Antara cara lajukan internet pc ialah dengan melanggan streamix atau fiber optik. Adakah cara ini relevan untuk semua orang ?
Sudah semestinya tidak.
Tidak semua ada kemampuan berbuat demikian dan tidak semua tempat ada liputan internet menggunakan streamix atau fiber optik.
Oleh hal demikian, ada alternatif sebagai cara lajukan internet pc.
Topik inilah yang cuba saya kongsikan kali ini.
Internet laju adalah kemudahan zaman sekarang ini.
Kurang laju maksudnya ketinggalan zaman.
Hakikatnya masih banyak tempat yang kurang laju internet sehingga menjejaskan produktivi dan industri digital seperti cara buat website ecommerce.
Capaian internet boleh menggunakan WIFI dari router atau modem.
Peralatan ini agak murah dan prestasi tidak juga mengecewakan.
Cara lajukan internet pc
1.Tukar kedudukan router
Baru-baru ini saya membeli router atau mod Olax AX5 Pro.
Saya letak atas kabinet yang rendah kedudukannya.
Apabila dicheck speedtest dan diamati sendiri prestasi Live di Facebook, didapati kurang laju seperti yang sepatutnya.
Saya ambil keputusan menukar kedudukan router di kedudukan yang lebih tinggi.
Akhirnya diakui cara ini berkesan juga laju internet pada laptop sudah banyak perubahan.
2.Guna kabel LAN
Semasa bekerja di pejabat saya lebih gemar menggunakan kabel LAN berbanding WIFI.
Maksudnya cara lajukan internet pc menggunakan kabel LAN.
Selain laju, kabel LAN juga stabil.
Berbanding isyarat WIFI yang banyak gangguan, kabel adalah pilihan terbaik untuk lebih laju.
Jika tidak percaya boleh cuba.
3.Tukar router
Router yang laju biasa amat sinonim dengan harga yang mahal dan jenama yang boleh dipercayai.
Sekiranya pembaca menghadapi keadaan internet perlahan apa kata cuba cari router yang saya sarankan.
Jenama yang disarankan seperti Huawei, TPlink dan ZTE.
Itu sebagai contoh dan boleh juga cari jenama lain yang selalu disebut-sebut oleh pengguna.
4.Tukar DNS Google
Pada bahagian ini agak mencabar dan jika belum yakin boleh rujuk dengan video Mona Lisa yang saya sertakan di bawah.
Jika tidak pun rujuk artikel Hidup Cyber.
Penerangan mereka cukup lengkap dan menyakinkan.
Kalau saya memang tidak begitu mahir berbuat demikian.
5.Restart router
Dalam banyak tips yang saya sebutkan di atas sudah tentu nombor lima ini senang nak buat.
Cara restart boleh tekan button off pada router atau restart pada aplikasi router tersebut.
Jangan risau restart tidak akan merosakkan router anda.
Cara ini pernah saya buat ketika saya guna pc di pejabat tempat saya bekerja dulu.
Itupun selepas pelanggan mengadu isyarat WIFI yang mereka guna lambat.
Setelah direstart, router akan bekerja lebih baik dan internet akan lebih laju.
Penutup
Cara lajukan internet pc yang saya senaraikan di atas boleh dicuba daripada tiada berbuat apa-apa.
Tidak dapat dinafikan line internet lambat akan mempengaruhi jiwa dan minda.
Selamat mencuba.
- Kemas kini 19/12/22
Selalu memang hidupkan semula router kalau dapat isyarat lemah.
itu cara yang bagus…
Sangat berguna perkongsian ni. Dapat layan internet laju bila di kampus saja haha.. Balik kampung saja memang slow berabis..
Adi Channel recently posted…10 Cara Memutihkan Gigi Kuning Secara Semulajadi
kampung tak pe la bro…
boleh rehat sekali sekala dari dunia intrenet
tq atas perkongsian. penting sgt ada internet laju hihi
internwt laju maka produktiviti juga tingi
Ya..biasanya router di letak pada kedudukan yang tinggi dan terbuka
betul tu.
kalau tempat yang tinggi makan penerimaan signal lebih kuat
setakat ini saya cukup berpuas hati