Kembali ke gym Samarahan lepas cuti Raya 2022

Gym Samarahan tidak jauh dari rumah. Alhamdulillah satu kelebihan untuk saya kerap ke gym. Jimat masa dan jimat minyak.

Sebelum kedatangan bulan puasa dulu saya ada bermain di gym Samarahan.

Semasa berpuasa sehingga raya, saya berhenti untuk fokus kepada ibadah dan kerjaya.

Sekarang masa untuk kembali ke gym.

Masa untuk mengembalikan kecergasan dan kekuatan yang berbulan-bulan juga ditinggalkan.

Kalau asyik meninggalkan gym sampai bila la nak jadi sado.hehehe

Walaupun saya masuk gym bukan untuk jadi sado tetapi mahu jadi cergas dan mengelakkan keboroian.

Boroi atau buncit mudah berlaku kepada lelaki yang sudah menginjak usia separuh abad.

Jujurnya jarang juga saya menulis perkara yang bersifat personal begini.

WAJIB BACA :   Blogger Menulis Blog Tanpa Merancang

Mungkin atas sebab tidak mahu menghebohkan perkara yang biasa sahaja berbanding perihal mengenai cara buat website ecommerce. Hehehhe

Gym Samarahan

gym Samarahan

Saya memilih Pure Fit Gym  sebagai tempat untuk bersukan dalam bidang ini.

Lokasinya terletak di kawasan Aiman Mall dan berdekatan dengan Hypermarket Le Papa di Kota Samarahan.

Waktu beroperasi Pure Fit Gym Samarahan adalah seperti di bawah :

Isnin hingga Jumaat = 2.00 p.m. – 10.00 pm

Sabtu= 9.00 a.m. – 10.00 p.m.

Ahad = Tutup

Telefon = 010-827 9855

Page Facebook: Pure Fit Gym 

Bayaran masuk boleh rujuk gambarajah di bawah:

gym Samarahan

Pure Fit Gym menawarkan pendaftaran ahli secara percuma.

Yuran hanya dikenakan untuk kemasukan harian secara walk in atau bulanan.

WAJIB BACA :   Hikmah Bersangka Baik Setiap Masa

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, keadaan gym ini memuaskan.

Peralatan mencukupi dan dilengkapi dengan kemudahan rak menyimpan barang para pelanggan.

Bukan itu sahaja, ada muzik yang dimainkan untuk elak rasa sunyi ketika mengangkat besi.

Cuma kelemahan  gym ini kedudukan peralatannya yang sangat dekat.

Keadaan ini agak berbahaya kepada pengguna yang lain sekiranya tidak berhati-hati.

Kelemahan keduanya tiada ruangan untuk golongan wanita sahaja atau ladies only.

Saya faham mengwujudkan ruangan begini agak sukar untuk dilakukan kerana memerlukan tempat yang lebih besar.

 

Tidak dinafikan  timbul rasa malu-malu kucing juga mengangkat besi berdekatan dengan wanita.

Apa-apapun saya tetap suka gym Samarahan ini kerana persekitaran yang bersih dan pengudaraan yang baik.

WAJIB BACA :   Alkisahnya belajar menulis ayat cinta

Semoga penduduk di sekitar Kota Samarahan istiqamah menjaga kesihatan dan boleh melahirkan atlet bina badan peringkat nasional dan antara bangsa suatu hari nanti.

8 thoughts on “Kembali ke gym Samarahan lepas cuti Raya 2022”

Leave a comment

CommentLuv badge