Terlebih dahulu admin mengucapkan sejuta tahniah kepada para pemenang yang telah berjaya dalam Contest SEO Pakej Fotografi Perkahwinan tempohari.
Berbilion terima kasih kepada pihak penganjuran iaitu blogger Tuan Annuar Marsib yang bekerja keras dalam menjayakan contest SEO tersebut.
Tidak lupa juga ucapan Trillion terima kasih kepada penaja Orange Photography kerana bermurah hati menyumbang hadiah yang amat lumayan.
Moga rezeki mereka sentiasa murah dan berkat serta mencanak-canak hingga ke akhirat..
Aaamiin.
Contest SEO tersebut telah berlangsung selama sebulan dari 1 Mei 2018 dan berakhir pada 31 Mei 2018.Seramai 17 blogger yang hebat dan otai menyertainya.
Keupayaan dan kemahiran mereka betul-betul teruji kerana kata kunci Pakej Fotografi Perkahwinan mempunyai persaingan amat sengit dalam carian Google.
Dalam erti kata yang lain hanya blogger yang mantap dan berwibawa sahaja mampu memang dalam Contest SEO Pakej Fotografi Perkahwinan.
Admin belum termasuk dalam kategori tersebut.Proses belajar masih diteruskan.Dari keputusan penyertaan tersebut admin kalah teruk dengan hanya mampu meraih nombor 13.
Contest SEO
Admin cuba menganalisis beberapa faktor yang melayakkan admin dapat nombor 13.Bukan nombor 1.Bukan juga nombor 3.
Analisis ini tidak semestinya tepat kerana admin baru sahaja mengenali ilmu SEO sejak tahun 2013 lagi.Rupa-rupanya belum lagi pandai-pandai.Alahai kesiannya mamat yang sorang nie.
1.Theme Generate Press
Admin percaya Theme Generate Press kurang power walaupun didakwa memiliki ciri- ciri teknikal SEO yang baik.Theme ini sangat ringan dan mesra mobile.Namun belum mampu untuk memberi saingan kepada peserta lain.
Akhirnya pada 1 Jun 2018 admin telah menguburkan Theme Generate Press bersama GST.Terima kasih kerana bersama admin sejak tahun 2015 lagi.
2.Pengisian Content 700 patah perkataan
Belum tentu ada jaminan walaupun panjang artikel lebih dari 700 patah perkataan.Mengikut perkiraan Google,artikel yang panjang dan konten berkualiti adalah kriteria yang perlu diambil kira.
Sungguhpun artikel admin ditulis selama 3 hari namun belum cukup bagus.Akibatnya artikel tersebut jatuh tercorot di page ke 10.
3.Page speed bawah 2 saat
Sejujurnya blog admin memang laju.Kelajuan bawah 2 saat belum tentu menjadi point penting untuk berada di halaman utama Google.Ramai yang setuju dengan blog yang laju dan ringan akan menjadi kesayangan Google.
Hakikatnya tidak 100 peratus betul.Robot Google pun boleh terlepas pandang perkara ini.
4.Plugin SmartCrawl SEO
Admin tidak meletakkan keyakinan terhadap plugin yang baru setahun jagung.Jangkaan admin benar.Kekuatan plugin tersebut belum terserlah.Lebih-lebih lagi berhadapan dengan blog lain yang jauh berprestasi tinggi.
Dengan keputusan tercorot dalam Contest SEO sudah memberi indikator untuk admin agar lebih berhati-hati memilih plugin dalam dunia WordPress.
5.Internal backlink stuffing
Biasanya word tag atau keyword stuffing boleh dikenakan penalti oleh pihak Google.Dengan penalti tersebut artikel kita akan ditendang sejauh mata memandang.Dalam kes admin sedikit berbeza.Admin banyak memberi internal backlink dalam banyak artikel .
Rupa-rupanya teknik tersebut tidak membantu untuk floating artikel SEO yang admin sertai.Google marah kot sehingga artikel tersebut terpelanting dari halaman 4 hingga ke halaman 10 pada hari terakhir Contest SEO.
Penutup
Kemahiran SEO yang bagus amat didambakan oleh blogger yang mementingkan trafik organik.
Jika tidak mampu boleh mencuba dengan viral di media sosial untuk dapat trafik segera.
Seandainya mampu dengan wang tunai yang berpuluh-puluh beg di aparment mewah lupakan sahaja SEO.Lebih baik guna Adword atau FB Ad.Cara ini lebih pantas dan tepat pada sasaran.
Akhir kata contest SEO yang admin sertai ini memang best kerana dapat menilai tahap kemampuan blogger dalam mengaplikasi kemahiran mereka dalam pentas carian Google.
Biarpun admin kalah teruk namun semangat gigih untuk terus belajar SEO tetap diteruskan juga hingga bila-bila.
Wallahualam.
- Kemas kini 6/1/25
Saya pun tak tahu apa itu seo
hahahaha…
tak kisah la bro..
yang penting ada blog dan ada pembaca pun ok juga..
kecuali nak menjadikan blog sebagai sumber pencarian atau pendapatan
Blogger melayu keh…? Tetap semangat kk, Salam kenal
saya blogger Malaysia..
BTW..
Selamat berkenalan
xpa tuan. rezeki belum menyebelahi pihak tuan
betul.
itulah dinamakan bukan rezeki setelah kita berusaha.
Tahniah buat semua pemenang…. usah bersedih bro… banyak lagi kita kena belajar dengan tip dan teknik SEO.
Semoga … semakin kita belajar semakin kuat teguh dan kuat blog kita boleh berada di SERP terbaik daripada blog orang lain.
Terima kasih segala tip dan teknik SEO yang dicurahkan selama ini.
Itulah baik dan buruk guna plug in yang baru.
Kamil Salleh recently posted…Tips Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan Terbaik
tak juga sedih sangat tuan
lagipun menyertai kontes seo begini percuma..
tiada rugi apa-apa pun hehehe
x mng x pe janji dpt pengalaman dan ilmu baru dan boleh dperbaiki utk ms akan dtg
satu pesanan yang boleh saya guna …
terima kasih awak
Moga ada rezeki di lain kali yer
in shaa Allah..
moga moga begitu la hendaknya
memang tidak dinafikan ..
sebab Google suka website yang sepantas kilat