Kerana tiga kawasan ini akses telefon berada di luar liputan…

Biar saya jelaskan. Tajuk kali ini mengelirukan dan kekeliruan tersebut akan terlerai jika anda baca sampai ke penghujung.

Telefon pada masa ini tidak ubah seperti bayang-bayang sendiri. Mana tidaknya, ke mana kita pergi ke situlah telefon tetap dibawa bersama waima jamban sekalipun.

Tidak semua tetapi pasti ramai berbuat demikian.

Telefon zaman IT sudah hilang fungsi asal. Dulu-dulu telefon hanya untuk  mendengar suara orang yang bercakap. Kini jauh lebih baik dan lebih banyak fungsinya.

Berbalik kepada tajuk. Itukan baharu mukadimah.

Saya bekerja dalam dunia digital sepenuhnya sejak beberapa tahun yang lepas. Mungkin kerana terlalu lama terdedah atau terlalu bergantung kepada telefon, saya mahu perubahan drastik.

Ketika masa cuti atau luar waktu bekerja saya akan menjauhi telefon. Kadar kekerapan saya menatap layar telefon semakin kurang dari masa ke semasa.

WAJIB BACA :   Petua Turunkan Gula Dalam Darah

Dari satu sudut, tabiat baharu ini ada keburukannya. Dalam banyak perkara banyak pulak kebaikannya.

Itu tidak perlu saya jelaskan panjang lebar. Bukan topik utama.

Inilah antara kawasan yang menyebabkan saya menjauhi telefon atau telefon saya abaikan. Saya akan lambat balas mesej, lambat menjawab panggilan dan lambat membaca kemas kini dalam grup whatsapp.

1. Dapur

Saya suka masak tetapi kurang makan. Ketika masak akan layan sepenuh perasaan.

No phone. No internet.

Betul-betul fokus kepada aktivti tersebut. Bahkan masa makan juga saya tidak mahu layan telefon kerana menghilangkan rasa makanan tersebut.

Orang kata, makan sambil menikmati dan mensyukuri rezeki.

2.Masjid

Ketika ke masjid saya bawa telefon tetapi saya letak dalam kereta. Dalam masjid saya sedaya upaya untuk tidak mahu tahu hal-hal keduniaan.

WAJIB BACA :   Pengalaman jadi halimunan di sebuah restoran

Jika dilayan, maka solat saya terganggu kerana kurang khusyuk.

Tempoh tersebut tidak sampai pun 30 minit dan mengapa tidak gunakan peluang ini untuk fokus untuk kepentingan diri sendiri
dalam mengabdikan kepada Allah SWT.

Adakah perbuatan ini mementingkan diri sendiri ?

Sudah tentu tidak kerana pada masa ini saya hanya mementingkan Allah SWT berbanding makhluk yang lain.

Solat antara ibadah paling utama dan paling tinggi tempatnya. Solat juga wadah untuk mengingati Allah secara khusus dan spesifik

3.Gymnasium

Lain orang maka lain cara pendekatan. Tidak bermakna cara saya terbaik dan cara orang lain salah.

Saya menjauhi telefon kerana masa saya berada dalam gym tidak lama. Masa dihadkan antara 45 minit hingga satu jam.

WAJIB BACA :   Kesiannya....Hajat Tak Kesampaian Menonton Dilwale

Bayangkan saya layan telefon 15 minit maka sesi latihan menjadi semakin sedikit. Sedangkan saya ada banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan.

Lagipun ketika berada di gym saya mahu menjadi seperti pelarian dari dunia dalam talian. Tindakan ini seperti mengundur ke belakang namun signifikan dalam usaha pengurusan masa yang efektif.

Kesimpulan

Hidup masing-masing berbeza. Persamaan cuma dua sahaja

Masa kita ada 24 jam sehari. Hidup hanya sekali.

Jadi bersikap adil dengan diri sendiri untuk menikmati hidup yang bermakna dan bahagia.

Comments 14

  • betul,,walau kita dalam era informasi dan teknologi yg canggih sekalipun ..perlu ada waktu buat rehat sejenak menenangkan batin…

  • Uncle selalu tak adil dengan diri sendiri! hehehehe

  • Setuju juga tu, kena cari2 aktiviti yang dapat bagi gap dari mengadap screen. Dulu2 orang berehat dengan tidur, sekarang ni duk tengok screen sahaja kerjanya.

  • setujuuuu Abang 👍👍👍. saya pun kerjaan sangaaaat tergantung dengan hp dan laptop. tapi ada masa saya tak nak diganggu dengan gadget ini. Trutama ketika ibadah, dan workout di gym.

    saya nak fokus di sana.

    tapi kalo di dapur saya tak bisa lepas. Krn skill masak saya tak jago. jadi saya butuh resep, yg banyak saya simpan di hp 🤣🤣. jadi kalo masak, saya pasti pegang hp, untuk lihat resep 😁

  • Ingatkan tiada liputan telefon. Saya nanti insya Allah tulis pasal tempat saya liputan kurang memuaskan.
    Saya memang menjauhi telefon apabila di luar bilik tidur. Tidak bawa keluar bilik. Kecuali satu telefon bimbit saya bawa keluar rumah, itupun kalau tempat itu ada wi-fi bolehlah guna kalau tidak telefon itu guna untuk ambil gambar.

    • hahahha…saya sengnaja buat tajuk yang mengelirukan tetapi cerita ada kaitannya….bagus kalau telefon tiada akses internet kerana boleh bawa ketenangan fikiran.

      Berserabut fikiran asyik baca info dalam medsos dari pagi hingg ke malam

  • bila umur sudah ke arah bukan lagi ingin berhibur…fungsi phone adalah untuk benda penting sahaja..seperti call dan whatsapp atau buat carian penting hehehe

  • kalau tak nak tmpt yg ada liputan internet meh dtg ke rumah kg sy hehehe…meski tak jauh dari pencawang, tp dlm rumah bar tggl 1 je. kdg hilang terus hehehe. nak call / main internet kena duduk kat halaman rumah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge