Misi mencari sekolah memandu di Kota Samarahan

Saya sedang mencari sekolah memandu di Kota Samarahan untuk anak saya.  Ya anak sulung kini sudah berumur 19 tahun. Dia baharu sahaja selesai Kolej Matrikulasi Sarawak pada Mei 2022 yang lepas.

Memandangkan dia masih ada masa terluang sebelum ke IPT, maka molek juga ambil lesen memandu terlebih dahulu.

Kemahiran dan lesen memandu ini boleh digunakan sampai bila-bila.

Baik masa belajar nanti atau sudah mendapat pekerjaan.

Mana tahu boleh juga bekerja dalam bidang teknologi seperti cara buat website ecommerce

Sekolah memandu di Kota Samarahan

sekolah memandu di Kota Samarahan
Gambar hiasan sahaja

Di Kota Samarahan ada dua sekolah memandu yang utama.

Yang pertama Konsortium Memandu Kota Samarahan Sdn Bhd.

WAJIB BACA :   2 kali gembira dapat keputusan swab test negatif.... amazing feeling

Tempat ini sudah beroperasi 10 tahun yang lepas.

Lokasinya berada di jalan utama. Mudah dijumpai. Senang ditemui.

Alamat : 45, Lorong 5, Kampung Melaban, Taman Desa Ilmu, 94300 Kota Samarahan, Sarawak 

Telefon : 019-887 3583

Yang kedua pula ialah Institut Memandu N.B. Motors Sdn Bhd. Tempat tersebut sudah beroperasi tujuh tahun

Alamat: Lot 8511, Block 26, Land District, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Telefon: 017-899 5992

Dua tempat ini memang tidak jauh dari rumah.

Setelah mengetahui tempat belajar, saya ada menghubungi beberapa orang pengajar atau cikgu memandu.

Tujuannya untuk mengetahui berapa kos untuk mendapatkan memandu lesen motosikal dan kereta.

sekolah memandu di Kota Samarahan

Lesen motosikal iaitu B2 ialah RM500 dan lesen kereta yakni D ialah 1380.

WAJIB BACA :   Kembali angkat besi

Harganya tidak jauh berbeza antara satu sama lain.

Dengan siapa saya pilih untuk jadi cikgu memandu anak saya akan diketahui dalam artikel yang akan datang.

Harga untuk dapat lesen memandu memang naik hampir setiap tahun.

Inilah harga kos hidup yang perlu ditanggung sekarang ini.

Mahu atau tidak mahu, kalian perlu mendapatkan sumber pendapatan kedua seperti di Volten International

Tahun 2022 dengan tahun 2012 sangat berbeza.

Apatah lagi pada tahun 2002 dulu di mana saya baru dapat lesen memandu dan berjaya membeli sebuah kereta terpakai.

Itu kisah lama dan kita tinggal kisah tersebut.

Ternyata sekolah memandu di Kota Samarahan memudahkan penduduk di kawasan sekitarnya belajar memandu.

WAJIB BACA :   Kenangan Terindah Ke MRSM Betong

Buat masa sekarang jalan di Kota Samarahan masih sesak hampir setiap hari.

sekolah memandu di Kota Samarahan

Sehingga ada suara nakal mengatakan orang di kawasan ini memilliki tahap kesabaran luar biasa.

Semoga artikel yang ringkas ini ada memberi manfaat untuk kalian.

Comments 6

  • Sama seperti Jakarta sesak nya mungkin bang 😄. Sampe ada yang bilang, ‘kalau bisa bawa mobil dengan lancar di Jakarta, berarti dia akan bisa bawa mobil di belahan dunia manapun, kecuali India’ 😅.

    Sekolah mengemudi nih makin banyak memang. Di dekat rumah sayapun ada beberapa. Saya lebih suka belajar melalui mereka, daripada orang yang dikenal. Karena biasanya lebih sabar. Pernah belajar mobil dulu dengan papa, yang ada marah-maraaah saja tiap saya salah hahahahaha

    • belajar dengan pebgajar profesional tidak sama dengan belajar sendiri.

      mereka ada pebgalaman dan terlatih untuk ajar orang lain dalam bab memandu

  • geng² opis kmk yg dr samarahan semuanya gerak awal dr umah ke ofis.. perancangan kena ada so x stress jumpa jem.. sampai ofis awal balit pun awal.. hehehe
    Kakmim recently posted…Siapakah golongan B50?My Profile

  • bagus..ada masa terluang ambik lesen memandu…senang urusan dimasa depan..
    semoga berjaya, chaiyok!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge