Pengalaman seram ini memang kisah benar yang saya sendiri alami.Jumaat yang lepas, saya ada urusan penting di luar kota.Atas sebab tiada pilihan lain, saya cuba bermalam di sebuah hotel bajet.
Tempahan saya buat secara online.Biasalah zaman sekarang.Sikit-sikit online.Nak cari jodoh pun online.Silap hari bulan kahwin pun online….hehehe
Demi menjaga nama baik tempat tersebut saya tidak nyatakan dengan jelas.Kalau benda baik oklah.Benda tak baik begini kita cerita biar berlapis dan beralas.
Pengalaman seram bermula…
Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang dari masjid berdekatan, saya sudah sampai di pintu hotel bajet tersebut.
Suasana seram sudah terasa.Sebab tempat tu sunyi dan gelap.Saya pergi ke bahagian kaunter.Kelihatan seorang lelaki muda terkejut melihat saya tercegat di situ.
Sebetulnya kami sama-sama terkejut.Salah saya juga kerana tidak bagi salam.Sebab saya tak pasti dia Islam ke tidak kerana rupa orang di Sarawak ini hampir sama.Susah nak bezakan orang Islam atau bukan Islam untuk orang lelaki.
Setelah mendaftar dan diberi kad akses bilik 106, saya masuk penuh teruja.Siapa yang suka duduk hotel tu fahamlah bagaimana perasaan saya ketika itu.
Ketika mula-mula melangkah masuk bilik tu saya sudah rasa kurang selesa.Ada terbau rokok.Dalam fikiran saya seolah-olah ada orang datang merokok dalam bilik 106 tersebut sebelum kedatangan saya.
Pada masa itu saya tidak mahu fikir panjang lagi.Kemas apa yang patut dan terus turun semula untuk solat di masjid yang berdekatan.
Pengalaman seram semakin memuncak
Sekembali dari solat Isyak saya terus melabuhkan badan yang agak keletihan atas tilam yang empuk.Dalam hati terdetik juga alangkah bahagianya kalau ada isteri yang sudi menemani saya ketika itu.
Selain untuk bersembang boleh juga buat aktiviti yang lebih menyeronokkan …hahaha
Saya mula Whatsapp kawan-kawan rapat untuk hilangkan rasa sunyi dan bosan.Sedar tak sedar jam sudah pukul 10.30 malam.Mata mula mengantuk teramat sangat.
Jadi tiada apa yang boleh saya lakukan selain tidur.Rugilah kalau menginap di hotel tapi kurang tidur .hehehe
Aircond saya pasang sehingga 16 darjah Celsius.Sejuk bukan main.Rasa macam di oversea la pulak.
Selimut saya tarik dan mula menutup mata perlahan-lahan.Tidak lama kemudian ketika saya sudah hampir terlena tiba-tiba terdengar bunyi bising seperti orang cuba membuka pintu bilik 106.Dalam fikiran saya, memang yakin pintu sudah dikunci dan memang selamat.
Saya tidak pasti sama ada saya sudah tertidur atau masih terjaga masa itu.Selepas itu saya rasa ( sebab tidak mampu nampak) ada tiga orang lelaki muda masuk bilik saya.
Pada masa itu saya langsung tidak ada rasa takut.Mungkin mata sudah hampir terlelap.Saya juga tidak pasti adakah saya tengah bermimpi atau tengah berada dalam gelombang minda Alpha.
Dua orang cuba mendekati saya.Seorang lagi sempat berkata “ hei tak takutkah ada orang mati dalam bilik ini ”
Fikiran saya kosong.Saya terus tertidur tanpa memperdulikan kejadian tersebut.
Selepas tengah malam saya pulak terjaga.Jam sudah 2 pagi.Hampir setiap jam saya terbangun dan terjaga.Umpama tidur-tidur ayam.
Pada masa itulah saya rasa malam sangat lambat untuk pergi ke siang.Saya tidak sabar untuk menanti waktu pagi.Alhamdulillah selepas jam 4.30 pagi saya bangun dan persiapkan diri untuk pergi solat Subuh di masjid berdekatan.
Hanya selepas check out pukul 7.30 pagi barulah saya mula terfikir pengalaman seram di bilik 106.
Sehingga ke hari ini saya masih berdiri bulu roma bila mengenangkan pengalaman seram bermalam di bilik 106.Rasa nak demam pun ada.Sekejap seram sejuk.Sekejap panas semacam.Dah rasa nak kahwin baharu pun ada juga hahahaha
Semoga kejadian begini tidak berlaku kepada anda terutama mereka yang suka duduk hotel sorang-sorang.Untuk keselamatan bacalah ayat tiga Qul ataupun ayatul Kursi sebelum tidur.Mudah-mudahan dijauhkan dari gangguan makhluk lain.
p/s : Kalau diganggu awek cantik perlu baca dan hadam buku
Semua tu jadi betul2 ke minda bawah sedar.?
kalau diikutkan mungkin minda bawah sedar..
saya tidak ada jaminan untuk bukti ia adalah betul betul berlaku.
lagipun saya tidak diganggu dengan ‘teruk’
boleh buat novel ni 😉
hahaha…
yelah tu.
ana pernah lalui perasaan tu. walau dia tak boleh mendatangkan bahaya tapi perasaan tu yang tak boleh bayang. hehe. kesimpulan baca ayat kursi sebelum tido. insyaAllah selamat.
sebenar tidak akan mendatangkan bahaya jika kita beani..
kita berani ‘mereka’ akan takut la
hahaha
takut juga kan
hahaha
perkara biasa la tu
takut atau berani
benda ni la yg sya paling takut terjadi klu checkin hotel mana2, biarpun ngn family… sbb sya ni jenis penakut…. mula la terpiikir mcm2…
tu bt masa ni sepanjang ddk mana2 hotel murah atau mahal takde lah sebarang gangguan, selalunya msk bilik je trs baca ayatul kursi n solat jgn tinggal, cumanya kadang kalau mmg nk kene ganggu bt apa pun kene jgk hehehe
kalau dah kena ganggu kira nasib la ya.
apapun jangan takut selain takut kepada Allah
done baca…
Wan syahida recently posted…Kursus Spa dan Kursus Berpantang TWB
terima kasih hahahaha
huhuu seram pula baca.. mama pun byk juga cerita seram
tak delah seram sangat…
hahahaha
Apakah di malaysia juga ada setan pocong atau setan bungkus. Atau kuntilanak?
hahahaha…
hantu tidak pilih negara juga..
mana-mana tetap ada.
nasib baik lah,
tertido kot2 lah kalau bangun
time tu tetiba ada makhluk asing
tak ke nyaya…huh seram gak
hahaha..
apapaun yang berlaku
kita dalam lindungan Allah Yang Maha Besar
Nanti singgah balik hotel tu tanya pasal ada tak kes bunuh jadi kat bilik tu sebelum ni, lepastu update balik kat blog oke? Nak tau..haha
in shaa Allah kalau ada kesempatan lagi pada masa yang akan datang..
bagus juga idea ni..
Alahai!!! kenapa tak tanya kat kaunter selepas tu memang ada orang mati ke kat bilik tu heheheee…
Apa-apa pun alhamdulillah Mr Hanafi steady sajakan.
Mrs. A recently posted…Segmen bloglist March to June 2019 by zzzyy.blogspot.com
saya dah terkejut sakan pagi tu…
otak pun masih blur dan sebab itu tidak sanggup nak tanya kat kaunter
Jadi 3 orang lelaki itu adalah .. hantuuuu ..
Hiii seram amat ya begitu.
Lagi enak-enaknya terlelap seolah bermimpi bertemu 3 makhluk gaib …
hahaha…
belum pasti mereka hantu..
mumgkin imaginasi sahaja..
namun kesan seram tu seperti real
pernah tdo sorang di hotel sbb kwn sebilik balik tdo di umah. terasa takut tu ada gak. mujur dpt tdo.
hahahaha…
tak semua hotel ada keras.
ada juga yang ok
Pernah juga rasa pengalaman kena hempap masa tidur kat satu hotel tepi laut dulu.. mmg pengalaman mcm ni buat kita terfikir2 dan teringat2. Syukurlah tiada apa yg lebih memburukkan berlaku… seram.
Khir Khalid recently posted…Perbezaan Rumah Perantaraan Dan Perlindungan
kalau kena hempap ada seronok tak pelah tuan hahaha
tulah kalau berada di hotel wajar untuk baca ayat pendinding..
mudahan semuanya selamat
Fuhh, ni yg tak minat tido hotel sorg2 ms ada keja outstation
kadang2 perlu juga tido sorang…
itulah dinamakan me time
apapun pilih la hotel yang cantik dan bersih