Twin Otter adalah pesawat ringan yang admin naiki untuk pulang ke Mukah. Pesawat ini boleh menampung sehingga 30 (jangkaan sahaja) penumpang dalam satu satu masa. Tiada pramugari yang cun. Tiada pramugara yang kacak.
Yang ada cuma dua orang Abang Pilot yang macho dan hensem.

Itu baru permulaan.
Berikut ialah kisah perjalanan admin dari Kuching ke Mukah.
Seawal jam 11.30 pagi admin sudah bertolak dari bilik sewa murah untuk ke menuju ke lapangan terbang antarabangsa Kuching menggunakan Grab.
Jalan raya belum sesak dan ini memudahkan perjalanan. Cuaca elok sahaja. Alhamdulillah.
Setengah jam kemudian admin sampai di lapangan terbang Kuching. Selepas check in di kaunter admin duduk sorang sorang melayan perasaan.

Sempat snap banner..muka sendiri malu nak tonjolkan sebab belum hensem sangat..Seronok dan hiba.
Suka dan duka.
Mana tidaknya melihat gelagat ramai manusia pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Gawai Dayak.
Ada ya bawa famili.
Ada yang berpasangan.
Ada yang lone ranger macam admin.
Seusai solat Zuhur di surau,admin terus bergegas ke ruangan menunggu. Jam 2.20 petang barulah admin dan penumpang yang lain dibenarkan masuk dalam pesawat Twin Otter.

Admin duduk di kerusi bahagian First Class walaupun membeli tiket pada harga economy class. Sebab pada masa itu kerusi tersebut kosong dan memang tiada penumpang yang membeli tiket First Class.

Alhamdulillhah tepat jam 3.45 petang admin selamat mendarat di bandar Mukah. Perjalanan lebih kurang sejam memang seronok.
Cuma keseronokan paras biasa. Sebab admin pernah naik pesawat yang lebih besar dari Twin Otter semasa pergi Bintulu dua tahun lepas.




Dalam pesawat admin menutup telefon. Masa banyak dihabiskan untuk melihat keindahan bumi Kenyalang dari udara .Lihat sungai,ladang kelapa sawit yang sangat luas dan pesisir pantai. Dari atas kita akan tahu betapa kerdilnya kita berbanding lautan dan daratan.
Maha Suci Allah.
Lebih kurang jam 4.20 petang Admin selamat tiba di rumah sendiri.Sampai sahaja di rumah admin jumpa emak tersayang.
Rasa sangat bersyukur dan rasa nak bersujud.
[Edisi kemaskini 08/08/2022]
Dah lama tak naik Twin Otter ke Mukah… Rindu!!
Last sekali naik Twin Otter dari Mukah ke Miri… Sewaktu kali terakhir meninggalkan bumi Mukah…
Anuar recently posted…Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!
pergilah sekali lagi tuan…
namun Twin Otter kurang sesuai kalau bawa anak-anak..
untung la bli ekonomi dapat bizz
nurul aziyana recently posted…Review YOUTH Skincare: Pori Wajah Makin Mengecil
rasa-rasanya begitulah..
namun tiada besa sangat pun..
bizz class kerusi kat hadapan sahaja
bestnya…. tak kisahla naik pesawat kecil atau bsr… yg penting selamat sampai kampung…
yalahkan..
yang penting selamat sampai
comel aje kapal terbangnya.. mcm yg menteri2 selalu naik pulak hihi
hahahaha..
memang comel..
duduk dalam memang macam menteri atau VIP pun ada ..
ada pesawat peribadi
Alhamdulillah…selamat sampai, bertemu bonda tercinta..
minggu ni Malaysia timur byk cuti…harvest festival, hari gawai..
Selamat bercuti di kpg..
ya tuan..
itulah yang terbaik buat saya..
jumpa emak tercinta
Pengalaman terbang menggunakan pesawat kecil seperti ini aku belum pernah merasakan …
Seperti bagaimanakah rasanya ?.
Apakah badan pesawat tetap stabil bergerak, tidak terasa bergoyang ?
bergantung dengan cuaca..
kalau cuaca bagus
memang line clear.
Oh, begitu pakcik.
Saya membayangkan saat terjadi angun besar, pasti goncangannya kerasa.
Tapi saat cuaca bagus … waaah … pasti menyenangkan lihat pemandangan di bawah sana.
kalau cuaca bagus…
semuanya ok..
steady sahaja
kapan saya bisa naik pesawat seperti ini teringin sangat bro hanafi
ABD KADIR RUSDI recently posted…Jenis Patiseri 2
naik la pesawat besar sedikit…
baru ada feel happy tu lebih
Kami mmg kecut kalau plane gini. Tengok kereta jadi kecik, merayap mcm semut aduhaiiii …
tulah..
kalau jatuh kan…
nak cakap pun takut hahahaha
Serasa naik pesawat mainan sepertinya ya. Hhhmm..kayak apa rasanya? Mikir dulu hehehe. Asyik aja ya mas 😀 Padahal bawa anak2 seru nih ke Twin Otter. Emang kurang cocok ya? Wah..mikir lagi deh. Thanks ceritanya oke.
memang seram juga tetapi itu pilihan yang terbaik untuk sampai ke kampung
wow.. saya selalu berang nak naik pesawat ringan ni. best ye? nmpak dalam filem macam best je
nikkhazami recently posted…Kuba Guling Viral + Resepi
hahaha…
kalau begitu jom la ke Sarawak.
pergi ke Mukah,Bintulu,Miri atau Bario..
boleh la dapat rasai pengalaman tersebut.
Biasa juga naik MasWings tapi dari KK ke Sibu jak tu pun kalau tidak memandu balik Tian, Daro. Tapi raya tahun ni confirm akan memandu sendiri dari KK hingga ke Kpg Tian.
AhmadiKatu recently posted…Pengalaman Dikongsi – Baik Atau Buruknya Diambil Sebagai Pengajaran
memandu kalau jarak jauh perlukan teman dan banyak berehat la..
Tak pernah dengar Twin Otter, lagipun tak pernah sampai Sarawak pun 😀
lepas nie boleh datang Sarawak dan mencuba naik Twin otter
Kecil jer kapal nya..
memang kapal kecil
tetapi ta sampai sekecik Tron
sy mmg da lama pasang angan2 nk naik mas wing ni sy nk pegi bario 😉
syoknyaaaa
ya..
Bario masih menggunakan Twin Otter.
impian yang bagus tu
kalau kerja outstation boleh selalu naik kapal terbanag tuan..
Teringin nak rasa naik flight tu
best bro..
tapi lagi best guna flight yang lebih besar la
Tai ngak nda pebak Twin otter, terima kasih Twin otter
Twin Otter memang best giler..
kecik tapi boleh gayat juga