Ini dinamakan rezeki tidak terduga.
Langsung tidak terlintas difikiran untuk Saya menikmati keenakan raja buah dan buah berambut dalam masa terdekat ini.
Durian memang sedap.Yang tak sedap bau dan ada kesan buruk jika makan berlebihan.
.
Rambutan, saya lebih suka.Tiada bau tetapi ada kesan buruk jika makan berlebihan.
Untuk dijadikan cerita, saya menikmati buah durian dan buah rambutan penuh kesyukuran.
Sudah pasti percuma kerana saya terjumpa dalam majlis yang bermakna dalam hidup saya.
Adat dunia yang fana ini.Ada yang baik dan ada yang kurang elok.
Akibat makan durian dan rambutan walaupun bukan keterlaluan, saya sekali diuji dengan batuk yang agak teruk.
Bermula jam 3.15 pagi sehingga subuh, saya terjaga kerana batuk.
Gatal di tekak tidak boleh bawa bincang.Saya batuk dan terus batuk sehingga mata mengantuk segar bugar.
Alhamdulillah seusai solat subuh, batuk pun semakin pulih.
Apalagi sambung tidur la sehingga masuk waktu Dhuha.Alangkah indahnya hidup sebab masa kerja amat fleksibel.
Ironinya, buah durian dan buah rambutan tak salah.Yang salah kerana memilih buah yang sensitif untuk digandingkan bersama.
Sama juga dalam hidup ini.Pilihan tetap ada dan terima akibat jika silap buat pilihan.
Akibat yang baik terima dengan perasaan kesyukuran.
Akibat yang buruk terima dengan hati terbuka.
Jangan salahkan buah atau orang jika kesilapan itu akibat pilihan sendiri.
fuh memang seronok dapat makan tu
antara rezeki yang sukar untuk ditolak bro
favourite mama tu.. durian dgn rambutan
kan..kombinasi yang hebat dan mantap
belum merasa gik durian taun tok…durian sebenar…durian aiskrim, durian krim dalam kuih muih ya ada la….
sik patut..
sinun durian king kan ada.
beli la pake cerik bah