Kisah mualaf sangat menarik.Mereka istimewa kerana dipilih Allah SWT melalui kurniaan hidayah. Nikmat hidayah dan petunjuk yang benar tidak ternilai harganya.
Alangkah beruntungnya mereka kerana sudah menempah tempat di Syurga.Hanya syurga sahaja tempat kekal abadi untuk orang beriman.
Mudah-mudahan kisah mualaf ini jadi inspirasi buat kita semua.
Table of Contents
Kisah Mualaf
Mualaf merujuk kepada pertukaran agama asal seeorang ke agama Islam. Mereka juga dikenali sebagai saudara kita,saudara baru atau converted person.
[ Baca juga : Mengapa Saya Peluk Agama Islam ]
Saya teruja berkongsi kisah mualaf dari seluruh dunia. Saya cukup terkesan dan terharu.Maha Suci Allah dan Allah Maha Besar.
Mengikut logik akal memang sukar untuk mereka menjadi mualaf. Pendirian mereka untuk menjadikan Islam sebagai pegangan hidup amat hebat.
Sebagai orang Islam sendiri, saya rasa malu. Sebab kita tidak meletakkan kepentingan Islam pada tempat sepatutnya.
Izinkan saya memberi pandangan berdasarkan 20 kisah mualaf ini. Kebanyakkan mereka yang memeluk Islam ini ada stori yang menyentuh hati.
Saya ringkaskan menjadi 5 perkara berikut.:
1.Orang kuat beragama
2.Latarbelakang keluarga yang teguh pegangan agama
3.Penentang Islam yang tegar
4.Suka membuat perbandingan agama
5.Cendikiawan yang hebat
[ Baca juga : Panduan Buat Duit Online Guna Blog ]
Baiklah.
Saya teruskan perkongsian ini.Semoga usaha kerdil ini mendorong kita mencintai agama yang benar.Hanya Islam sahaja agama yang sah di langit dan di bumi bersandarkan Surah Ali Imran ayat 19 :
“Sesungguhnya agama [yang benar dan diredhai] di sisi Allah ialah ISLAM.Dan orang-orang [Yahudi dan Nasrani] yang diberikan Kitab itu tidak berselisih [mengenai agama Islam dan enggan menerimanya ] melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya [perselisihan itu pula] semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan [ingatlah],sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah,maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNYa”
1.Hamzah Yusuf
Sebelum Islam namanya Mark Janson. Berasal dari Washington,Amerika Syarikat. Memeluk Islam ketika berumur 17 tahun selepas terbabit dengan kemalangan ngeri. Belajar ilmu agama di dunia Arab selama 10 tahun.
Sumbangan Hamzah Yusuf sangat banyak. Antaranya menubuhkan Institut Zaytuna pada tahun 1996. Institut ini ala-ala sekolah sekolah pondok kalau di Malaysia.
2.Isa Carlos Alberto
Beliau lahir pada tahun 1980 di Mexico city. Ketika berumur 18 tahun telah memeluk Islam. Pendiriannya goyah terhadap agama asal dan mula tertarik dengan Islam kerana membaca terjemahan Al Quran.
Dari situ Isa mengkagumi kandungan Al Quran sehingga komited untuk belajar di Universiti Islam Madinah selama 4 tahun. Kini beliau pendakwah yang terkenal di Amerika Latin.
3.Dr Murad Wilfried Hofmann
Dr Murad lahir di Aschaffenburg, Jerman pada tahun 1931. Beliau tertarik dengan Islam sewaktu bertugas di Algeria sebagai duta Jerman. Malah menghabiskan masa hidupnya sebagai duta dipelbagai negara Islam selama 30 tahun.
Akhirnya dia menjadi mualaf yang hebat. Sumbangan beliau adalah penulisan buku ilmiah. Ideanya pernah menjadi kontroversi.Menurutnya Islam adalah agama penyelesaian masalah di negara Barat.
4.Maryam Jameelah
Lahir pada 3 Mei 1934 di New York. Beliau berketurunan Yahudi yang menetap di Amerika Syarikat. Minat Maryam Jameelah dalam bidang muzik terutama muzik Arab. Hatinya terpaut mendengar alunan ayat Al Quran yang terselit dalam muzik tersebut.
Ketika berumur 19 tahun beliau memeluk Islam. Pada mulanya keluarga menentang tetapi tidak berupaya kerana itu adalah pilihan hatinya sendiri. Maryam memberi sumbangan dalam bentuk penulisan karya yang hebat.
5.Syeikh Yusuf Estes
Nama asalnya ialah Josep Edward Estes.Lahir pada tahun 1944 di Texas Amerika Syarikat.Seorang pemegang PhD dalam ilmu ketuhanan ajaran Kristian. Pernah menjadi paderi dan keluarganya adalah penganut Prostestan.
Pendedahan terhadap Islam ketika beliau berurusan dengan seorang lelaki Muslim dari Mesir. Mereka berdiskusi tentang agama dan Allah SWT tunjukkan kepada Syeikh Yusuf bahawa Islam adalah benar. Selepas itu Syeikh Yusuf memeluk agama Islam bersama keluarganya.
6.Muhammad Assad
Lahir pada tahun 1900 dan meninggal dunia pada tahun 1992. Seorang warga Austria yang dulunya dikenali sebagai Leopold Weiss. Berketurunan Yahudi yang bekerja sebagai wartawan dan duta.
Pendedahan tentang Islam berlaku tatkala beliau berada di Palestin dan Kaherah. Pertemuannya dengan Syeikh Mustafa al Maghribi menjadi titik penting pengislamannya. Beliau berdebat tentang perbandingan agama.
Akhirnya Islam menang kerana kebenaran. Selepas itu Muhammad belajar Bahasa Arab dan belajar dengan ulama yang ada di Universiti Al Azhar. Sumbangannya dalam Islam banyak dalam penulisan buku.
7.Dr Maurice Bucaille
Seorang doktor perubatan yang lahir di Pont-L’Eveque,Perancis pada tahun 1920. Keluarganya berpegang teguh kepada agama Kristian Katolik.Dr Maurice gemar mengkaji agama iaitu agama Yahudi, Kristian Kuno,agama Kuno Firaun dan agama Islam itu sendiri.
Akhirnya hatinya terpaut kepada Islam kerana ayat al Quran berkaitan fakta sains.Beliau memeluk Islam dan terpaksa dibuang negara dari Perancis sehingga berkelana di bumi
Mesir.Beliau berjaya menulis buku sebagai sumbangan terbesar dalam Islam dengan pengupasan ilmu sains dan agama.
8.Dr Bilal Philips
Beliau berasal dari Jamaica dan lahir pada tahun 1947.Dr Bilal Philips membesar di Kanada.Dia mempelajari aliran Karl Marx sehingga peringkat tertinggi.Namun beralih arah untuk mengenali Islam.
Dr Bilal mendalami ilmu Islam di Universiti Madinah dalam bidang Usuluddin.Pernah menjadi pensyarah di Filipina.Akhirnya Dr Bilal berhijrah ke Amerika untuk menyertai Kumpulan Malcom X.Tugasnya membimbing belia kulit hitam mempelajari Islam.
9.Yvonne Ridley
Storinya cukup menarik.Yvonne lahir pada tahun 1959 di Stanley,Country Durham England.Beliau seorang wartawa di syarikat akhbar yang ternama di negara tersebut.
Pendedahan agama Islam sewaktu Yvonne bertugas di sempatan Pakistan dengan Afghanistan.Beliau tertangkap oleh pihak Taliban.Sewaktunya dalam tahanan Yvonne dilayan dengan baik. Maruahnya sebagai wanita terjaga.Akhir Yvonne dibebas selepas 30 bulan kemudian.
Sekembali ke negaranya, Yvonne terus memeluk Islam kerana mengetahui akhlak orang Muslim sangat bagus.Beliau dipecat dari jawatan wartawan. Selepas itu beliau aktif berdakwah supaya wanita muslim terus kekal berhijab.
10.Malcolm X
Siapa Malcolm X ? Saya juga pernah tertanya-tanya siapa .Malcolm X ialah ketua pergerakan nasionalisme kulit hitam di Amerika Syarikat. Lahir pada tahun 1925 namun
meninggal dunia akibat dibunuh pada tahun 1965.
Malcolm X menjadi mualaf ketika dalam penjara.Keluarganya masuk Islam pada tahun 1948.Ketika itu Elijah Muhammad sering berurusanya dalam pertanyaan tentang Islam.
Selepas pembebasan dari penjara, Malcolm X aktif dalam aktiviti dakwah bersama Nation Of Islam pimpinan Elijah Muhammad.Namun beberapa ketika kemudian, Malcolm X keluar dari Nation Of Islam.Beliau menubuhkan Muslim Mosque, Inc.
Namun berlaku krisis antara Malcolm X dengan pengikut Nation Of Islam.Malcolm X terkorban kerana ditembak sewaktu membuat ucapan dalam satu himpunan di Manhattan.
11.Tatiana Fatima
Beliau ialah gadis berbangsa Slovakia yang dilahirkan di Bratislava. Minatnya yang suka mengembara sehingga membawa beliau tertarik dengan Islam kerana laungan azan. Hatinya kagum mendengar azan yang dilaungkan serentak di Mesir.
Beliau berminat untuk mengetahui maksud lafaz azan selepas kembali ke negara asal.Selain itu belajar bahasa Arab,kelas fardu Ain dan kelas al Quran yang dianjur oleh komuniti setempat.
12.Amelia Rehman
Beliau adalah seorang Yahudi kerana ibunya Yahudi Amerika manakala bapanya Yahudi Israel.Amelia cenderung untuk mengamal ajaran agama sejak berumur 13 tahun lagi.
Dia pun bersungguh-sungguh untuk belajar Judaime,bahasa Ibrani dan kursus Talmud.Sayangnya tidak menjumpai apa yang dicarinya selama ini.
Ketika berhijrah ke California,Amelia mengenali Islam melalui orang-orang Arab. Mereka adalah pelanggan yang selalu berbelanja di kedai keluarganya.
Pada suatu hari Amelia terdengar pelanggannya bercerita tentang hari Kiamat. Sedangkan dalam agamanya tidak diceritakan berkaitan alam akhirat.Dia terus berminat
dengan Islam dan berkahwin dengan seorang Arab muslim.
Keputusannya menjadi mualaf menyebabkan ibubapa Amelia menentang habis-habisan.Ibu Amelia sehingga akhir hayat tidak bertegur dengan Amelia. Itulah dugaan yang dihadapi Amelia dalam mencari agama Illahi.
13.Jamilah Kolocotronis
Stori yang menarik buat saya bagaimana Jamilah menjadi seorang mualaf.Ia berlaku pada tahun 1976. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pendeta.
Ketika majlis perjumpaan mahasiswa baru,Jamilah berjumpa dengan pemuda Muslim.Pemuda itu dari Thailand mempunyai akhlak yang terpuji.Mulutnya sentiasa berzikir.
Atas sebab itu Jamilah rasa tertarik untuk memurtadkan pemuda tersebut. Namun tidak berjaya sebaliknya Jamilah terus berminat untuk mendalami Islam.
Jamilah memeluk Islam dalam bulan Ramadan.Dia abdikan diri dalam dunia Islam dengan menjadi pengetua Salam School di Milwaukee,Amerika Syarikat.
14.Dr Roger Garaudy
Beliau dilahirkan pada tahun 1913 dan merupakan ahli Falsafah Marxis. Namun berpegang kepada agama Kristian Katolik.
Pernah menulis buku yang mengkritik peristiwa Holocaust.Beliau berpendapat Holocaust cuma konpsirasi pemimpin tertentu ketika itu.
Pada tahun 1982 Dr Roger memeluk Islam.Selepas itu memang lantang mengkritik pemimpin barat .Buku-bukunya sangat kontroversi dan itulah sumbangannya dalam Islam.Banyak mengubah persepsi dan pembongkaran konspirasi.
15.Aminah as-Silmi
Lahir di Oklahoma, Amerika Syarikat pada tahun 1945. Beliau seorang penulis dan pemberita yang berjaya.Keluarganya berpegang teguh kepada ajaran Kristian Baptis.
Pada tahun 1975,beliau menjadi mualaf.Sebelum itu ada satu stori yang begitu menuntun jiwa kita.
Aminah seorang yang bijak.Beliau telah mendapat biasiswa. Nak dijadikan cerita, permohonannya untuk mengikuti pengajian media gagal.
Sebaliknya ditawarkan bidang teater.Memang jauh tersasar dari impian dan hasratnya.Nak ditolak tidak dapat kerana sudah menerima biasiswa pengajian.
Dalam kelas teater Aminah bercampur dengan mahasiswa Arab beragama Islam.Misi Aminah sekarang berdakwah tentang ajaran Kristian terhadap mereka.
Namun tidak berjaya kerana mereka sangat berpegang teguh kepada Islam.Senario ini memaksa Aminah membaca terjemahan Al Quran dan buku-buku berkaitan Islam. Niatnya
untuk mencari kelemahan agama tersebut.Namun gagal kerana Al Quran tiada cacat celanya.
Akhirnya Amirah kalah dengan kebenaran.Beliau sudah mencintai Islam sebagai agama yang sempurna.Aminah mengabdikan diri selama 33 tahun dalam Islam.
Kejayaan manis Aminah ialah tersenarai sebagai 500 Muslim yang berpengaruh di dunia.
16.Susan Carland
Beliau ialah tokoh muslimah Australia tahun 2006.Seorang pensyarah di Universiti Monash. Suaminya berbangsa Arab Mesir dan mengajar politik di universiti yang sama.
Ketika Susan berumur 17 tahun minatnya dalam bidang agama sudah berputik.Ketika itu Islam tiada dalam senarai kerana digambarkan sebagai ganas dan asing.
Pada suatu ketika, Susan menonton tv.Ada siaran yang memaparkan Islam dalam sudut negatif.Islam diburuk-buruk sehingga tidak masuk akal. Dari situ Susan mula berfikir mengapa Islam diberi gambaran negatif.Beliau mencari rasionalnya.
Kehidupan mualaf bukan mudah baginya.Beliau sering dipandang serong kerana berhijab.Bukan itu sahaja pernah disisih teman teman selama bertahun-tahun.
Sumbangan Susan dalam Islam ialah mengadakan ceramah,kerja dakwah dan kemasyarakatan Muslim.Misinya untuk menjelaskan kekaburan tentang Islam dan menangani masalah murtad.
17.Luna Cohen
Luna Cohen adalah orang Yahudi yang berasal dari Kota Tetouan Maghribi.Ketika berumur 16 tahun pergi ke sekolah khas Bet Yakov.Umur 18 tahun dia sudah berkahwin dan telah berpindah dari Amerika Syarikat ke Semenanjung Gaza.
Suami Luna memeluk Islam setelah berdialog dengan orang Muslim yang berasal Emiriah Arab Bersatu. Tidak lama selepas itu Luna pun mengikuti jejak suaminya.
Mereka berdua sekali lagi berhijrah ke Maghribi dari mukim Gush Qatif,Semenanjung Gaza.Keadaan di sana tidak sesuai untuk mereka menjalani kehidupan orang muslim.
18.Jacques Yves Costeau
Beliau ialah seorang juruselam laut dalam dari Perancis.Hidayah Islam telah memasuki hati setelah melihat keajaiban alam.Ada air sungai dalam laut tetapi airnya tawar.Rasa sedap tidak bercampur dengan air masin walaupun berada dalam laut.
Jacques berjumpa dengan seorang profesor Muslim dan menceritakan keajaiban tesebut.Untuk menjelaskan keadaan itu,profesor tadi mengguna ayat Quran. Dari situ beliau kagum lalu memeluk Islam sebagai pegangan hidup.
19.Tali Fahima
Lahir pada tahun 1976 di Qiryat Gat .Ibunya adalah ibu tunggal dan penyokong Parti Likud.Pada mulanya Tali menyokong pemerintahan Israel namun goyah kerana kekejaman mereka.
Tali sanggup membantu Zubeidi dengan memberi maklumat.Ketika itu Zubeidi adalah aktivitis Briged al-Aqsa.Tali rela menjadi perisai manusia untuk melindungi anak-anak Palestin.
Tali telah ditangkap kerana menjadi pembelot dan mengaku bersalah pada tahun 2003. Pada tahun 2007 dia telah dibebaskan.Kira-kira 3 tahun kemudian Tali menjadi mualaf.Pengislamanya di masjid Umm al Fahm.
20.Laurent Booth
Laurent juga dikenali sebagai Sarah Booth.Lahir pada 22 Julai 1967 di Islington, London.Kerjayanya adalah penyiar radio dan wartawan serta aktivitis masyarakat.
Pada tahun 2010 dia memeluk Islam secara sukarela.Islam telah berputik dalam hatinya ketika memasuki masjid.Dia merasai suasana indah dan menenangkan.Beliau pernah bertugas di Palestin sebagai program hak asasi manusia.
Kekecewaannya terhadap rejim Zionis semakin menebal.Media mereka suka memutar belit isu.Sekali lagi kebenaran Islam tersirna sebagai agama akhlak.
Kesimpulannya:
Kisah mualaf yang mencintai Islam menjadi iktibar kepada kita semua. Kita bersaudara dengan mereka kerana menyembah Allah SWT yang sama.
Nabi junjungan besar pun sama yakni Rasulullah saw. Semoga kita tetap dengan iman dan berupaya solat dengan khusyuk.
Sekian.Jumpa lagi.Salam hormat.Terima kasih.
*Sumber rujukan: buku Allah is Calling tulisan Zainuddin Hashim
[Edisi kemas kini 8/12/2019]
{Edisi kemas kini 10/5/22 ]
[Edisi kemas kini 31/8/22]
{ Edisi kemas kini 30/12/22 ]
Agama Islam adalah agama yang sempurna meliputi semua alam semesta.
Semoga lebih ramai lagi saudara baru yang memeluk Islam.
Hanya insan terpilih sahaja yang peluk Islam, itu pun jika dia mendalami Islam yang sebenar.
Kamil Salleh recently posted…Myrezki Global Labur RM30 Dapat RM19K
kebiasaanya siapa yang ikhlas peluk Islam akan diberi kefahaman beragama..
ada juga yang Islam hanya pada nama walaupun mereka saudara baru..
Gembira membaca kisah-kisah 20 orang mualaf yang dikongsikan..
Baru tahu ada juga golongan Yahudi yang terbuka pintu hatinya untuk memilih Islam.. ingatkan golongan Yahudi ni akan tertutup pintu hati mereka untuk menerima Islam.. ini menunjukkan Allah maha kaya… sesiapa boleh beroleh hidayah dengan izin Allah S.W.T..
anuar recently posted…Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
tak semua Yahudi sebegitu tuan..
kalau kita baca sirah para sahabat pun memang ada orang Yahudi masuk Islam..
cuma jumlahnya sangat sedikit..
Golongan yang majoriti itulah yang mengambarkan keadaan sebenar mereka.
Orang masuk Islam akhir zaman ini akan berduyun-duyun. Itu seperti firman Allah dalam surah alFath. Tapi malangnya…orang yang asal lahir dalam Islam ‘menjauhkan’ diri dari Islam.
betul tuan…
kebangkitan Islam akan ketara di negara barat..
itulah kuasa Allah SWT
Orang bukan Islam ada yang lebih beradab dari orang Islam itu sendiri…
itulah sikap manusia bro…
nak cakap pun susah
Indahnya Islam. Agama paling pantas berkembang di Amerika dan Europe, dengan akhlak yg baik bisa buat bukan islam tertarik.
akhlak itu yang banyak mempengaruhi mereka untuk memeluk Islam bro..
ISlam adalah agama akhlak
Banyak nya kisah mualaf yang tuan kumpulkan ni
ada antaranya saya tak pernah baca dan kenal pun
Terima kasih kerana berkongsi
memang menarik untuk santapan minda
sambil sambil blogwalking ni kan
Mazni Azmi recently posted…Ibu ini elak kencing manis semasa mengandung. 12 Cara kawal gula. Lega!
kisah mualaf jarang orang dedahkan…
tetapi mempunyai kesan emosi yang tinggi untuk dibaca..
saya berharap dapat berjumpa Mualaf yang aktif berdakwah dan nak tulis cerita tentang mereka
menarik kisah kisah mualaf ni.. dari dilahirkan bukan islam terus tertarik selepas mendengar dan membaca tafsir al quran
nikkhazami recently posted…Maksud Tersembunyi Logo Jenama Terkenal
rata-rata mereka ada jiwa yang cenderung kepada agama..
apabila terjumpa dengan agama yang benar maka di situlah hidayah mereka untuk mendalami agama yang benar
biasanya yang baharu peluk islam ni mereka kaji dan berhujah..dan sudah dapat kesimpulan..kalimah syahadah diucapkan bersama hati..
kemah kemim..igtkan gambar hijab tu yvone hehe..
Belang Tarung recently posted…Tips Menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
mereka yang nak masuk Islam ini tuan telag membuat kajian terperinci..
ada yang ambil masa begitu lama..
sekali dah masuk Islam jauh kita kena tinggal
p/s : Gambar Prof Yvonne boleh google hehehe
Tahap keimanan mereka ada kalanya lebih lagi dari kita yang dilahirkan sebagai muslim.
azimah mohd zainuddin recently posted…Pisang Tanduk Goreng Sedap Di Seksyen 18, Shah Alam
alhamdulillah…
moga menjadi inspirasi kepada kita semua
Ironinya, adakalanya mualaf lebih alim berbanding kita yang lahir sebagai muslim…
biasa la tuan..
moga kita orang yang tergolong yang beriman dan beramal soleh..
aamiin
Subhanallah, hebatnya mereka-mereka ini. banyak sumbangannya. tertanya2 pula diri mama macam mana?
tak pe….kita buat apa yang termampu.
taat dan servis terbaik buat suami adalah sumbangan kepada agama juga..
didik dan bentuk anak jadi insan kamil merupakan kaedah yang sungguh indah
Info yang menarik dan membuka minda. Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini tuan 🙂
Khir Khalid recently posted…GreenAcres – Taman Perumahan Komuniti Pesaraan Pertama Malaysia
sama-sama dan saya pun berharap demikian
menarik baca bagaimana mereka tertarik dengan Islam.
alhamdulillah…
moga menjadi iktibar kepada kita semua..
Sukanya baca kisah-kisah mereka. Dr Bilal Philips ani suka baca tulisan nya di fb
Sumbangan ke arah Islam. Terima kasih kongsi. Jazakallahu Khairan Khatira
Ani Haryani recently posted…Pentingnya Sumber Vitamin Untuk Ibu Hamil
sama-sama Ani Haryani..
moga ianya bermanfaat.
memang menarik kisah semua mualaf ni, jadi pedoman kita
Raihanah recently posted…Vivix, Awet Muda dan Kulit Bermasalah
alhamdulillah..
semoga kita mengambil iktibar dari kisah mereka
dlm ramai2 ni sy kenal seorg maryam jameela… sy ada beli buku psl dia tp dlm bahasa indonesia dia mmg hebat!
alhamdullilah..
rupanya awak peminat buku..
bagus tu.
Semoga org Islam sendiri akan sedar & lebih menghargai n menghayati istimewanya & bertuahnya mereka lahir dalam Islam. Alhamdulillah for Mualaf.
ya..itulah yang sebaik..
sama-sama kita berdoa
Menarik kisah ni. Semoga menjadi pedoman kepada kita untuk lebih mendalami Islam.
Dengar-dengar dulu M. Jackson pun masuk Islam.. betul ke?
Dedaun Comel recently posted…Cara Turunkan Berat Badan Tanpa Bersenam
kisah Mickael Jackson saya belum kaji bro..
hehehe
MasyaaAllah hebat2 orang2 muallaf terpilih ni. Kita yang dah sememangnya dilahirkan Islam patut malu dengan kehebatan mereka.
apa-apapun kita perlu bersyukur..
hidayah milik Allah dan sangat beruntung juga dah lahir sebagai orang Islam
indahnya Islam mampu melembutkan hati yang keras.. em.. cuma yang memang dilahirkan Islam masih belum betul2 mengenali Islam sedangkan yang baru mengenali Islam lebih FAHAM.. semoga Dia pegang hati kita kuat kuat supaya hidup dan mati kita dalam Islam juga..
atiehilmi dot com recently posted…PELAN ANSURAN 0% DARI SENHENG UNTUK PELANGGAN VIVO V7+
carilah ilmu ..
sebab dengan ilmu mendekatkan kita dengan Allah
in shaa Allah..
hidayah akan datang kepada kita..
Hidayah Allah itu mahal… Kita yang lahir Islam belum tentu mati dalam Islam.. Syukur dan pelihara nikmat Islam dan iman yang kita ada sekarang…
kita wajar berdoa untuk dapatkan yang terbaik…
in shaa Allah
Indahnya Islam..
Bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai orang Islam..sepatutnya kita jadi lebih hebat dari mereka
Alhamdulillah…
moga kita tergolong dalam golongan yang istiqamah menjalankan kehidupan sebagai orang Islam
Menarik kisah mereka memeluk islam dan mendalaminya secara mendalam. Alhamdulillah. semoga menjadi tauladan buat umat islam yang lain. mudah-mudahan…
aamiin dan begitulah yang kita harapkan dalam dunia yang fana ini..
terima kasih Blogger Azhafizah kerana sudi pandangan
subhanallah.. Indahnya Islam.. Agama Islam adalah Syumul. Moga kita menjadi muslim yang sejati. Amin
noor aziana mohd salleh recently posted…Siapa Perlu ESP Shaklee?
aamiin dan semoga kita diberi petunjuk serta hidayah dari Allah SWT
Dari senarai tu, saya cuma kenal dan pernah ikuti ceramah Yusuf Estes sahaja 🙂
sabree hussin recently posted…Homestay Tangkak pilihan saya yang selesa dengan kadar sewa bawah RM200
ada ramai lagi tuan ..
apa yang saya senaraikan antara yang popular
Perkongsian menarik. Suka cara tokoh si Suzan tu..
Alhamdulillah…
Nor Hazmira Mihamzah recently posted…6 TIPS BERI KONSULTANSI PRODUK
terima kasih Nor Hazmira.
mereka ikhlas dan sungguh-sungguh perjuangkan Islam