Fikiran Kosong Dek Layan Perasaan…Baru-baru ini mrhanafi lain macam sikit.Semangat berblogging turun.Idea penulisan blog jarang-jarang kunjung tiba.Semua ini gara-gara fikiran kosong.Tanpa alasan yang jelas fikiran mrhanafi kosong akibat melayan perasaan.
Baru-baru ini mrhanafi hanya menyalin artikel lama dari koleksi blog peribadi.Sebab tanpa kemaskini rasa bersalah juga kepada para pembaca setia blog mrhanafi.Itu pun kalau ada pembaca setia atau sekadar mrhanafi perasan seorang diri.
Penangan fikiran kosong memang hebat.Jika seseorang menghadapi ujian bertulis boleh jadi satu ayat pun belum mampu dikarang.Malah cara berfikir orang yang menghadapi situasi begini boleh dipertikaikan kebenarannya.
Tiada kaedah paling ampuh untuk atasi fikiran kosong melainkan pendekatan agama.Anda boleh sahaja baca al-quran,berzikir atau beristighfar.Boleh juga solat sunat namun jika fikiran kosong agak sukar juga untuk rasa khusyuk.
Fikiran kosong banyak dipengaruhi oleh hati yang kurang tenang.Daya fokus jatuh menjunam.Minda bawah sedar terbeban dengan tekanan yang kuat.Segala pertimbangan akal boleh jadi tidak menentu.Jadi awasi fikiran dengan menjaga hati.
Hati yang tenang akan membawa fikiran yang jernih.Perlu diingatkan apa jua yang bermain difikiran dan disertai dengan perasaan maka perkara tersebut bakal berlaku benar-benar dalam alam realiti.Meskipun ianya cuma bermula dalam benak fikiran.
Sebab itulah kita semua wajar sama sekali memberi saranan positif kepada fikiran agar minda bawah sedar boleh membentuk hasil yang positif juga.Jika asyik fikiran kosong maka minda bawah sedar menghasilkan respon kosong juga kepada apa-apa keinginan dan tindakan.
Misalnya makan nasi kosong,minum air kosong,roti canai kosong,teh o kosong dan paling lara sekali bila hati terasa kosong.Sunyi sepi bagaikan keseorangan dalam dunia ini.Kalau boleh cuba elakkan kerana sebagai umat Islam mana mungkin hati kita kosong kerana di situ sepatutnya sibuk mengingati Allah.Hati yang mengingati Allah akan menjadi tenang.Itu sudah pasti jika disertai keikhlasan.
Fikiran kosong adalah normal.Ia semakin tidak normal apabila dilayan secara keterlaluan dengan perasaan yang negatif,kotor dan dendam kesumat.
Buangkan.Tinggalkan.Kini hadapi fikiran kosong dengan mengisi input positif dan ubah cara berfikir ke arah lebih optimis dengan apa yang jua yang berlaku dalam kehidupan ini.Setiap kejadian ada hikmah.
Tak kira semalam,hari ini atau esok hari.
p/s : Yang penting ada rezeki masuk >>>>>
Biasa laa bro…awal musim macam2 perkara yang difikirkannya..tapi saya pasti bro you’re not alone…ramai kaki sapot tegar bro kat belakang nie… itu confirm punyalah!
kaki sapot memang ada bro..terutama cewek yang cantik di tempat kerja..sebab kalau dah berjaya senang nak lamar mereka nanti…he..he..
sesekali layan perasaan pun ok juga, tapi jangan lama2 pulak
Raihanah Ahmad recently posted…Kesan Kesihatan Disebabkan Bauksit
baguslah kalau tak lama-lama…
biasa la tu..ada naik ada turun..otak kita ni kena selalu cas baru power..
he..he…betul sangat tu
fikiran kosong banyak sangat figure kosong2… hehe, kalau cek depan satu, belakang kosong kosong kosong kosong kosong.. masyuk maknanya..
zik recently posted…Sajak, Perjalanan hidup ini.
cara macam tu memang best..6 kosong dan di depannnya satu.
fikiran memang jarang kosong.
kalau kosong betul..ada something wrong tu.
titan recently posted…Azam saya nak ada DUA kerja pada tahun ini.
memang bro memang terbaik..ohsem gitu
Patutlah lama tak update. Jangan biarkan fikiran kosong, penuhi dengan pelbagai aktiviti.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Penggemar Kambing Bakar? Maka Wajib Cuba Kambing Bakar Malaya Kajang Yang Sangat Sedap
fikiran kosong kini dah terisi dengan aktiviti pembacaan buku..
kadang-kadang kena kosongkan hati dan pemikiran untuk seketika. Orang cakap refresh. Lepas refresh, pemandangan kita mengenai sesuatu perkara akan berubah.
sebab itu kita perlukan cuti apabila melakukan sesuatu perkara