Ini adalah pandangan peribadi. Orang kata sekadar pendapat yang tidak ada kaitan dengan diri sendiri atau orang lain.
Saya mempunyai tiga orang anak. Jumlah ini boleh dikatakan ramai juga kerana lebih dari dua orang.
Jumlah yang ideal untuk bilangan cahaya mata ialah dua orang yakni sepasang.
Ada lelaki dan ada perempuan.
Kalau ada begitu maka tidak perlu lagi menambah ahli bilangan keluarga.
Sungguhpun demikian kita wajib dan wajar berpegang kepada qada dan qadar yang Allah SWT tentukan.
Allah yang Maha Pemberi Rezeki dan Maha Bijaksana mengatur segala rezeki kepada sekalian makhlukNya.
Dalam artikel ini izinkan saya berkongsi sudut pandang kebaikan serta kelemahan anak ramai.
Kebaikan :
1.Meramaikan umat Nabi Muhammad SAW
2.Sumber mengalirnya pahala jika berjaya mendidik anak yang soleh dan solehah.
3.Rumah sentiasa meriah dan gempak
4.Beri motivasi kepada ketua keluarga untuk bekerja keras
5.Penguji kesabaran kepada ibu bapa kerana ramai anak maka banyak karenah
Kelemahan:
1.Kos makan dan minum melambung ( tiada pilihan kerana manusia wajib makan setiap hari)
2.Terjadinya kurang kasih sayang ( berlaku jika anak ada 5 orang ke atas )
3.Biaya kos pendidikan sangat tinggi ( dari tadika hingga universiti )
4.Rumah kecil jadi padat dan sesak ( rumah kos rendah atau flat )
5.Kos pengangkutan bertambah ( perlu banyak kenderaan atau kereta lebih besar)
Kesimpulan
Segala pandangan yang saya kongsikan ini belum membuktikan realiti sebenar kebaikan dan kelemahan anak ramai.
Nak tahu maka alamilah sendiri jika itu yang anda mahukan.
Jika ada pandangan lain boleh kongsikan dalam ruangan komen ya!
Saya komen No Komen. Sudah di redha jgn Cuba mengomen. Tak mampu menang bila bini tengok Komen ni,komeng….
Komen ini paling win dan yang penting biar mengalah walaupn tidak kalah hehehehe
Rumah sentiasa nampak meriah kalau penghuninya tak sentiasa murung!
itu mungkin kebaikan bila ada anak ramai hehehhe
Saya baru ada 5 orang anak… Cita-cita nak dapat 9 orang macam jumlah adik beradik saya.. Hihi
Tuan memang hebat kerana sanggup ada anak ramai …alhamdulillah
ya ada plus minusnya ya .kalo sedikit rumah pasti sunyi ..kalau banyak ya ada pengeluaran dan sebagainya yg harus di pikirkan..tapi semoga jangan banyak anak tapi gak berkualitas
Kualiti itu penting mengatasi kuantiti..
apa-apapun ramai atau sedikit anak adalah pilihan masing-masing
dulu banyak Orang2 tua sebut ,banyak anak banyak rezeki. tapi rasanya di zaman sekarang tak bisa diterapkan. banyak anak, ya artinya banyak cost yg harus disiapkan 🤣🤣.
saya sendiri tak nak punya banyak. sekarang nih ada 2, perempuan dan lelaki, dah cukup. apalagi memandang usia saya dan suami pun dah 40+ 😂. dah bukan usia ideal untuk menambah anak.
2 nih saja lah fokus kami. semoga bisa memberikan yg terbaik
Rezeki bukan dengan anak-anak sahaja…ada lapan 7 lagi pintu rezeki hehehe.
orang tua dulu tidak sama dengan orang zaman sekarang yang lebih mementing kualiti berbanding kuantiti
lagi ramai anak lagi besar tanggungjawabnya. mmg betul anak itu rezeki. tp kehadirannya juga disertai tanggungjawab dan amanah. kalau kita alpa dgn amanah ni, kita akan jadi org pertama akan dicampak ke neraka kerana gagal memikul amanah yg diberi…
p/s dengar2 ada baby baru otw? hahaha #gurau
anies recently posted…llaollao. Bandung
Anak ramai rezeki dan amanah tu yang besar juga.
hahaha…ini semua gosip dan saya serta isteri sudah tua…tiada plan untuk ada baby baru lagi
Anak 5 org – waktu kecil2 dulu rasa ramai. Bila dah besar, x rasa ramai lg. Sgt bahagia & bersyukur dgn kehadiran mereka dlm hidup kami.
Zurainny Ismail recently posted…Online Training Platforms for Professional Development
Alhamdulillah…bila anak sudah besar…mereka sudah berada jauh dripada kita…mungkin diu univesiri atau sudah bekerja sendiri