Buat apa makan di luar kalau masak sendiri lagi sedap

makan di luar

Makan di luar adalah trend biasa. Ramai yang suka dan memang menyeronokkan. Sebab itu bisnes makanan semakin maju dan bertambah baik.

Namun tidak semua yang gemar makan di luar. Mereka ada alasan tersendiri. Ada dalil tertentu mengapa perlu kurangkan makan di luar.

Jika sebelum ini setiap hari, boleh kurangkan seminggu tiga kali.

Jika sebelum ini seminggu sekali, boleh tukar kepada sebulan dua kali.

Jika sebelum ini sebulan sekali, mengapa tidak jadi setahun tiga kali.

Kalau langsung tidak makan luar memang luarbiasa dan bukanlah sesuatu yang terbaik. Kitakan manusia dan perlukan kelonggaran kepada prinsip hidup sendiri.

Buku ‘Ada apa dengan RM?’ ada mendedahkan alasan untuk kurangkan makan di luar. Didapati sangat praktikal dan bijak pada hemat saya. Mungkin juga pada pembaca semua.

Dalil untuk kurangkan makan di luar

Makanan yang menjadi trademark di Sarawak tentulah Laksa Sarawak. Saya order speasial tapi yang datang udang kecil. Tidak pedas dan berminyak..Kos cuma RM12.50 termasuk air lemon sejuk

1.Penjimatan wang

Soal berjimat cermat dalam membelanjakan wang adalah agenda utama. Ada kegunaan wang yang lebih penting lagi selain digunakan untuk sekadar makan di luar yang memang harganya boleh tahan.Biasa yang boleh tahan ini sedap dan menyelerakan.

Saya ambil contoh pengiraan.

Katakan makan di luar belanja dalam RM15 sehari selama lima hari bekerja.Kosnya dalam RM75 seminggu.Ini bermakna dalam sebulan kita berbelanja RM300 untuk makan di luar sahaja.

Banyak atau tidak?

Terpulang kepada dompet sendiri dan itu hak masing-masing.Saya ada kisah ke ? hahaha

2.Masakan di rumah terjamin kebersihan

Tidak bermakna saya kata makan di luar itu masakan kurang bersih.Cuma tahap yakin belum pada tahap optima.Di rumah kita boleh basuh sayur,ikan atau daging sebersih yang boleh.Itupun dimasak oleh kita sendiri atau pasangan kita yang sememang pembersih sifatnya.

Makanan yang bersih rasa lebih sedap.Kesihatan lebih terjamin.Fikiran lebih tenang tanpa memikirkan soal-soal keracunan makanan.Kita masak dan terus makan.Jangan disimpan dan dibiarkan begitu sahaja.Adakah makan di luar menggunakan konsep ini terutama makanan lauk pauk campur.

3.Lebih menjimatkan masa

Orang berjaya sangat mementingkan masa dalam hidup mereka. Masa yang berlalu tidak berganti lagi. Wang yang habis dibelanja boleh dicari lagi. Bagaimana pula dengan masa yang habis begitu sahaja ?

Antara sebab makan di luar yang kurang elok ialah banyak masa digunakan. Masa untuk ke restoren, cari tempat letak kereta, menunggu makanan dan sebagainya.

Kalau makan di rumah, masa cuma untuk memasak dan masa selebihnya untuk bermanja atau bermesra dengan anak-anak atau pasangan masing-masing.

4.Kurang privasi

Makan di luar terutama gerai yang terbuka menyukarkan untuk kita berkomunikasi secara privasi. Memang ada tempat yang agak privasi di luar cuma tempat begini harganya agak mewah.

Jika makan di rumah lebih selesa.Nak bersembang lama dengan isteri atau suami bukan satu masalah.Bersembanglah dari Isyak sehingga Subuh tiada seorangpun boleh halang.Kalau di restoran terhad masanya dan ini bukan pilihan terbaik untuk makan dan bersembang.

5.Kurang kebebasan untuk anak-anak

Makan di restoran sambil membawa anak-anak kecil bukan tindakan yang bijak.Anak-anak tidak dapat bermain. Tidak dapat berkejaran seperti di rumah.

Ini belum termasuk anak-anak yang membawa 1001 karenah. Hanya di rumah mereka boleh sesuka hati. Kalau di restoran boleh mengganggu ketenteraman pelanggan lain.

6.Masalah tempat letak kereta

Semakin hari semakin ramai mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta. Pertambahan ini akan menyebabkan kesesakan di jalanraya dan secara tidak terjangka boleh menyebabkan kesukaran mencari tempat letak kereta.

Lebih baik makan sahaja di rumah berbanding pening kepala hendak makan di luar. Dahlah perut berkeroncong ditambah pula dengan kesukaran mencari tempat letak kereta.

Akhirnya hilang mood dan selera untuk makan.Adakah berbaloi semata-mata nak makan di luar ?

7.Hasil air isteri lebih sedap

Dah tahu masakan isteri lebih sedap, nak juga air masakan makcik tukang masak. Tak tahu nak cakap apa kerana bila sudah menjadi tabiat untuk makan di luar. Makanan yang sedap di rumah pun boleh abaikan.

Lainlah kalau isteri sangat sibuk. Tiada masa untuk masak.Tugas dan tanggungjawab masak boleh diambil alih oleh suami.

Sekurang-kurangnya matlamat untuk makan di rumah tercapai.Soal sedap nombor dua. Yang penting makanan yang disediakan sihat,bersih dan menjimatkan.

Apa pendapat saya

Saya sememangnya kurang makan di luar atas alasan tersendiri.Selain sebab kesihatan saya juga bukan kaki makan.

Letak sahaja apa-apa makanan yang halal saya akan nikmati dengan penuh kesyukuran. Secara logik makanan ini menjadi sangat sedap dan menyelerakan.

Tidak perlu untuk saya makan di luar jika sekadar untuk menikmati makanan yang sedap.

Lain orang lain caranya. Yang penting sentiasa gembira, bahagia dan tenang. Soal makan di luar atau makan di rumah hak masing-masing.

Tapi ingat makan di rumah sendiri menjamin kesihatan dan elak termasuk dalam 3 cara mencegah obesiti yang mudah lagi proven

Artikel berkaitan

14 thoughts on “Buat apa makan di luar kalau masak sendiri lagi sedap

  1. setuju dgn admin , tp bg sya yg juga bekerja dan suri rumah, ada masanya sya jd malas bila hari2 masak, selalunya seminggu sekali dua akan ajak suami makan kt luar di tempat yg kami biasa… kadang kita rasa bosan msk hari2… itu saya lah, org lain mungkin tak gitu

    sya pun mmg lebih memilih utk msk sendiri utk keluarga, lebih murah n sedap, cuma bila kita dh rasa penat… itu tak blh di paksa2 hehehhe

    1. ya sebab itu makan di luar memang perlu..

      cuma kekerapan boleh dikurangkan..

      kalaulah semua tak mahu makan kat luar bagaimana restoren nak buat bisnes

  2. yee, masak sendiri lagi best, dan lagi syok bila ada orang makan bersama…tapi kalau sorang2, agak costly jugak kalau memasak…jadi, beli bawak balik lagi jimat…ahahahahha

    maksudnya tapau la, makan di rumah, bukan makan di luar..hahahah

    1. kelebihan tapau kita tidak perlu beli air sekali…

      bergantung dengan tempat dan masa ..terutama orang yang duduk sorang-sorang

  3. Saya dan keluarga dah kurang makan di luar. Sebab di luar tu, banyak kedai makan yang kurang mesra OKU, melainkan dalam shopping complex. Tapi kadang, saya tapau juga, kalau tak sempat masak. Mana boleh lawan home-cooked meal. Tapi sesekali, apa salahnya. 🙂
    Nur recently posted…Larian Rabu dan masakan semalamMy Profile

  4. sebelum pandemi kami suka makan di luar sekira sekali dalam 2 bulan, lalu setelah pandemi kami tidak pernah makan di luar rumah lagi. Hahaha.. Rasanya lebih aman bila makan bersama di rumah saja di tengah situasi seperti ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge