5 jenis nafkah isteri yang wajib disediakan suami

5 jenis nafkah isteri yang wajib disediakan suami

Nafkah isteri wajib ada dua jenis.Lahiriah dan batiniah.Dalam artikel ini saya cuma menyentuh tentang nafkah isteri yang berbentuk zahir atau lahiriah sahaja.

Menurut tanggapan umum, nafkah isteri menjurus kepada keperluan ranjang.Sebenarnya tidak.Pengertian nafkah isteri jauh lebih luas dari itu.Lebih mendalam dan lebih kompleks.Bagaimanapun saya cuma menyelongkar dalam sudut yang ringkas.

Saya ingin sentuh tentang nafkah isteri yang paling asas.Tentunya tidak terlalu berat untuk difahami oleh suami atau bakal suami dalam melaksanakan dengan hati yang lapang, gembira dan bahagia.

Nafkah isteri wajib

Ada lima nafkah isteri yang wajib.Tidak ada pengecualian kepada suami.Lainlah kalau suami jatuh sakit atau kehilangan sumber pendapatan.Itupun dalam keadaan isteri reda untuk membantu suami.Jika tidak reda tidak mengapa kerana bukan kewajipan isteri dalam menyara keluarga.

Persoalannya dalam hubungan suami isteri ialah susah senang hidup bersama atau hanya sanggup bersama ketika hidup senang.Isu ini berat dan jika masih dalam dilema sila rujuk kepada pihak yang lebih arif.

Berikut adalah lima perkara asas dalam memenuhi nafkah isteri wajib secara lahiriah.

1.Keperluan makanan dua kali sehari

Jumlah ini minimum sahaja yakni makan tengahari dan makan malam.Untuk sarapan pagi,minum petang dan ‘supper’ adalah pilihan.Jika dapat makan enam kali sehari kira sangat beruntung.

Saya pasti golongan suami di Malaysia sudah lebih dari mampu menyediakan makanan yang sedap dan lazat kepada isteri mereka.Sebagai bukti ramai rakyat Malaysia kini obesiti dan mengalami penyakit akibat makan berlebihan.

2.Tempat tinggal yang selamat dan selesa

Suami wajib menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk isteri atau keluarga sekiranya sudah beranak pinak.Jika belum mampu membeli rumah cukuplah menyewa.

Dalam keadaan tertentu menyewa bilik bukan pilihan terbaik kerana faktor kurang selesa dan kurang selamat.Rumah sewa adalah pilihan tepat untuk memulakan kehidupan suami isteri walaupun ada trend yang masih tinggal bersama di rumah orang tua.

3.Membeli pakaian dua persalinan setahun

Dalam setahun suami wajib membeli pakaian dua kali.Terpulanglah dua pasang sekaligus semasa Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji.

Pakaian mungkin dalam bentuk baju atau seluar.Mungkin seluar dalam atau baju dalam.Semuanya bergantung kepada keperluan isteri.Jika suami mampu dan kaya tidak salah membeli persalinan yang cantik dan mewah.Perlu difahami bahawa isteri adalah insan yang suka kepada fesyen dan gaya.

4.Menyediakan keperluan produk kebersihan diri

Isteri adalah cerminan kepada suami.Isteri dan suami yang pembersih adalah hasil gaya hidup keluarga yang hebat.Mereka pembersih dan mengutamakan kebersihan dalam kehidupan harian.

Suami yang hebat akan memastikan isteri mereka berbau harum luar dan dalam.Sebab itu bajet untuk membeli produk kebersihan diri seperti sabun, losyen dan syampu tidak boleh diabaikan kepada isteri.

Sekiranya suami mampu, wajar sungguh untuk membelanja isteri pergi spa atau butik kecantikan.Cantikan isteri sendiri lebih baik daripada mengkagumi kecantikan wanita yang bukan milik mereka.

5.Keperluan ubat-ubatan kecemasan

Sakit tidak mengira masa dan tempat.Mungkin tengah malam buta dan sebagainya.Suami yang bijak perlu tahu menyediakan keperluan ubat-ubatan kepada isteri mereka.

Ubat sakit perut atau pening kepala perlu ada dalam First Aid Kit.Khaskan belanjawan ini untuk isteri kerana sudah termaktub dalam tanggungjawab nafkah isteri.

Dalam ertikata yang lebih luas, sakit pening dan soal kesihatan adalah tanggungan suami.Tidak boleh diabaikan walau apapun alasan.

Kesimpulan

Nafkah isteri wajib adalah tanggungjawab total suami.Ini belum termasuk soal amanah yang lain.Lihat dahulu perkara asas yang wajib penuhi dalam memastikan tanggungjawab suami benar-benar terlaksana.

Memang benarlah seorang suami tanggung semua ini di dunia dan jawabnya pula di akhirat nanti.

Jangan risau atau takut untuk memikul tanggungjawab ini kerana ia adalah lumrah setelah seorang lelaki bertukar status menjadi suami.

Rasanya sebelum mendapat isteri, wajib pula baca artikel tentang 5 Tips memikat hati wanita agar mudah tergoda

8 thoughts on “5 jenis nafkah isteri yang wajib disediakan suami”

  1. ada satu artikel sy baca. ramai org salah anggap tentang nafkah batin. sebenarnya nafkah batin tu contohnya bagi isteri gembira, ckp baik2, beri pujian, jg hati dia, buat dia sentiasa tenang dan gembira agar tak terseksa batinnya berkahwin dgn lelaki yg dipanggil suami.

    akhir artikel tu ada menyebut, belajar jd lelaki dulu sebelum jd suami hehehe org pompuan pun sm jg
    anies recently posted…V-Soy Multi Grain sesuai untuk yang nak kurusMy Profile

  2. Mmg besar tanggungjawab suami kpd isteri dan keluarga. Tanggungjawab tu bukan shj di dunia malah akan dipertanggungjawabkan juga di akhirat nanti. Terima kasih atas perkongsian peringatan ini tuan.

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: