Pengalaman guna modem Olax AX5 Pro

Alhamdulillah, modem  Olax AX5 Pro  sudah sampai ke tangan saya. Tarikh pembelian pada 25 April 2022 dan mula digunakan pada 5 Mei 2022.

Didapati 10 hari masa perjalanan dari Kelantan dan ke Sarawak. Agak lama juga tersangkut di kurier Kota Samarahan.

Bukan salah seller dan tidak wajar juga salah kurier. Ok lagi la tu. Tak cepat dan tak juga lambat.

Saya bersyukur kerana modem Olax AX5 Pro  diterima dalam keadaan sempurna dan modem juga berfungsi dengan baik. Saya beli di Shopee

Sejujurnya saya memang berpuas hati dengan penggunaan  modem Olax AX5 Pro  ini. Tentu pembaca ingin tahu bagaimana pengalaman saya menggunakan modem ini.

Modem Olax AX5 Pro 

Modem Olax5 Pro

Ya, itulah tujuan perkongsian saya kali ini.

Modem Olax5 yang saya beli ini version 2 iaitu ada bateri. Untuk version 1 tiada disertakan bateri. Namun fungsi lainnya adalah sama.

WAJIB BACA :   Review telefon pintar murah bawah RM200 [ Edisi kemas kini 2022 ]

Yang pasti harganya juga berbeza. Version pertama lebih murah dan version kedua sedikit tinggi harganya.

Berbalik pula kepada pengalaman saya menggunakan modem ini .Ini bahagian yang amat penting.

Cara memasang dan menggunakan modem ini cukup mudah.

Just plug and play

Tiada setting yang rumit walaupun boleh berbuat demikian untuk mereka yang mempunyai pengetahuan teknikal yang advance..Antara setting yang boleh ditukar ialah password WIFI, no imei, lock BAND signal dan sebagainya.

Jika tidak tukar setting pun masih boleh digunakan seperti biasa.

Ini pengalaman yang baharu saya dapat. Kelajuan ada perbezaan yang ketara. Apa yang saya dapat sekitar 3.0 Mbps dengan menggunakan telco U Mobile.

Sebelum ada modem

 

Semasa ada modem

Kelajuan muat turun sekitar 5 Mbps dan muat naik sekitar 6 Mbps.

Ok tak ?

Namun tidak adil juga saya membuat perbandingan tersebut kerana sebelum ini saya menggunakan telco Maxis dan Celcom. Kedua-dua telco tidak stabil dan isyarat yang lemah di kawasan rumah saya.

WAJIB BACA :   Cari bahagia dengan makan luar

Sungguhpun demikian saya berpuas hati dengan telco U Mobile setakat ini. Dengan pembelian pakej RM30 sebulan dengan unlimited data dan kelajuan 6Mbps ternyata berbaloi untuk wang pengguna.

Jangan pulak mengharap kelajuan 30Mbps walaupun guna modem Olax5 Pro. Modem ini tidak dapat bypass speed atau FUP sesuatu pakej. Ia hanya boleh bypass hotspot untuk kegunaan jangka masa tertentu.

Pendek kata, saya berpuas hati dengan kelajuan, kestabilan dan harga mampu milik.

Ini tips saya untuk bakal pengguna modem modified unlimited.

Pertama, lihat kepada kekuatan isyarat telco kawasan rumah anda. Modem yang bagus tetapi isyarat telco lemah tiada maknanya juga.

Kedua, semak bajet yang diperlukan. Kalau mampu digalakkan ambil pakej fiber optik yang berkelajuan minimum 30Mbps. Ada nil bulanan yang perlu dibayar tepat pada masanya.

WAJIB BACA :   Isu Duit Hantaran Dalam Perkahwinan

Ketiga, nilai keperluan anda untuk membeli modem jenis ini. Kalau untuk urusan bekerja dari rumah (BDR) atau belajar online memang tiada masalah.

Keempat, hitung berapa ramai yang nak guna WIFI di rumah. Kalau seorang sahaja rasa macam tidak praktikal sangat.

Kelima, pilih jenama modem yang banyak mendapat review yang bagus. Jenama yang pelik macam Olax AX5 Pro  pun saya sarankan.

Kesimpulan

Olax AX5 Pro  antara modem yang bagus dan puas hati untuk dimiliki. Selain harga yang bajet, kualiti dan prestasi tidak jauh ketinggalan dengan jenama modem yang sudah kukuh di pasaran seperti Huawei, TPlink dan ZTE.

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya untuk pembaca semua.

  • kemas kini 6/9/22
  • kemas kini 24/12/22

9 thoughts on “Pengalaman guna modem Olax AX5 Pro”

  1. 3 tahun masih bertahan
    Simpan lama wifi reset dan TR069 auto enable balik
    antenna boleh cabut memang berfungsi bukan tipu tak macam rabit huawei

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge