Tanggungjawab isteri menarik untuk difahami dan dihadami bersama.Bukan perdebatan atau pertelagahan pendapat.Tapi pemahaman agar tanggungjawab isteri seiring dengan tanggungjawab suami.
Sebelum ini saya pernah menulis artikel berkaitan nafkah isteri wajib untuk dipenuhi oleh suami yang bertanggngjawab.Jadi dalam artikel ini saya cuba mengetengahkan pendapat bagaimana tanggungjawab isteri pula dalam membentuk keluarga bahagia idaman semua.
Sebahagian daripada isi penting artikel ini pernah ditulis dalam blog terdahulu pada tahun 2016.Kemudian diubah suai semula dengan bantuan ‘tangan ghaib’.
Sejujurnya saya amat berterima kasih kepada ‘tangan ghaib’ tersebut kerana sudi menjadikan artikel ini tunggang langggang. hahahaha
Table of Contents
Tanggungjawab isteri
1.Taat setia kepada suami
Logik sangat untuk taat.Seorang isteri wajib taat kepada suami.Kedudukan seorang suami diangkat tinggi di sisi isterinya. Dalam agama Islam itu sendiri memerintahkan suami wajib ditaati selepas Allah SWT dan Rasulullah saw.
Isteri mesti meletakkan kesetiaan yang tak berbelah bagi kepada suami.Dengan ketaatan tersebut akan memudahkan jalan isteri ke syurga.
Jangan ada lelaki lain selain suaminya dalam hati mereka.Begitu juga kepentingan ibubapa,adik beradik dan rakan taulan mesti dikemudiankan berbanding kepentingan suami.
Dahsyat juga konsep taat setia isteri kepada suami.
2.Pelihara kesucian diri, maruah dan harta benda suami
Sebelum kahwin masih dara dan selepas kahwin masih suci.
Cewah.
Bukan begitu maksud saya.Kesucian di sini merujuk kepada akhlak dan peribadi isteri.Jika isteri bersikap luar batasan maka cerminan yang terpantul kepada suami.
Sebab itu isteri yang menjaga kesucian diri demi suami dan keluarga amat tinggi martabatnya.
Selain itu tidak membenarkan orang luar masuk ke rumah sesuka hati terutama jika suami tiada di rumah.Ada rasionalnya.Kita tidak mahu menimbulkan fitnah atau mencegah sesuatu yang luar jangkaan.
Isteri menjaga kesucian dan maruah diri demi agama dan suami mereka.Tidak ada kompromi dalam perkara ini.
Selain itu isteri tidak wajar membelanjakan harta benda suami sesuka hati dan tanpa izin suami.Setakat berbelanja untuk keperluan rumah bukan masalah.
Yang bermasalah jika berlaku perbelanjaan mendahului kehendak sehingga berlaku pembaziran.
3.Buat sesuatu perkara mesti mendapat keizinan suami
Hukum ini termaktub kerana suami adalah ketua keluarga.Namun ada juga isteri yang mengabaikan hukum ini yakni tidak mengendahkan keizinan suami.Seandainya berlaku keingkaran akan ada masalah kemudian hari.
Mereka buat keputusan sendiri dan cuma memaklumkan setelah keputusan dibuat.
Isteri ada sikap begini dan memang cara pemikiran mereka tidak pedulikan suami maka tidak akan ada keharmonian dalam rumahtangga.Rasionalnya isteri telah membelakangkan peranan suami sebagai ketua rumahtangga.
4.Memenuhi keperluan ranjang suami bila-bila masa
Isteri yang terbaik bukan hanya mampu melayani suami di ranjang.Mereka juga wajar berpenampilan menarik di hadapan suami.
Isteri idaman ini dapat menyejukkan pandangan mata suami dengan senyuman serta gurauan yang mesra.Sifat ini boleh mengikat kasih sayang dan cinta antara suami isteri
Isteri mithali termasuk dalam kategori ini.Sungguh mulia akhlak isteri yang sanggup memenuhi keperluan ranjang suami dengan rela dan berlapang ada tanpa berkira setiap masa.
Namun masih ada juga golongan isteri yang meletakkan keperluan ranjang suami sebagai satu pilihan.Mereka akan memberi pelbagai alasan yang munasabah untuk engelakannya.Seandainya kemahuan suami ditolak sekali dua memang boleh dimaafkan.Lebih-lebih lagi kalau kurang sihat atau terlalu keletihan akibat bekerja.
Namun jika penolakan demi penolakan berlaku maka tidak mustahil si suami berubah hati.Suami yang hilang sabar akan mencari wanita lain sama ada untuk isteri baru atau isteri kedua.
Para isteri jangan memandang remeh perkara ini.Lebih-lebih lagi kepada suami yang ada rupa,gaya dan daya pemikat yang hebat.Tambahan pula jika suami memang memiliki tahap kewangan yang mantap.
5.Sentiasa menghormati suami
Hormat menghormati antara suami isteri amat dituntut.Malah isteri wajib menghormati suami baik ketika senang atau susah.Ketika suka atau derita maka menghormati suami tidak boleh diabaikan.
Suara isteri tidak boleh tinggi dari suami.Sekiranya suami berkecil hati dan tidak reda akan perbuatan isteri maka kebahagiaan rumahtangga sangat sukar untuk diperolehi.
Apalah gunanya hidup berumah tangga jika tiada sakinah,rahmah dan maudah.
Perlu juga ingat bahawa isteri yang ada kerjaya hebat dan kedudukan tinggi dalam masyarakat bukanlah tiket untuk tidak menghormati suami.
6.Sentiasa bersyukur akan segala kebaikan dan pemberian suami
Dengan bersyukur nikmat berganda.Begitulah sebaiknya sifat isteri terhadap sesuatu pemberian suami kepada mereka.
Diberi banyak bersyukur.Diberi sedikit bersyukur.Tak beri apa-apa bersabar dan terus berdoa agar Allah boleh bagi apa yang kita minta.
Apa yang suami boleh bagi.Itu terpulang kepada suami penyayang.Mungkin hadiah yang berbentuk material.
Tak kira murah atau berharga.
Mungkin juga pemberian seperti kata-kata semangat, perhatian, senyuman maupun pelukan hangat dan erat.
Adakah ini amat bernilai kepada isteri?
Ya. Memang bernilai kerana bukan semua pemberian material dapat membahagiakan mereka.Kekadang ciuman kasih sayang yang suami berikan pada tengah malam yang sunyi sepi mampu melegakan ketegangan fikiran.
7. Menjadi rusuk kiri yang menguatkan rusuk kanan
Rasanya ramai yang pernah dengar ayat ini.Disebalik kejayaan seorang suami ada isteri yang berdiri teguh di belakangnya.
Jadilah seorang isteri yang melengkapi kekurangan suami.Seorang isteri yang menyokong penuh karier suami.
Mereka selalu memberikan dorongan untuk kejayaan suami.Bukannya membebankan suami dengan tekanan atau tidak mahu memahami usaha suami untuk sesuatu perkara.
Wahai para isteri jadilah tulang rusuk kiri yang sentiasa mendokong dan menguatkan rusuk kananmu walau dalam apa situasi pun.Nescaya kamu akan menjadi pujaan hati suamimu selamanya.
Penutup
Ternyata tujuh kewajipan isteri memang berat untuk dilaksanakan.Walau berat sekalipun soal dalam berumah tangga adalah lumrah dan fitrah manusia.
Tiada pengecualian jika sudah mengikat perhubungan dengan perkahwinan.
Jika belum mampu memikul tanggungjawab begini maka sewajarnya terus membaiki diri dengan menambah ilmu dan memantapkan sahsiah diri.
Belajar memenuhi tanggungjawab isteri perlahan-lahan sungguhpun mengambil masa.
mmg betul ini antara tanggungjwb isteri, tp ada jugak yg tambah kemas umah, jaga anak … jadi bibik kt umah sedangkan suami senang lenang…
hehehe teremo lak
kemas rumah & jaga anak sepatutnya buat bersama..
sepatutnya suami sediakan bibik bergaji bukan isteri…
ramai isteri tahu akan tanggungjawab ini tapi tak ramai yang benar2 memenuhi tanggungjawab ini…
ini permasalahan akhir zaman..
sukar dan mencabar
yang penting buat ikut apa yang digariskan oleh agama. insyaAllah bahagia
encikhafiz.my recently posted…DRAMA SWEET DREAM EPISOD 3 – TONTON DRAMA LIVE
hahaha..
betul bro.
ikut sahaja boleh bahagia