Mengapa Saya Peluk Agama Islam

Saya nak ceritakan Mengapa Saya Peluk Agama Islam. Kisah benar.Satu kisah benar yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila,Saya telah rakam dalam memori dan saya tanam sedalam-dalamnya ke dalam ingatan

Kira-kira 18 tahun dahulu saya seorang pemuda yang tiada pegangan agama.Sehinggalah pada satu hari saya telah membuat keputusan paling bijak dalam hidup ini iaitu memeluk agama Islam.

mengapa saya pilih Islam

kredit : Google image

Ketika itu saya masih bujang dan masih belum kenal sepenuhnya sepak terajang kehidupan.Jangan ingat bisnes dan sukan sahaja ada sepak terajang malah dalam kehidupan harian pun ada.Nasib baik sekarang ada sumber pendapatan pasif.

Pendapatan Pasif >> FI$H

Saya seorang muaalaf.Alhamdulillah telah mendapat hidayah dari Allah SWT untuk berhijrah.Saya telah membuat satu penghijrahan terbesar dalam hidup ini.

Dahulu saya tiada agama dan sekarang  ada agama Islam sebagai pegangan hidup.Saya sangat bersyukur ke hadrat Illahi dan redha Islam sebagai agama anutan paling sempurna dalam dunia ini.

Izinkan saya jelaskan secara ringkas mengapa Islam jadi pilihan.Sebab ramai yang tanya.

“Awak masuk Islam sebab apa ? ”

“Untung la awak sekarang dan masuk Islam,tapi sebab apa ? ”

“Alhmadulillah awak dah Islam,tapi bagimana awak boleh masuk Islam ? ”

Ada banyak lagi soalan yang seumpamanya.Banyak juga jawapan demi  jawapan yang saya telah jelaskan.Namun dalam blog ini saya permudahkan untuk pembaca faham mengapa saya memilih Islam sebagai pegangan akidah dan aturan cara hidup.

Islam itu mudah.Islam itu tidak mungkin menyusahkan penganutnya.Namun mengapa ramai lagi salah tafsir tentang Islam dan ada juga golongan  membuat andaian dan tamsilan beremosi negatif seperti Islam adalah pengganas.

Hakikatnya  pengganas terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira agama,bangsa atau negara.

Jadi mengaitkan pengganas dengan Islam adalah satu bentuk pemikiran sangat kurang bijak sekali dalam ketamadunan manusia.Pemikiran yang salah,serong dan terpesong dari sifat azali seorang insan bergelar manusia.

Kalau masih sangsi juga jangan jadi manusia.Jadilah seekor binatang yang ganas dan buas dalam hutan belantara yang paling tebal di muka bumi.

Itu sahaja.Tak baik beremosi negatif.

Percaya atau tidak, satu perkataan sudah cukup menerangkan agama Islam.

agama islam

Islam adalah Kedamaian

Apabila meletakkan kedamaian sebagai konsep universal dalam kehidupan  mestilah Islam menolak keganasan,pembunuhan,huru hara dan pelbagai lagi unsur-unsur negatif.

Orang yang suka kedamaian adalah fitrah.Orang yang suka kebahagiaan adalah normal.

Ya,semua orang nak hidup damai dan bahagia bagaikan dalam syurga.Sebut syurga maka Islam adalah pintu untuk melaluinya.

Ada tak pintu lain selain Islam?

Pintu lain memang tidak ada kerana satu-satu agama yang sah dan valid adalah agama Islam dengan kehadiran Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir untuk umat akhir zaman.

Dalam perkara ini saya tidak perlu berhujah untuk melihat,menilai dan menyakinkan siapa yang betul dan siapa yang salah.

Yang pasti ajaran Agama Islam 100 peratus betul dan tiada ruang langsung untuk melihat cacat celanya.Ini  adalah sebab pertama saya masuk Islam.

Saya belajar dan beramal dengan 100 peratus agama yang betul dan tulen.In shaa Allah jika berada pada landasan yang  tepat maka Syurga Allah SWT adalah tempat yang paling sesuai untuk kita.Aamiin.

Dan barangsiapa mencari agama selain agama Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi. [Ali ‘Imrân/3:85] –Sumber

Rata-rata orang menilai agama dengan melihat penganutnya.Pembaca tak salah.Yang salah adalah cara kita berfikir secara sempit.Kita melihat dari sudut yang kurang tepat.Kita sepatutnya membuat penilaian dengan mengkaji manual kehidupan iaitu Al Quran dan Al Hadis.

Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa ingin supaya dipermudahkan (oleh Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahmi (hubungan kasih sayang).”[ Sahih Bukhari]

Dua sumber tersebut  boleh kita tanya secara langsung dengan orang yang kita  percayai boleh memberi jawapan yang sahih dan tepat.Saya yakin pembaca ada berkawan dengan mereka yang ada kefahaman Islam yang baik.Mereka boleh kita lihat dan perhatikan cara hidup mereka.

Sebab kedua saya memilih agama Islam kerana kehidupan selepas mati.

Saya selalu membayangkan dan sejujurnya tak nak membuat bayangan sebegini.Saya hampir tak dapat tidur kerana tidur seperti cara orang mati.Saya bagaikan takut mati dan takut untuk tidur.

Pada suatu hari nanti  saya akan mati.Pembaca juga akan mati.Semua benda hidup akan mati.Tiada satupun makhuk yang hidup akan kekal selama-lamanya.Selepas kematian kita nak ke mana?

Adakah kita boleh memilih destinasi selepas kita mati?

Jawapannya,Ya memang boleh.Namun perlu ada syarat dan pelaturan tertentu.Tak mungkin pergi secara sesuka hati dan percuma begitu sahaja.Nak tengok wayang percuma pun perlu baucer atau kupon.Inikan pula kehidupan selepas kematian.

Kehidupan tanpa pegangan agama bagaikan perahu hanyut di lautan.Perahu ini tidak tahu ke mana hendak pergi.Betul-betul berdasarkan arus lautan.Boleh ke utara atau selatan.Boleh juga ke timur atau ke barat.Jika begitu keadaannya bila lagi akan sampai ke destinasi.

Maksudnya perahu tersebut perlukan sesorang untuk mengemudikannya supaya boleh sampai ke pulau atau ke daratan.Dalam bahasa yang jelasnya perahu itu umpama jasad kita dan seorang itu adalah agama Islam.

Mati boleh berlaku bila-bila.Masa sahaja tidak dapat ditentukan waima orang yang dah koma sekalipun.Kalau bukan hari ini mungkin pada minggu depan atau bulan hadapan ataupun tahun baharu.Betul betul misteri bab kematian.Betul betul rahsia untuk kita.

Atas sebab itu saya nekad dan tidak teragak-agak untuk masuk Islam.Jika saya ditakdir mati selepas memeluk Islam maka saya ada dua destinasi sama ada ke syurga atau ke neraka.Saya pohon dan berdoa untuk ditempatkan ke Syurga Allah SWT.Aamiin.

Namun sekiranya saya mati ketika belum beragama Islam sudah pasti tempatnya bukan syurga.Nauzibillah min zalik dan minta dijauhkan sejauh yang mungkin.Andainya saya berdosa saya mohon ampun kepadaMu,Ya Allah.

Nota penting:

Sekiranya ada pembaca yang bukan Islam dan teringin untuk memeluk Islam jangan ragu-ragu kerana keraguan itu adalah halangan dari Syaitan untuk kita terus sesat selamanya.

Pembaca boleh pergi pejabat majlis Islam negeri  yang berdekatan dan bawalah beberapa kawan-kawan sebagai saksi sekiranya hendak ‘declare’ untuk peluk Islam.

Saya tahu ada yang risau dengan penerimaan keluarga terhadap penukaran agama.Bincanglah dengan baik-baik dan tunjukkan akhlak yang terbaik terutama kepada ibubapa.

Biarpun pembaca sudah masuk Islam namun hubungan kekeluargaan tetap wujud sampai bila-bila.

Perlu juga saya katakan ujian hidup untuk memilih agama Islam memang hebat dan getir.Hikmahnya untuk menguji sejauh mana keikhlasan kita menjadikan Islam sebagai pegangan akidah.

Sebaik sahaja menganuti Islam belajarlah sepenuh hati pelbagai ilmu seperti solat,membaca al quran dan hukum hakam agama agar kita terhindar dari beribadah membuta tuli atau sekadar ikut-ikutan bersandarkan kefahaman sendiri.

Ingat dalam Islam tiada satu perkara yang boleh diamalkan hanya dengan andaian.Semuanya ada bukti,kebenaran dan kepastian.

Islam adalah agama kebenaran.Islam adalah agama persaudaraan dan Islam adalah kedamaian,keharmoniaan dan ketenangan fikian serta perasaan.

Saya pilih Islam kerana Allah SWT dan harap pembaca demikian juga.

(Visited 395 times, 1 visits today)

32 thoughts on “Mengapa Saya Peluk Agama Islam”

  1. AllahuAkbar terkesan sangat dengan tulisan mrhanafi yang ini. Dan, saya memang tak sangka langsung tuan merupakan mu’alaf. Semoga yang baik2 sahaja untuk tuan sekeluarga..

  2. Terima kasih bro atas perkongsian dapat dijadikan inspirasi sebenarnya artikel ini bila lihat pada diri yang sudah islam sejak lahir kadang-2 kita hanya beragama sebab ikut mak ayah bukan sebab kita paham betul dengan agama kita. Bila kita betul2 kaji agama islam insha Allah takkan pernah sesat selagi ada guru malah iman itu naik insha Allah

    1. itulah yang sepatutnya tuan..

      tujuan asal saya menulis artikel ini untuk tarik orang bukan Islam suka dengan Islan sebab Islam difitnahkan dengan keganasan

  3. Baru saya tahu Mr Hanafi ni Mualaf rupanya. Alhamdulillah. Saya doakan semoga Mr Hanafi terus menjadi seorang Muslim yang baik dan berpegang teguh pada landasan agama. Amin…

  4. Pernah beberapa tahun lepas boleh di katakan setiap hari van jenazah lalu depan rumah dan akan hon bila lintas depan rumah saya. Saya rasa macam satu signal setiap kali mereka hon . Seram..betul- betul macam remind saya supaya jangan leka dengan dunia.

  5. Alhamdulillah.. tak sangka mr.hanafi rupanya mualaf. semoga sentiasa istoqamah dalam ibadah & semoga kita semua beroleh keberkatan hidup oleh Allah S.W.T & menjadi penghuni syurganya yg kekal selama2nya.. Aminn..

    1. jangankan rakan online..

      rakan offline pun tidak perasan saya seorang yang convert..

      terima kasih kerana mendoakan yang terbaik untuk saya..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge