Pengalaman Terima Duit Palsu RM100

Berikut adalah pengalaman terima duit palsu RM100. Jika tak silap peristiwa ini berlaku dua tahun lepas. Namun rasa terkilan masih terasa sehingga ke hari ini .Ketika itu saya sebagai seorang penyelia di sebuah restoran segera yang terkemuka di Sarawak.

Hari cuti pun bekerja..

Cuti umum. Ramai yang bercuti. Saya dan beberapa staff bekerja macam biasa. Kelihatan restoren memang sangat sibuk. Para pelanggan berbaris panjang di kaunter.

Suara anak-anak berteriak. Memang riuh bagaikan satu pesta. Belum lagi bunyi orang bersembang sakan dan suara-suara staff melayan pelanggan jelas kedengaran. Hiruk pikuk bagaikan pasar ikan..

Saya buat seperti biasa. Sekejap ke bahagian lobi.Tak lama kemudian pergi bahagian juruwang dan seterusnya ke dapur. Itulah rutin harian seorang penyelia restoren.

Ada banyak lagi tugas saya sebenarnya termasuk pengiraan stok. Selain itu memastikan makanan yang sampai kepada pelanggan dalam selamat dimakan dan sedap ditelan. Kalau tak puas hati maka carilah pengurus atau penyelia yang bertugas.

Hari semakin petang.Kesibukan semakin bertambah.Pelanggan masuk dan keluar tanpa putus. Boleh dikatakan pelanggan yang masuk lebih ramai dari yang keluar.

Keadaan semakin sibuk. Namun masih terkawal. Angka jualan terus meningkat dari satu jam ke satu jam yang lain.Saya tersenyum sendirian menatap skrin komputer dalam pejabat yang kecilnya seperti stor.

Suasana ruang lobi restoren semakin sibuk. Pelanggan pula semakin ramai. Keadaan tersebut telah memaksa saya untuk membuka satu lagi kaunter juruwang.Tiba-tiba saya perasan juruwang yang bertugas pada hari tersebut tidak menggunakan mesin pengimbas duit. Kebetulan pula memang dah lama meninggalkan praktis imbas duit menggunakan pengimbas duit. Dah satu kesilapan saya sendiri.

“Aduh..bahaya juga nie.” Getus hati kecil saya.

Hati saya semakin gusar.Kerisauan sudah bermain dalam minda. Jika kurang bernasib baik maka akan berlaku perkara tidak diingini.T elahan dan jangkaan saya ketika itu. Mungkin ramalanku benar belaka.

WAJIB BACA :   Rahsia Menulis Copywriting Yang Memukau

Keesokannya…

“Siapa penyelia yang bertugas pada syif pagi semalam,” tanya penolong pengurus restoren yang hanya boleh dikenali sebagai Miss.

Miss adalah pembuat keputusan dan orang yang mengawal secara langsung operasi restoren tempat saya bertugas.Beliau agak tegas namun boleh bertolerensi dengan staff bawahan. Nama sebenar beliau tak perlu saya beritahu. Kasihan dia.

“Saya,Miss. Ada apa-apa yang berlaku”,ujar saya seperti dah tahu perkara yang berlaku.

“Pihak Finance kata ada terjumpa duit palsu RM100. Mereka jumpa pada duit hasil kutipan hasil jualan kita semalam”,jelas dan lancar sahaja Miss memaklumkan kepada saya.

Duit Palsu RM100

duit palsu

kredit :mstar online

Saya kaget. Namun sudah menjangkakan perkara tersebut bakal berlaku. Kata hati sudah merasakan terlebih awal.

“Apa!,Duit palsu. Biar betik,” saya tergumam seketika. Terus terbayang dalam fikiran duit RM100 akan melayang sebagai gantian atau bayaran kepada pihak pengurusan.

“Saya nak awak selesaikan perkara ini secepat mungkin”,miss bagi arahan ringkas kepada saya.

Sepanjang pengalaman saya ciri-ciri duit palsu adalah sepeerti berikut :

1.Pelik

2.Berkilat sangat

3.Terlalu ringan

Walau apapun cara terbaik untuk mengesan duit palsu menggunakan mesin pengimbas duit atau money detector.

money detector

Petangnya…

Saya kumpul staff yang bekerja pagi dan petang. Saya buat taklimat ringkas. Saya bangkitkan isu menerima wang RM100 palsu dengan nada tegas.

Saya perhatikan staff saling berpandangan sesama sendiri.Selepas itu pandangan mereka tertumpu kepada staff juruwang pula.

Staff juruwang pula memandang saya memohon simpati. Faham-faham sahaja kalau ada isu duit, pasti staff juruwang yang risau dan seriau.

Tak lama selepas itu saya bercakap dengan penyelia yang lain pula untuk membincangkan apa yang sepatutnya. Jawapan yang pasti saya nak masalah duit palsu selesai.

Akhirnya, kata sepakat telah diambil. Saya dan beberapa penyelia yang lain serta staff juruwang yang bertugas hari itu membayar ‘denda’ RM100 melalui perkongsian pintar. Kami tanggung kesalahan bersama-sama.

WAJIB BACA :   Admin Group WhatsApp Boleh Ditangkap

Masalah dah selesai…

Sungguhpun begitu saya rasa terkilan kerana perbuatan penyebar duit palsu memang kejam. Cuba bayangkan duit palsu tersebut beredar dan berada pada tangan mereka yang kesempitan duit.

Mangsa pergi kedai. Ambil susu anak,lampin pakai buang,beras sekampit dan gula. Ketika nak membayar dikaunter.

“Minta maaf encik,duit kertas ini didapati palsu.Boleh tak bagi duit yang lain.”

Bagaimana keadaannya kalau mangsa duit palsu betul-betul tiada duit lain.Itulah sahaja duit untuk perbelanjaan selama dua minggu.

Tranksasi batal. Keperluan mendesak untuk mangsa. Bekalan makanan sudah kehabisan. Wang tunai itu sahaja yang  mangsa ada.Bayangkan kalau situasi ini terkena pada keluarga mereka sendiri.

Ikut hati geram,saya kata.. “padan muka”

Solusi kepada masalah duit..

Pengedar duit palsu patut dihukum dengan hukuman yang setimpal kerana tindakan mereka memudaratkan orang lain.Perbuatan begini mesti dibanteras hingga ke akar umbi.

Dalam pada itu saya juga berharap pembaca meluangkan sedikit masa lagi.Saya nak kongsikan ilmu penting dan sangat bermanfaat untuk anda.

Ilmu ini adalah premium.Boleh dikatakan perlu keluarkan sedikit kos untuk memilikinya. Jika tak sanggup boleh teruskan pencarian dan carilah merata-rata dalam dunia online secara percuma sahaja.

Namun tiada bukti dan kesahihan ilmu rersebut betul-betul boleh menghasillan kejayaan.Sebelum itu saya ajak pembaca layan dulu kisah ini..

Kisah pemancing dan seorang anak muda

Pak Nazri seorang pemancing yang lejen. Bijak membaca pergerakan air laut dan menghidu lubuk ikan yang sebenarnya.

Kepakaran dan ilmu lautnya itu cuba untuk diturunkan kepada anak muda. Sayangnya tidak seorang pun yanga berminat.

Sehinggalah pada suatu hari dia terjumpa dengan Othman.Pemuda ini dari keluarga yang kurang mampu.

Pak Nazri kasihan juga dengan Othman.Seorang anak yatim. Ayahnya telah lama meninggal dunia ini tinggal bersama ibunya,Mak Limah.

WAJIB BACA :   Karakter Teman Dan Hikmah Berjanggut

Orang kampung mengelar Mak Limah sebagai Mak Limah Bergetah kerana penampilan yang menawan dan mengalahkan anak dara.

Kebetulan pula Pak Nazri seorang bujang terlajak yang kaya dan berharta.Dia dah mula pasang angan-angan yang terindah dalam dunia perasannya untuk memperisterikan Mak Limah Bergetah.

Pada mulanya Pak Nazri ingin menyumbang wang saraan dan duit ihsan kepada Othman.Fikir punya fikir,Pak Nazri dapat idea yang lain pula.

Suatu hari Pak Nazri memanggil Othman untuk bersembang dikedai kopi.Pak Nazri ingin menyatakan hasratnya untuk menurunkan ilmu memancing kepada Othman.

“Man,kalau Pak Nazri bagi satu hadiah nak tak?”Pak Nazri memancing minat Othman.

“Hadiah,hari jadi Othman lama lagi.”Othman cuba untuk mengelak diri.

Sejujurnya Othman memang tidak mahu menyusah Pak Nazri,Namun Pak Nazri sungguh-sungguh untuk bagi hadiah tersebut kepada Othman.

“Pak Nazri dah lama menyimpan satu ilmu memancing.Sudi sudilah kalau Othman mempelajarinya”.Sungguh sungguh Pak Nazri menyatakan hasratnya.

Akhirnya Othman bersetuju juga dan kisah tersebut tamat di situ.

Pengajaran yang boleh kita pelajari..

Saya pasti pembaca dapat faham cerita pendek yang cuba saya sampaikan. Dalam cerita tersebut jelas sekali dalam mengubah hidup seseorang bukan dengan menghulurkan duit sebaliknya mencurahkan ilmu bagaimana hendak mendapat duit yang betul-betul  dan bukannya duit palsu.

Proses belajar bukan sehari dua.Komitmen belajar boleh dilangsungkan hingga ke akhir hayat.Belajar cara untuk mendapat duit memang berbaloi.Hasilnya yang lumayan dan boleh dijadikan sandaran kerja pada peringkat awal sahaja dan pendapatan pasif dikemudian hari.

Apabila usia sudah berinjak tua maka masa untuk kita berehat dari persoalan dunia.  Sebelum itu mesti ada sumber pendapatan yang boleh diperolehi sepanjang hayat.

In Shaa Allah dengan usaha yang berterusan pasti membuahkan hasilnya. Percaya dan peganglah kata-kata keramat tersebut.

Jom baca artikel terbaharu :Pengalaman guna modem Olax AX5 Pro

*Edidi kermas kini 10/5/22

Comments 7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge