Bahasa cinta adalah bentuk komunikasi yang amat penting kepada suami isteri. Tersilap tafsir akan mengundang rasa tidak senang, rasa tidak dihargai dan akhirnya hilang rasa cinta.
Ingat soal cinta dalam ikatan rumah tangga menjadi topik hangat sepanjang hayat.
Mereka yang berkahwin dan bahagia cuma pada awal tahun perkahwinan. Namun apabila usia perkahwinan sudah melepasi sepuluh tahun dan ke atas maka bimbit-bimbit kekecewaan mulai terasa.
Suami mencari alasan untuk mendapat cinta yang baharu. Isteri berikhtiar untuk melepaskan ikatan perkahwinan.
Lama-kelamaan retak menanti belah dan kesudahnya bercerai berai atas apa jua alasan yang kadang-kadang terlalu remeh.
Didapati ada pasangan suami isteri yang tidak mengetahui bahasa cinta dalam menyuburkan percintaan mereka. Setelah berlaku konflik dan masalah rumah tangga mulalah mencari titik kesalahan dan kelemahan pasangan masing-masing.
Tujuannya untuk dijadikan sebab kepada perpisahan. Selagi belum terlambat belajar la ye memahami bahasa cinta. Tolong dan tolong jangan biarkan perkara ini terus berlaku dalam alam perkahwinan kita.
Setiap orang mempunyai bahasa cinta yang berbeza-beza. Tidak pelik sekiranya ada yang memiliki lebih dari dua bahasa cinta dalam karektar diri mereka.
Berdasarkan kajian dan petikan dari porta rasmi ini
Table of Contents
Bahasa Cinta
Berikut ialah bahasa cinta yang wajib diketahui pasangan suami isteri. Setelah mengetahuinya cubalah untuk mengaplikasi terhadap pasangan masing-masing.
1.Pujian dengan penghargaan
Ada isteri atau suami yang suka kena puji. Buat kebaikan perlu kena puji. Bila berdandan perlu dipuji cantik.Berbau harum dan wangi kena puji.
Suami perlu bijak mengenalpasti bahasa cinta ini.Isteri akan rasa dicintai suami apabila suami kerap mengungkap pujian untuk mereka. Begitulah sebaliknya.
Bagaimana untuk mengetahui ?
Cubalah buat pujian.Jika ada respon positif maka itulah jawapannya. Jika tiada respon maka mereka bukan dalam kategori yang berada dalam bahasa cinta berbentuk pujian.
Mungkin mereka memiliki bahasa cinta yang lain seperti nombor dua ini.
2.Sentuhan kasih sayang
Pasangan suami isteri akan rasa dicintai apabila selalu berpegang tangan. Usap mengusap dan gesel mengesel. Mereka suka kepada pelukan. Lagi kerap berpeluk maka lagi hangat perasaan cinta mereka.
Namun begitu masih ada juga pasangan sama ada isteri atau suami tidak menyukai pelukan.Alasannya kerana rimas dan menganggap tersebut perbuatan mengada-ngada.
Jika demikian mungkin bahasa cinta mereka kepada perkara yang ketiga berikut.
3.Menerima sesuatu hadiah
Isteri yang suka menerima hadiah dari suami menpunyai bahasa cinta kepada pemberian.
Hadiah adalah lambang rasa cinta. Jika tiada hadiah si isteri mula beranggapan suami sudah tidak mencintai mereka lagi.
Malahan ada suami juga yang suka diberi hadiah terutama hadiah berbentuk ehem-ehem.Itu terpulang kepada citarasa masing-masing.
Dalam pada itu juga masih ada golongan yang kurang teruja menerima hadiah.Bukan tidak suka.Cuma bahasa cinta mereka sangat cenderung kepada perkara yang keempat di bawah.
4.Masa untuk bersama
Baik isteri atau suami yang cenderung kepada bahasa cinta ini biasanya suka berkepit.Mereka bagaikan belangkas. Tidak mahu berenggang antara satu sama lain.
Mereka tidak kisah yang lain. Mereka hanya mahu meluangkan masa bersama-sama.Buat banyak perkara mesti bersama-sama.
Perasaan cinta hanya dapat dirasai apabila berdua-duaan. Tidak kira kepada pihak suami atau isteri.
Sungguhpun demikian ada juga pasangan yang rasa bosan jika asyik selalu bersama. Mereka tidak serasi dalam bahasa cinta yang memerlukan tumpuan masa.
Mungkin isteri rasa bahasa cinta yang kelima seperti dibawah.
5.Bantu kerja rumah
Isteri akan rasa dicintai apabila suami ringan tangan untuk membantu kerja-kerja rumah.Mungkin memasak, menyidai pakaian, mengemas rumah dan menjaga anak-anak.
Sama juga untuk isteri. Mungkin isteri boleh menbantu suami dalam bisnes, hobi dan sebagainya. Tindakan saling membantu begini memperhebatkan rasa sayang antara satu sama lain.
Penutup
Mengenali bahasa cinta pasangan memerlukan masa.Buka hati dan minda untuk memperhatikan pasangan masing-masing.
Belajar dan terus belajar. Jika tidak memahami bahasa cinta begini tidak mustahil ikatan perkahwinan yang dulunya indah akan bertukar mimpi ngeri.
Semoga bermanfaat.
BAHASA CINTA PERLU LUNAK MENGUJAKAN N DIRASAI PASANGAN BERCINTA SALING MELENGKAPI BERTOLAK ANSUR JUGA RAJIN MEMBANTU
hahahaha…
betul tu Kak PI
Perlu saling memahami dan bantu membantu
oh ya kan..
ini mesti bahasa cinta yang terakhir hahahaha
bab berkeluarga ni, percaya dan tolak ansur.
itu je.
asal ada ni, in-shaa Allah, semua bahagia.
titan recently posted…Once upon a time
alhamdulillah tuan..
kepercayaan dan tolak ansur adalah konsep yang wajin untuk suami isteri
Waking mrlengkapi fan komunikssi adalah amat penting Dlm rumahtangga
itu yang sebaiknya..
saling melengkapi
ada yg suka meluahkan dgn kata-kata, ada lebih expressive dgn perbuatan….pasangan kena saling memahami..
belajar memahami..
biar ambik masa yang penting boleh memahami