Ada banyak cara capai hajat. Kebiasaanya berdoa dan berharap. Betul dan memang disarankan buat kita semua.
Percayalah ada banyak lagi cara untuk tujuan tersebut. Cuba dan terus mencuba.
Sebab saya percaya hidup ini penuh keajaiban. Satu pintu tertutup maka akan terbuka pintu yang lain pula.
Begitu juga dengan cara untuk capai hajat. Sebelum itu kena yakin dan percaya bahawa hanya Allah SWT sahaja yang boleh memakbulkan hajat kita.
Tanpa izin-Nya segala sesuatu tidak ada memberi apa-apa manfaat sekalipun.
Untuk tujuan tersebut saya terjumpa posting perkongsian Facebook Tuan Afnan yang bertarikh 2 Januari 2019.
Saya tidak mengubah satu ayat sekalipun perkongsian beliau. Sebab nawaitu saya hanya untuk berkongsi manfaat secara telus.
Dalam masa yang sama saya ingin menjadikan perkongsian beliau sebagai sumber rujukan peribadi kepada saya sendiri.
Hajat
JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP
Walau sebesar apa pun masalah kita, walau seteruk mana pun hidup kita sekarang, jangan berhenti berharap. Saat kita berhenti berharap, saat itu kita sudah mati sebelum mati.
Ingat, kita hamba pada Allah yang Maha Kuasa. Untuk ubah hidup kita itu, mudah saja bagi Allah. Kalau Dia kehendak, sekelip mata saja kekusutan kita itu Allah boleh ganti dengan ketenangan.
Tinggal lagi, kita sungguh sungguh atau tidak, minta pada Dia? Yakin 100% atau tidak. Itu saja.
Tak ada satu Doa pun yang tak terjawap sebenarnya. Semuanya di jawap. “Berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan Doa mu”- Al Ghaafir ayat 60. Itu janji tu. Kalau sudah berdoa, pasti di jawap.
Ini antara Tips supaya Hajat Hajat kita mudah tercapai :
1. FOCUS:
Kosongkan minda, hanya focus 100% pada hajat kita sahaja. Kadang2, kita ni berdoa, tapi otak kita kusut, banyak sangat scroll fb. Attention kita merata2 pergi nya.
Cuba bertenang, kosongkan minda. FOCUS. Bila dah betul2 Focus hanya pada hajat kita. Itu mudah termakbul.
2. WAKTU MALAM:
Antara waktu makbul doa ialah waktu malam, time semua orang tidur. Scientifically, waktu tu, gelombang otak kita pada Alpha. Kita mudah materialise kan apa yang dalam otak kita.
Waktu malam itu sebenarnya sangat powerful, sebab kita tak ada Distraction. Tolak phone jauh2, jangan Distract. Spend masa dengan Allah saja.
3. SEDEKAH:
Sedekah ni, dia macam BOOSTER. Kadang sebab dosa kita banyak, karat2 hati kita ni banyak. Kena banyakkan sedekah. InsyaAllah doa tu cepat makbul.
Kalau nak bagus lagi, bagi sendiri sedekah tu pada orang susah, jangan transfer je. Dia ada lebih Feels sikit. Saya pun kadang2 serabut, saya cari orang susah juga. Bagi duit, dan cakap, tolong doakan saya ye.
4. EMOSI:
Jangan hanya doa dibibir, tapi doa pakai Hati. WAJIB ada EMOSI dalam doa. Biar bergetar hati tu. baru senang makbulnya. Sebab tu Nabi suruh Nangis waktu doa, kalau takleh nangis, buat2 nangis.
Nabi lebih awal faham Law Of Attraction. Anything with Emotion akan jadi Reality. Sebab Emotion itu is Energy In Motion. Sebab tu hati2 kalau tengah marah kita sumpah anak kita macam2, nanti jadi betul pada anak kita. Sebab, Emotion marah itu juga jadi booster pada doa kita (sumpah kita tadi tu).
5. YAKIN:
Akhirnya sekali, jangan ada langsung keraguan yang doa kita akan termakbul. Jangan ragu sikit pun.
Walau nampak mustahil mana pun, jangan berhenti Berharap. YAKIN 100%. InsyaAllah. Its just a matter of time.
Cepat atau lambat saja. Sabar dan tenang.
Moga Segala Hajat Kalian 2019 TERCAPAI.
Ikhlas,
Afnan Rosli
Penutup
Semoga perkongsian Tuan Afnan Rosli tentang cara capai hajat, memberi manfaat kepada kita semua.Alangkah bahagia dan gembira jika hajat kita ini dimakbulkan Allah.
Yang penting jangan berputus harap dan terus berdoa serta berusaha sedaya upaya untuk yakin apa yang kita hajatkan tercapai.
Bersangka baik adalah tanda awal hajat kita bakal dimakbulkan.
p/s: Apa kata baca yang ini pula >>>5 Keajaiban Buat Duit Dari Rumah
*kemas kini – 05/04/22
mungkin doa sya kurang bersungguh2… insyallah nnti sya akan doa sungguh2, moga Allah makbulkan doa2 sya
yakin sahaja dengan Allah…
yang penting sekali bersabar dengan doa yang telah kita sampaikan itu
Tq Mr h for sharing.. need it
my pleasure..
semoga ia bermanfaat
Allah Maha Pengasih dan Maha Mengetahui. Berdoa dan tawakkal. In shaa Allah.
in shaa Allah.
yakin sahaja dan doa sungguh sungguh
tapi nak dapatkan fokus tu bukan senang. sebab gangguan ada di sekeliling selain gangguan dari dalam kepala dan hati
awak perlu bertapa dalam gua untuk dapat fokus..
back to nature dan jauhkan gajet itu semua…
Terima kasih di atas info yang cukup memberi manfaat…. Dengan erti kata lain kita belum gagal selagi kita masih berusaha… Cuma kita belum Berjaya…
Anuar recently posted…Harga Emas Mahal Sekarang Ni! Rebut Peluang menang Gold Bar 2KG
tepat sekali tuan.
belum berjaya istilah yang sesuai
syukran… berusaha secara fizikal diperkuat dengan usaha spiritual…
in shaa Allah, sooner or later, tercapai apa yg dihajati..
wow..
hebat juga ayat ini.
yang penting, jangan berputus asa..terus berusaha!
JMR recently posted…13 Permintaan Anak Yang Mungkin Mereka Tak Ucap Tetapi..
in shaa Allah itu yang terbaik..
cuba, usaha dan berjaya
sgt menusuk kalbu baca post mr H ni tq for sharing
saya kongsikan semula apa yang dikongiskan ikon yang teleh berjaya hehehe
BTW…semoga bermanfaat hendaknya