Kelebihan akhbar dalam dunia digital

Bidang media dalam dunia digital hari ini begitu pantas bergerak dan penyebaran sangat luas.Perubahan ini memberi kesan yang mendalam kepada kewujudan industri akhbar di negara ini.

Akhbar adalah media cetak yang bertujuan untuk menyebar informasi, mendidik, memujuk, menghibur, menyebar propaganda, membina pengaruh dan pelbagai tanggung jawab sosial yang lain

Media cetak ini mempunyai tugas dan kewajipan untuk merakamkan segala peristiwa yang berlaku di sekeliling kita melalui pemberitaan oleh pelapor yang bertauliah.

Tentunya mereka ini wartawan.Golongan profesional yang bertauliah dan diakui wajib memiliki etika kewartawanan.

Etika seorang wartawan ialah melaporkan berita secara sahih dan tepat.Mereka boleh berada di tempat kejadian dengan melihat sendiri.Bahkan boleh menuramah golongan tertentu untuk mensahihkan sesuatu berita dan mendapat sudut pandangan orang lain sebagai saksi.

Bertitik tolak dari prinsip ini amat wajar akhbar dijadikan sumber berita yang diyakni tepat dan berautoriti.

Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin yakin akhbar masih boleh ‘hidup’ kerana ia masih sumber bacaan utama masyarakat walaupun menghadapi persaingan ledakan teknologi dan media dalam talian.Kenyataan beliau ada dilaporkan dalam portal Sarawakvoice bertarikh 24 October 2018.

Ujar beliau lagi akhbar wajar memenuhi keperluan pembaca termasuk berubah dari segi penyampaian berita supaya kekal relevan pada masa kini.

Dalam portal yang sama juga Datuk A.Kadir Jasin pernah berkata “Kita tidak boleh membiarkan diri dikuasai sepenuhnya oleh teknologi. Kita boleh membaca buku secara dalam talian atau berita portal tetapi saya fikir membaca akhbar bercetak masih penting kerana ia boleh disimpan dan diulang baca.

Beliau juga menegaskan agar media cetak ini menghasilkan laporan berita lebih analitikal dan kritis yang mampu memberi kefahaman jelas serta menyeluruh mengenai sesuatu isu.

Sejujurnya memang benar pendapat beliau kerana akhbar mempunyai kandungan berita penting serta dipilih oleh pengarang.

Menurut penulis Zin Mahmud “Membaca di atas gajet, walaupun dalam bentuk skrin komputer laptop dan tablet adalah jauh lebih sukar daripada menatap kertas cetak,”

Akhbar boleh dijadikan bahan bacaan yang berkualiti kerana mutu penulisan dijaga dari segi tatabahasa dan kosa kata.Ini secara tidak langsung meningkatkan dan memartabatkan bahasa dalam membina budaya membaca.

Perlu diakui akhbar dapat merangsang pemikiran baru masyarakat.Rakyat boleh meluahkan masalah mereka dengan berhemat melalui .

Sebab itu akhbar boleh menjadi bahan rujukan yang bagus sekiranya dikumpul, disusun dan diselenggara secara berfokus.

Dari sudut pembaca mereka mendapatkan naskah akhbar sekiranya berlaku bencana atau peristiwa besar.

Malah ada yang mengakui media cetak ini ada nilai sentimental yang susah nak terangkan.Hanya mereka yang ada tabiat membaca akan faham akan nikmat membaca bahan bercetak berbanding media digital.

Melihat dari sudut lain pula akhbar adalah sejenis bahan bacaan yang termurah tetapi berkualiti.Pembaca juga boleh mencari pekerjaan melalui akhbar atau pelbagai iklan yang seumpamanya.

Namun fungsi ini cuma sampingan kerana matlamat utama kewujudan akhbar untuk menyampaikan berita dengan lebih berhemah dan bertanggungjawab.

Kesimpulannya akhbar tetap ada kelebihan dalam dunia digital.

Persaingan dari segi kepantasan dan keluasan capaian pembaca memang tidak terjangkau oleh akhbar.

Namun pendedahan dan kupasan berita dalam akhbar lebih berautoriti dan diyakini.

Persoalannya kini pembaca nak pilih media cetak atau media digital.Pilihan ditangan sendiri dan keputusan yang bijak biasa memihak kepada sesuatu benar, tepat dan sahih.

12 thoughts on “Kelebihan akhbar dalam dunia digital”

  1. sy teringatkan ms puteri diana meninggal. tak sempat nak beli paper semua dah sold out. begitulah penangan paper ms tu… tp sekarang… ada lg ke budak muda yg baca paper?

Leave a Comment

Scroll back to top