Terbang ke Mukah…apa yang berlaku ?

Inilah catatan peribadi saya ke Mukah menggunakan pesawat ringan Maswing pada 14 Disember 2021. Tepat jam 7.10 pagi, pesawat ringan tersebut atau saya gelar burung besi hijau mula membelah angkasa Sarawak.

Cuaca nan indah walaupun ada hujan rintis-rintis membasah bumi. Dalam hati berkata, ini memang hujan rahmat. Hujan yang membawa sejuta kebaikan dan kebahagiaan kepada segala sekalian makhluk.

Pada pagi itu tidak ramai penumpang, sekitar 12 orang.

Terbang ke Mukah dari lapangan terbang antarabangsa Kuching bukan pilihan ramai. Mungkin faktor pesawat atau sebab-sebab yang lainnya.

Saya berharap  sektor eko-pelancongan di Mukah semakin rancak dan ini menjadi tarikan ke tempat ini agar boleh dikunjungi ramai.

WAJIB BACA :   Kisah Kuda Biru Terputus Uratnya

Sejujurnya menaiki burung besi hijau yang lebih tepatnya pesawat Twin Otter bukan pertama kali.

Pada tahun 2018 saya pernah menggunakan burung besi ini ketika masih di lapangan terbang lama.

A few later….

Sesudah hampir sejam berada di udara, burung besi ini berjaya mendarat dengan selamat.

Ada perubahan berlaku. Saya sudah berada di lapangan terbang Mukah yang baharu siap.

Ia mula beroperasi pada 17 Jun 2021 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 4 Disember 2021.

Nampak lebih baik daripada sebelumnya.

Kemudahan lebih selesa dan besar. Cuma masih sunyi dan lengang.

Itu biasa.

WAJIB BACA :   Artikel Bulan Ramadan Berbentuk Cerita

Tidak adil untuk saya buat perbandingan dengan tempat lain.

Saya bersyukur juga kerana sempat cater kereta untuk pulang ke kampung halaman.

Itupun last minute dan nasib baik Tuan Awang Taib boleh dihubungi pada masa tersebut.

HP Awang Taib : 013-8250352

Jauhnya sekitar 45 minit dan saya betul-betul sampai di halaman rumah pada jam 9.12 pagi.

Sekilas kata…

Perjalanan Kuching-Mukah-Dalat lebih cepat menggunakan laluan udara.

Biasalah terbang .

Masa diambil sekitar dua jam sahaja.

Jika perjalanan Kuching-Sibu-Dalat jauh lebih lama.

Masa diambil sehari suntuk kerana menggunakan bas dan bot laju

Masa termasuk transit atau bertukar kenderaan serta menunggu.

Perjalanan menggunakan kereta dari Kuching terus ke Dalat juga sama sehari suntuk.

WAJIB BACA :   Transfomasi Blog Bulan Mac 2016

Jadi pilihan tepat, terbang di udara menggunakan burung besi dari jenis Twin Otter.

Semoga pada tahun mendatang ada pesawat yang lebih besar agar pengalaman terbang ke Mukah dan sekitarnya lebih baik dan menyeronokkan.

Sekian sahaja.

Saya sarankan anda teruskan bacaan ke 4 tips dari Fattah Amin untuk tackle si dia

Nak tahu rahsia dapat income RM10K sebulan : KLIK SINI

Comments 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge