Sekali lagi admin bermain risiko untuk menggunakan plugin yang rare iaitu SmartCrawl SEO. Nak kata risau tidak juga kerana trafik yang ada sekarang ini bagaikan hidup segan mati tak mahu.
Kalau ikutkan hati yang frust menonggeng wajar tutup sahaja blog ini.
“Tak de trafik tak de maknanya berblogging.”
Sungguhpun begitu..
Admin teringat pesan blogger Pendekar Berkuda
“Bukan blogger namanya kalau mudah berputus asa”
Betul juga tu.
Sebab itu admin memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba kali ketiga.
Admin mencuba plug in SEO yang baharu untuk Theme yang comel ini.
Sebelum itu,admin sudah bertukar dari All In One SEO Pack ke Yoast SEO.
Kedua-duanya kurang mujarab.
Kurang menyengat.
Kurang power untuk beraksi dengan garang.
Sasaran kata kunci yang dhaif pun tak masuk blog.
Asyik kata kunci yang lama sahaja yang masuk.
Hari-hari pulak tu.
Tentulah kita akan rasa jemu jugakan…
Admin pinjam kata-kata Mat Saleh ini sebagai renungan admin sendiri mengapa SmartCrawl SEO jadi pilihan untuk pulihkan semangat berblogging:
“SmartCrawl is designed to increase traffic without making you jump through hoops or make major site changes. By including the most effective methods of optimization and working on autopilot, SmartCrawl gives you more time for other areas of your blog. As you work and grow, you know that SmartCrawl has your back.
” – Neil Patel
Guna Plugin SmartCrawl SEO
Dari apa yang Neil Patel kata urusan SEO mudah dan senang jika menggunakan plug in Smartcrawl SEO.
Benar atau tidak admin mahu mencuba.
Sekarang dalam percubaan pada 1 Mei 2018.
Admin juga meletakkan sedikit keyakinan kerana SmartCrawl dibina oleh tim WPMU DEV – Your WordPress Toolkit
Tim ini memang popular dalam pembinaan theme yang awesome dan terbaik dalam dunia WordPress.
Sehingga artikel ini ditulis, cuma 200K yang muat turun plug in Smartcrawl SEO.
Belum popular dan belum meluas penggunaannya.
Plugin ini ada kelebihannya.
Admin kongsikan serba sedikit.
Rasa macam best je.
Nak puji lebih belum dapat juga.
Takut nanti indah khabar dari rupa.
Inilah yang dijanjikan oleh plugin SmartCrawl SEO ( bunyi macam manifesto pilihanraya je)
Kehebatan SmartCrawl SEO
1.Setup dengan 1 klik.
Ya.
Baru tadi admin buat.
Dengan satu klik, sistem tersebut sudah terpasang.
Mudahnya.
Sangat sesuai untuk mereka baru berjinak-jinak dengam dunia WordPress.
2.Tajuk & penerangan
Perkara biasa bagi pengguna WordPress.
Jika dibandingkan dengan Yoast SEO,memang kalah la.
Ia semudah Plugin All in One SEO Pack pun ada.
3.Leverage media sosial
Sangat bagus untuk mereka yang suka kongsikan di media sosial.
Pada mulanya admin rasa tak mahu kongsikan di media sosial.
Rupa-rupanya tak dapat untuk elakkan juga.
On je lah.
Dengar kata selepas orang sharing artikel ini akan diberi kredit kepada kita.
Ye ke nie ?
Sama-samalah kita tengok nanti.
Harap admin ada idea untuk menulis reviewnya nanti.
In shaa Allah
4.Analisis page yang pintar
Dengan plugin ini kita dapat imbas kekuatan kata kunci yang yang digunakan.
Selain itu boleh tahu kesesuaian artikel berdasarkan kata kunci.
Macam hebat sahaja.
Belum cuba belum tahu.
Gelanggang SEO Google tersangat mencabar untuk bertarung.
5.SEO Audit & Crawl
Tugasnya sebagai tukang canang.
Setiap kali kita menerbitkan artikel, plugin ini akan memberi signal kepada robot Google untuk jelajah artikel kita.
Semuanya secara auto.
Jimat masa dan jimat tenaga la sangat.
6.301 Redirect
Macam-macam nombor yang ada.
Admin cuma tahu nombor IC sendiri dan no telefon awek (gurau nie )
Penggunaan Smartcrawl SEO akan mengalihkan trafik ke url kita yang lebih penting.
Untuk mudah faham mengalih dari satu ke satu artikel yang lain.
Pembaca akan duduk lama dalam blog kita.
Itulah yang buat Google jatuh cinta dengan artikel dalam blog.
7.Integrasi dengan Moz SEO Tool
Admin pun belum pernah guna tool tersebut.
Nampak macam menarik dan agak teknikal sedikit.
Tak pe.
Ambil masa sedkit untuk memahaminya.
8.Setup Import/Export SEO
Bagi pengguna yang banyak page atau blog, sudah tentu fungsi ini sangat berguna.
Kita main import dan eksport apa-apa setting Smartcrawl SEO ke page yang lain.
Sekali lagi jimat masa dan tak la pening kepala.
Bukan sekali dan hasilnya digunakan berkali-kali.
Penutup
Kawan-kawan blogger atau webmaster boleh mencuba kelainan plugin Smartcrawl yang belum popular ini.
Bagus atau tidak admin belum boleh cakap apa-apa lagi kerana baru nak mencuba.
Apa yang penting artikel kita berada di halaman utama Google dan pembaca dapat manfaat dari kandungan artikel yang kita terbitkan.
- kemas kini 13/6/23
Bunyi macam meyakinkan. Tapi sekarang tengah selesa la guna yoast seo hehehe
kalau nak cuba..
guna pada blog baru setup bro..
baru nampak perbezaannya
Beruntung pengguna wordpress… macam2 plugin boleh dicuba…
Pengguna blogspot macam saya ni guna sahajalah mana yg ada…
Anuar recently posted…Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!
boleh dikatakan begitu..
cuma keluar sedikit bajet kerana perlu ada hosting sendiri
Perlu di coba utk blogku yg wordpress ini.. Siapa tau bisa memperbaiki visitor tiap hari jadi lebih banyak dan meningkat lebih tajam
yang coba Mas.
setakat ini saya berpuas hati
Nampak macam best saja, tapi sayang dah lama tak guna flatform wordpress.
Apapun…. boleh cuba bagi pengguna wordpress.
Saya pun nak tunggu dan lihat hasil dan keputusan daripada Mr Hanafi?
Kamil Salleh recently posted…Happy 6th Birthday Lazada – Syok Shopping Di Lazada
ya tuan.
sekarang dalam proses try and error.
nanti saya update dari semasa ke semasa
Saya takde WordPress, so memang tak berapa faham sangat..
tak pe
WordPress mudah.
cuma ada guna kos sedikit.
apappun blogspot pun tetap bagus
pernah cuba memahami wordpress tp sudahnya ttp x fhm jg hahaha
cara nak faham buat sahaja.
lama-lama akan jadi blur ..
hahahahaha
Masih setia dengan Yoast SEO. Selain seo plugin, theme yg ringan dan laju juga diperlukan untuk untuk ranking dengan pantas.
betul tuan..
theme yang saya guna memang ringan dan laju..