Punca Pengurusan Masa Kurang Efektif…Sebetulnya tajuk entri kali agak kurang panas.Sifatnya menjurus kepada ilmiah.Ia bagaikan kertas kerja yang dibentangkan oleh para ilmuan dan yang pakar dalam bidang mereka.Hakikatnya ia adalah hasil penelitian dan pemerhatian seorang blogger picisan ke atas kehidupan sendiri.
Mrhanafi akur bahawa kita kini sudah berada pada minggu kedua dalam bulan Januari 2016.Mrhanafi cuba untuk imbas kembali pencapaian setakat ini.Nampaknya masih belum memuaskan hati.Banyak kurang dari yang lebih.
Pencapaian yang perlu difokuskan ialah kepada pengurusan masa.Mrhanafi masih belum menguruskan masa sepenuhnya.Mahu peruntukkan masa yang lebih untuk menulis artikel blog.
Senang cerita.Mrhanafi banyak memperuntukkan masa untuk mengurus aktiviti rutin seperti memasak dan mengemas rumah.Ini tidak bermakna mrhanafi perlu abaikan aspek ini.Mrhanafi masih leka dan kurang cekap.
Selain itu mrhanafi asyik berkepit dengan telefon bimbit.Malu juga dengan umur sebegini kerana mengalahkan anak muda yang belia dan remaja.
Tarikan media sosial sangat kuat melalui gajet pintar yang kita milki.Dengan sibuk melayan Facebook dan Whatsapp dah cukup menunjukkan mrhanafi kurang menghargai masa.Bukan tidak boleh.Cuma masa yang berlebihan itu lebih bagus untuk digunakan berlatih ilmu Hipnosis dan menulis blog Buku Online.
Setidak tidaknya dalam bulan Februari nanti mrhanafi sudah dapat sesuatu yang berharga setelah berlalunya bulan Januari.
Dalam pada itu,mrhanafi turut membuang masa dengan melayan perasaan yang bukan-bukan,Maaf tak boleh cakap lebih.Sekadar itu sahaja kerana terlalu bersifat peribadi.
Masa itu sepatutnya digunakan untuk memikirkan kaedah terbaik dalam membangun jenama Hero Borneo.
Tentunya mrhanafi suka untuk berkongsikan cara mengatasi punca pengurusan masa kurang efektif.
Sungguhpun begitu mrhanafi kongsikan secara ringkas sahaja.Cara yang santai dan bersahaja.Memang itu stail penulisan blog ini.
Antaranya mrhanafi sedar dan akui kesilapan sendiri.Bila sedar mesti terus berubah.Jangan tangguh-tangguh lagi.
Sikap bertangguh tidak akan membawa ke mana-mana.Rugi lagi ada.Sebab itu kita mesti serius dan sungguh sungguh untuk berubah.
Rancang strategi dan teknik baru.Abaikan kaedah lama yang kurang efisien.Kalau boleh tinggalkan terus.Selamat mencuba.
betul tu. disiplin dah di ajar di dalam solat, jangan tangguhkan solat. sebab tu kalau ada kerja, jangan tangguhkan kerja 😉
siapa yang memahami Islam ..amat mudah untuk cipta kejayaan ..segala ilmu dan akhlak sudah ada kata sana..tunggu nak aplikasi sahaja lagi..
aku pun sama, kadang xda idea, kadang terfikir dah minggu kedua ni, apa yang aku buat dan apa pencapaiannya sebab masa hujung tahun target nak lebih baik dari tahun lalu
nampaknya bro boleh bermuhasabah secara bertulis..buatla kertas kerja untuk kegunaan peribadi
seeloknya mulakan aktiviti di awal pagi supaya masa tidak terbuang dgn begitu shj
nikkhazami recently posted…Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar
betul-betul dan saya sangat bersetuju..
betul.. paling setuju tarikan media sosial..
memang terganggu betul
tahap disiplin diri perlu ditingkatkan jika guna media sosial..
Macam saya kerana terlalu ingin fikirkan kesempurnaan sangat2 tue yg kadang2 pengurusan masa tidak berapa baik….siapa yang tidak mahukan yang terbaik kan…
tapi kagum dengan bro kerana berjaya mengurus lebih dari 1 blog dengan baik…tanpa pengurusan masa yang betul pasti tidak mampu bro buat sebegini baik kan…tahniah2 bro!
terima kasih tuan atas prihatin dan sokongan..
kesempurnaan memamg perlu kerana ia memberi hasil terbaik..
kadang kurang rancangan menyebabkan masa kita tak efisien
Raihanah Ahmad recently posted…Kepentingan Anti penuaan untuk kesihatan regeneratif
betul..mesti terer merancang nie..sekarang tengah praktis..
kerja berat.. badan jadi sakit… masa berehat jadi panjang…. kalau tak berehat.. nanti melarat pulak..
zik recently posted…Pertandingan seni komen terbanyak dan terlajak baik punya di perniagaaninternethq.com
wah betul sangat tu bro…saya bersetuju
Diawal tahun hari tu dah merancang dengan baik nak buat setiap hari update blog, namun ke ‘laut’ juga pengurusan masa MV ni
Noriza Rahman recently posted…Kemandulan Dilabelkan Kepada Isteri Tetapi Suburkah Suami?
balik semula ke pantai..jika puan rasa kurang bersemangat jom aktif di Group Wasapp supaya feel dan semangat itu timbul kembali