Tarikh 1 Jun amat penting buat admin.Malah tidak dinafikan tarikh tersebut cukup penting juga untuk komuniti Dayak.Mereka menyambut Hari Gawai Dayak hari ini.Selain itu admin juga mengganggap 1 Jun sinonim dengan enam perkara yang sudah berlaku dan sedang berlaku pada tarikh tersebut.
1.Hari Gawai Dayak
Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut meriah setiap 1 Jun di Sarawak.Komuniti Dayak yang terdiri dari Dayak Laut dan Dayak Darat akan berpesta pada Hari Gawai Dayak.Cuti umum untuk negeri Sarawak.
Sebelum ini admin ada menulis satu artikel bertajuk Selamat Hari Gawai Dayak 2017 Dan Alkisahnya.
2.Hari Pernikahan Admin
Pada 1 Jun juga tarikh pernikahan admin dengan insan bernama Puan H.Kini sudah menjangkau usia 16 tahun usia pernikahan kami pada tahun 2018.Bagaimanapun ikatan pernikahan tersebut bakal dileraikan tidak lama lagi jika tiada aral melintang.
Berat sungguh hati ini namun admin perlu redha bahawa itulah ketentuan jodoh kami yang tidak mampu diteruskan hingga ke Jannah.
Dua tahun lepas admin ada menulis artikel bertajuk Nostalgia Perkahwinan Ke 14 Tahun
3.Hari Menukar Theme

Sebenarnya admin sengnaja untuk memilih hari ini untuk menukar theme yang baharu.Theme yang lama sudah kurang seronok.Jadi apa kata kita menukar Theme yang baharu pula.Kebetulan kerajaan sudah bertukar baharu.Teringin juga nak merasai Theme yang baharu.
Pada bulan yang lepas, sebetulnya pada 1 Mei 2018 admin menukar Plug in SEO yang baharu.Nak tahu boleh sahaja baca Percubaan Guna Plugin SmartCrawl SEO
4.Hari Pelancaran Page
Admin ada banyak page Facebook.Ada page yang ramai follower dan tiada follower pun ada.Sempena bulan baharu admin ada melancarkan page yang baharu.Dengan keberkatan bulan Ramadan yang sangat mulia ini admin berharap agar page ini memberi manfaat kepada follower kemudian hari.
Buat pengetahuan semua admin lancarkan secara rasmi Page Netizen Kinektok pada 1 Jun 2018.Jom kita ramai-ramai sedekah Like.
5.Hari kelima bercuti
Ketika 1 Jun 2018 admin sudah lima hari berada di kampung untuk bercuti raya.Percutian admin dijangka selama sebulan.Perkara ini amat menyeronokkan kerana admin berada dekat dengan emak di kampung.Memang suasana kampung sendiri terbaik biarpun hati dan perasaan masih bersisa di bandar.
Cerita perjalanan admin ke kampung ada dalam artikel yang bertajuk Pengalaman Naik Twin Otter Ke Mukah
6.Hari Sifar GST
Pada hari ini juga rakyat Malaysia bergembira dan bertepuk tangan kerana kerajaan baharu menguatkuasakan sifar GST.Sejak 1 April 2015 rakyat negara ini terkena GST yang tidak disukai sebanyak 6 peratus ke atas banyak barangan keperluan.Pelaksanaan GST dikatakan memberi kesan kenaikan barangan dan kos hidup.Rakyat berpendapatan kecil dan sederhana terhimpit dengan situasi tersebut.
Pada tahun 2015 admin ada menulis rasa tidak puas hati akibat GST dikenakan pada reload kredit telefon.Artikel tersebut admin tulis dalam Peritnya GST Untuk Reload Telefon
Penutup
Dengan kesempatan ini admin mengucapkan selamat bercuti kepada warga Sarawak.Malah sekali lagi admin mengucapkan selamat Hari Gawai kepada rakan-rakan dari komuniti Dayak.
Akhir kata, permintaan seikhlas hati dari admin untuk memohon pembaca untuk sudi like page Netizen Kinektok
Terima kasih.
Salam ramadhan admin
terima kasih dan salam Ramadan juga tuan
Semoga pernikahan admin masih dapat bertahan dan akan bertambah baik sempena 1 Jun ini. Apapun semoga diberi ketenangan dan kebahagian dunia dan akhirat..
saya pun tak tahu nak kata apa..
wait and see je lah
SEmoga mendapat ganti yang bisa smpai sehidup semati bro
ABD KADIR RUSDI recently posted…Lumpia Isi Sayuran , Penangkal Jerawat
aamiin..
begitulah hendaknya.
patah tumbuh hilang berganti
Banyak kenangan manis dan pahit bertarikh 1 June bagi admin.
betul tu…
sampaikan 3 tahun berturut -turut aaya wajib tulis benda yang sama
boleh x nk minta angpao? hahaha
Gawai tak de ang pow la
lain tempat maka lain acaranya mas..
banyak juga peristiwa 1 jun dalam hidup mrhanafi ye
peristiwa satu Jun memang bersejarah buat saya hehehehe
Banyak sejarah dalam kehidupan seseorang. Ada yang gembira, ada yang menyedihkan. Kehidupan mesti diteruskan. Tabiat menulis senarai ‘apa’ yang terjadi dalam sehari-hari ini bagus walau perkara sekecil menukar thema. Is tetap sejarah kehidupan.
sebab blog adalah catatan kehidupan tuan..
kalau umur panjang boleh rujuk balik dalam masa 10 tahun akan datang
1 jun… tarikh sy msk keje 😉
wow…
satu tarikh yang bersejarah
Semoga dipermudahkan segalanya
aamiin..
harap harap bgeitulah
Waaah..ternyata sudah 16 tahun usia pernikahan dengan sang isteri ya, mas Hanafi 🙂 Alhamdulillaah. Ternyata 1 Juni itu banyak sejarah dan berkahnya. Mesti diyarakan dong ya, yuk lah ajak saya makan2 enak heehehehe. Cool!
alhamdulillah..
masa untuk saya cool..
thanks wish for me
Kebetulan pulak 1 Jun adalah hari lahir saya…
ya…selamat Hari lahit buat tuan
semoga hidup terus diberkati