Sudah beberapa minggu saya mencari tips membeli telefon pintar. Puas cari di Google, saya beralih pula ke Youtube. Pencarian terus dilakukan selagi saya belum membeli telefon tersebut. Bila difikirkan balik banyak juga masa saya telah dikorbankan.
Secara peribadinya, membeli telefon pintar baharu merupakan keperluan kepada saya sekarang ini. Pada bulan Februari yang lepas telefon pintar saya telah dikebas orang. Rasanya wow keren.
Mana tidaknya telefon tersebut adalah keperluan utama untuk kerja-kerja rutin saya. Pada hari itu juga saya telah menggantikan telefon yang baharu dengan bajet yang amat ketat.
Terpaksalah saya membeli set telefon AP ( klon ) yang harganya sekitar RM159. Janji boleh digunakan untuk Whatsapp, panggilan masuk dan keluar. Yang lucunya gambar selfie yang sangat flawless menggunakan telefon tersebut.
Setelah beberapa bulan kemudian saya bercadang untuk menukar telefon yang sesuai dengan keperluan dan sama spefikasi dengan telefon yang terdahulu.
Antara perkara yang menjadi pertimbangan saya sebelum membeli telefon baharu adalah seperti berikut:
Table of Contents
Tips membeli telefon pintar
1.Kemampuan poket
Telefon pintar boleh diperolehi dengan dengan bajet rendah, sederhana atau tinggi. Itu terpulang kepada kemampuan poket masing-masing.
Jika bajet rendah boleh sahaja peruntukan sekitar RM300. Spesifikasi telefon pun tidak kurang hebatnya. Dengan bajet tersebut kita boleh mendapatkan telefon dengan 2GB RAM dan 32 ROM.
Kamera pula ada depan dan belakang dengan minimum 2MP dan 8MP. Spefikasi kamera ini boleh menghasilkan kualiti gambar yang boleh tahan. Cuma pelbagai fungsi agak terhad sesuai dengan bajet sekitar RM300.
Bagi mereka yang mampu dan sanggup mengeluarkan bajet sederhana yakni sekitar RM500 tentulah boleh mendapat peranti gajet ini dengan lebih baik. Dengan kapasiti 4GB RAM atau lebih dan 64GB ROM atau lebih memang berbaloi dengan bajet tersebut.
Bukan itu sahaja saiz paparan telefon lebih besar sehingga 6’5 inchi cukup baik dan puas hati jika nak buat kerja-kerja blogging.
Apatah lagi untuk bajet tinggi sekitar RM1000. Telefon yang kita boleh dapat jauh lebih baik dan bagus fungsinya. Peranti pada tahap ini dikenali sebagai Flagship.
Namun perlu ingat , bajet untuk membeli peranti gajet ini pastikan tidak bebankan aliran tunai dalam tangan. Membeli harus selari dengan bajet poket dan bukan dengan bajet nafsu hehehe.
2.Tujuan penggunaan
Zaman sekarang telefon pintar terlalu banyak kegunaan.Jika dulunya sekadar panggilan masuk dan keluar serta mesej pendek. Sekarang lebih dari itu.
Saya pula internet savvy. Tidak juga terlalu bermedia sosial dengan Instagram, Facebook dan sewaktu dengannya. Penggunaan media sosial lebih terarah kerja hakiki dan kerja sebagai blogger.
Atas sebab demikian saya memilih untuk membeli telefon pintar yang mempunyai saiz paparan 6’5 inchi, kapasiti bateri 5000 mAH, kamera yang sedang-sedang dan 3GB RAM/64GB ROM sudah memadai.
Sekiranya pembaca suka game yang tinggi grafik seperti PUBG, ML dan sebagainya harus memikirkan telefon yang ada prosessor berkualiti tinggi. Selain itu ada paparan High Definision plus atau paparan Amoled.
Wajar membeli peranti ini berdasarkan keperluan sama ada kerja, gaming atau sekadar layan movie di Netfix dan Youtube.
Pembelian yang kurang tepat dengan keperluan sudah termasuk pembaziran spesifikasi telefon itu sendiri. Fikir-fikir sendiri la ye.
3.Teknologi terkini
Teknologi peranti telefon pintar sangat pantas dan cepat sekali. Memang tidak terkejar oleh kita dan ketinggalan teknologi tersebut tidak bermakna kita sudah terlambat.
Dahulunya saiz storan telefon baik untuk RAM atau ROM tidak sampai pun 1 GB. Lihat sekarang ini sudah mencapai spesifikasi laptop dan pc pun ada.
Telefon yang bagus cukuplah kalau ada Android 9 atau 10. Dengan cip pemproses yang laju dan teknologi 5G ada.kelebihan tersendiri. Setidak-tidaknya boleh beradaptasi dengan teknolgi tersebut dalam setahun dua lagi.
Memiliki telefon yang ada signal 3G dan 4G sekarang ini sudah memadai. Persoalannya berapa lama lagi teknologi tersebut bertahan pada telefon kita.
Jadi membeli telefon pintar selari dengan teknologi terkini memang terbaik cuma perlu atau tidak dengan keperluan semasa. Janganlah kerana hendak selari dengan teknologi semasa wang kita terhangus begitu sahaja.
Kesimpulan
Demikian tips membeli telefon pintar yang cuba saya jadikan garis asas sebelum membeli tidak lama lagi. Nantikan informasi lanjut nanti dalam artikel yang lain pula. Semoga saya membuat pilihan yang tepat nanti.
Membeli biar berbaloi dengan wang dan menepati keperluan peribadi.
Semoga bermanfaat dan jangan keberatan untuk berkongsi artikel. Perkongsian itu gratis gaiss dan tidak ‘butuh’ (bahasa tempatan macam lucah) sebarang biaya.
Sekiranya ingin mengetahui tips beli telefon yang lebih relevan saya syoran baca artike ini >>INFO BEST
- kemas kini 23/11/22
Jadi, dah beli ke belum handphone baru?
belum…masih dalam proses..
rasa macam tak sabar tapi sabar itu indah hehhehe
Wow, gaya sabar tu macam sesuatu sangat. Haha. High spec phone ek?
tak la …jarang saya laburkan duit yang banyak untuk gajet..
saya suka yang sedang-sedang sahaja
thanks sharing. point2 ni yg sy perlukan jugak
my pleasure bro..
moga ada manfaatnya
terima kasih kerana berkongsi. memang tengah bercadang membeli telefon baru since telefon lama semakin slow 🙂
aryn fadz lee recently posted…READY STOCK VIVIX SHAKLEE KOTA KINABALU, SABAH
ya…sama-sama.
beli sahaja yang babaru dan yang lama simpan untuk kenangan..
tapi fikir satu kali lagi…adakah ia satu keperluan
Hans yang telefon guna sekarang ini yang 1st time Hans berani melabur beli mahal-mahal.
Alhamdulillah pelaburan yang menjadi sebab sangat membantu terutama bila dapat job di blog dan instagram
Hehehhee
Hans Hanis recently posted…Sambal Kering Ikan Bilis SpicyMaMa Memang Rangup Dan Pedas
itu dinamakan pelaburan yang berbaloi…
alhamdulillah.
semoga iaanya terus bermanfaat
kalau tanya saya handphone yang bagus mmg Iphone je. haha… dah sebati dari dulu lagi. pernah tukar ke samsung, setahun je bertahan. bateri kong dan handphone rosak teruk. sejak dari hari tu, tak pernah berpaling dgn yang lain, so far iPhone paling tahan lasak. cuba lah.
dan harga iphone juga mengatasi pesaing yang lain..
memang berbaloi dalam kelas tersendiri tu