencuba dua menu terbaik di gerai Benteng 20.
1.Nasi goreng
2.Mee goreng
Hanya mee goreng sahaja sempat diambik gambar.Nasi goreng tempohari tak sempat.Dah habis baru sedar nak buat review makanan.
Dari segi harga admin memang kagum.
Kebanyakan gerai lain susah nak jumpa dengan harga RM3.00 untuk menu utamanya.
Betul betul harga tak masuk akal.
Harga tersebut sesuai untuk mereka yang pentingkan harga jimat tetapi nak rasa makanan memikat.
Admin akui Benteng 2o sebagai:
Tempat makan best di Kuching
Mee goreng ini memang sedap.Adunan rasa rempah dan rasa mee memang padu.Silap hari bulan boleh tambah sepingan lagi.
Ada rasa nak cuba tak ?.
Info lanjut boleh hubungi pemiliknya Bro Faizuri di talian 019-8182846
Nasi goreng dan mie goreng rasanya aku tak asing karena di Indonesia sudah menjadi makanan sehari-hari, paling cocok untuk sarapan pagi sebelum berangkat kerja
soal harga tak masalah yang penting rasanya enak terjamin kebersihan dan kehalallannya, bukan begitu bro … hehe
betul sis Maya..
cewah..
pandai juga Cik Maya nak guna Bahasa Melayu Malaysa nie ye.
mi goreng memang sedap..bukan pagi sahaja bila bila masa pun terbaik..tambah pula kedai yg pandai buat pes masa masak fuh..teringat
Belang Tarung recently posted…Cara Memulakan Bisnes Air Balang Popular dan Viral
yang penting pes tu.
adunan serasi memang sedap.
cuma jangan dimakan selalu.
berminyak la
sedapnya.. mama suka laksa sarawak especially yg kawan mama si gadis sarawak masak
KL pun ada laksa Sarawak.
setakat ini saya suka makan mee kolok
Bolehlah belajar sedikit-sedikit, mohon maaf kalau bahasanye tak pas
kalau sungkan untuk mencoba kapan nak bisa ke
hehe
pergi la Malaysia untuk libur..
nanti boleh la pas hehehehe
kalau makan kat kuching mesti makan sayur… apa tu dah lupa namanya
sayur midin la bro.
lebih sedap dari pucuk paku
luaskan kuasamu…peniaga ni dari Johor ke…
mee goreng siap masak jual hidang, selalunya masa sarapan pagi, mmg harganya mcm tu – RM2.00 to RM3.00…tapi yg order & goreng on the spot tu, harga RM5.00 and above..
bukan la..
tetapi lupa pulak saya nak tanya dari mana dia dapat idea nak bubuh nama Johor
lain tempat lain harga tuan..
ini kira berpatutan.
tak tahu mana lagi yang lebih murah
Oklah tu kan jarga rm3.. Harga sekarang mee goreng bodoh pon selalunya 4-5 ringgit jgk huhu
Kauthar mohd recently posted…11.11 Online Sale Shaklee. Dapatkan Dengan Harga Runtuh
hahahha..
nama mee goreng bodoh memang lawak bunyinya