Plagiat artikel sama dengan cetak rompak digital. Dulu VCD atau DVD selalu kena plagiat sehingga versi original kerugian besar.
Bukan itu sahaja, barangan elektronik, pakaian dan suplimen kesihatan pun tidak terkecuali.
Biasanya jenama besar selalu jadi mangsa walaupun mereka terlindung dengan akta hak cipta atau copyright law.
Undang-undang Allah sanggup manusia langgar apatah lagi undang-undang manusia sendiri.
Berbalik kita kepada topik asal perkongsian kali ini.
Artikel blog mrhanafi antara jadi mangsa isu plagiat oleh Kuala Lumpur ODK Blog.
Malah artikel cara buat website ecommerce pun beliau tapau habis dengan menukar tajuk secara lucu.
Sebenarnya banyak lagi portal atau artikel blog lain yang menjadi bahan plagiat oleh admin blog tersebut.
Dia cuma ubah sedikit tajuk dan tempekkan gambar lain sebagai feature image.
Mrhanafi faham kalau nak ambik pun artikel orang lain sila bagi kredit link do follow.
Ini tidak, mereka salin bulat-bulat tanpa ada rasa bersalah kerana mengambil hak orang lain tanpa kebenaran.
Dalam menangani isu plagiat ini, mrhanafi buat dua perkara.
Pertama, ganti nama saya akan menggunakan mrhanafi.
Andai kata kena plagiat lagi, mereka akan tukar satu persatu nama mrhanafi.
Itupun kalau mereka nak tukar.
Kalau tak tukar, trade mark mrhanafi akan melekat dalam blog mereka.
Keduanya, menukar ke setting disable click sebagai mana portal utama berita Bernama.
Tindakan ini melambatkan proses copy and paste.
Nak kata 100 peratus elak copy and paste tidak mungkin juga kerana ada cara alternatif untuk berbuat demikian.
Pesanan buat admin Kuala Lumpur ODK Blog.
Berhentilah plagiat artikel mrhanafi mulai detik ini.
Plagiat
Mrhanafi tidak reda perbuatan demikian kerana menulis artikel ini mengerah idea dan keringat kurniaan Illahi.
Bukan itu sahaja, pelaburan masa bukan sedikit dan tidak adil untuk orang lain mengaut keuntungan duniawi atas angin.
Blog kaki plagiat ini menjana kewangan dengan sistem klik.
Lainlah plagiat artikel orang lain untuk menjana pahala tanpa unsur komersial.
Itu sangat bagus kerana pahala tetap mengalir juga kepada penulis asal.
Oleh itu wajar hentikan kegiatan plagiat ini.
Ingat plagiat perbuatan yang kurang disenangi ramai orang…
abg napi kena report kpd SKMM agar tindakan yg sewajarnya dpt diambil kpd pencuri bahan tersebut. Wish u all the best!
buat masa ini…excuse dulu
tak mahu panjangkan cerita.
harap mereka berhenti buat kira dah cukup bagus
kena buat kempen #stopplagiat
Dasir Rounin recently posted…Video Youtube – Puisi Dasar Manusia | Karya asal Briandena
isu begini sudah lama dan memang ada manusia yang mahu berjaya dengan jalan pintas iaitu ambil harta intelek orang lain
Ini pun banyaak terjadi di Indonesia. Kadang tak habis pikir lah, kenapa kelakuan macam pencuri, copas tulisan orang lain dan diakui miliknya. 😔. Susah sangat kah belajar menulis yang merupakan hasil tulisan sendiri.. terkadang pun ditegur karena masalah ini, buat tak tahu macam dia. Betul-betul macam pencuri kan…
senang cerita…mereka ini mahu jalan capat dan pintas untuk berjaya.
soal etika tolak tepi dan tidak peduli bab halal haram lagi
boleh complain dgn dmca ni mr h..
wah…ini satu cadangan yang baik…
terima kasih ya
Ini yang buat kita kecewa!
sebetulnya begitu walaupun tidaklah kecewa sangat kerana ni semua bersifat dunia
wahhhhh peminat setia tuan hanafi rasanya dia ni…
segala benda dia nak plagiat
peninat yang ada niat nak copy and paste je tu hehehe