Jangan rasa takut untuk bernikah

Ustaz Hannan Attaki yang kata, jangan rasa takut untuk bernikah. Bukan saya kata walaupun saya pernah juga rasa takut untuk berbuat demikian.

Bukan sekali tetapi berkali-kali juga. Kini saya sudah atasi perasaan tersebut walaupun ‘title single’ masih saya pegang hingga saat artikel ini ditulis.

Mungkin esok lusa saya sudah kahwin kot hehehe. In shaa Allah.

Perasaan takut untuk bernikah boleh diatasi dengan menambah kualiti iman. Cubalah kalau berani kerana cabaran ini memang Allah tuntut kepada kita.

Macam biasa, iman manusia seperti bursa saham. Sekejap naik mencanak. Sekejap lagi turun menjunam. Ada juga yang stabil sepanjang masa. Alhamdulillah.

WAJIB BACA :   Formula tidak logik tetapi luar biasa ajaibnya

Mungkin ada pembaca sekarang ini berhasrat untuk bernikah. Namun takut untuk proses seterusnya. Alasan tiada pekerjaan tetap, tiada wang simpanan dan tiada harta benda.

Jika ini alasannya, mengapa perlu takut. Sedangkan ada perkara yang paling utama iaitu iman.

Dengan iman yang ‘amazing’ dan ‘awesome’ segalanya jadi ‘miracle’. Allah kan ada. Serahkan kepada Allah dan kita wajib berusaha mendekatkan diri kepadaNya.

On ke tak on nie.

Saya teringat kisah ini.

Baru-baru ini saya dijemput khas oleh Youtuber Baring yang popular dengan Aweng Channel. Perjumpaan kami sangat santai dan makan malam bersama kawan-kawan beliau.

Boleh subscribe di Aweng Channel

Alhamdulillah. Satu pertemuan yang sangat bermakna lagi bermanfaat. Kami berkongsi ilmu tentang cara cari rezeki dan persoalan jodoh.

WAJIB BACA :   Cara Nak Dapat Pendapatan Pasif

Saya pesan kepada mereka terutama yang belum kahwin pada masa itu termasuk saya sendiri la kot

Jodoh adalah rezeki yang terindah dalam dunia ini sehingga ke akhirat. Jodoh pelengkap iman dan penambah nikmat hidup.

Sesiapa yang berani menafikan kenikmatan hidup dalam berumah tangga. Ada sakinah mawaddah wal rahmah.

Memang tidak dinafikan ada yang derita. Namun itu bukan tujuan utama perkahwinan. Cuma ia ujian kepada mereka yang Allah pilih khas atas hikmah tersendiri.

Saya kata kepada mereka. Dengan bernikah, rezeki bertambah. Segala kesulitan hidup akan dipermudah.

Malah boleh jadi kaya raya. Al sebab bernikah hidup lebih berkah dan rezeki datang mencurah-curah.

Namun syaratnya tetap ada. Jaga keimanan, pelihara diri dari dosa dan tingkatkan takwa dari hari ke sehari. Selain menerapkan konsep man jadda wa jadda dalam menjemput rezeki.

WAJIB BACA :   Rahsia 3S yang bikin rezeki melimpah-ruah

Fuh ! Macam khutbah Jumaat pulak dah …

Tanpa banyak bicara saya kongsikan pesan Ustaz Hannan Attaki tentang jangan takut nikah melalui video di bawah ini :

https://www.youtube.com/watch?v=WLRiWT_8Wx0

Comments 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge