Makanan yang perlu dielakkan ketika diet

Izinkan mrhanafi berkongsi apa makanan yang perlu dielakkan ketika diet untuk sihat. Sudah tentu ketika diet banyak pantang larang yang wajar dielakkan.

Tanpa membuang masa mari kita lihat makanan yang perlu dielakkan ketika diet agar kekal sihat selalu.

Untuk rekod, informasi ini dari sumber yang boleh dipercayai iaitu seorang pengamal perubatan.

Makanan yang perlu dielakkan ketika diet

Tips kurus

1.Daging proses

Daging proses mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa dan bahan tambahan yang tinggi.

Contoh daging proses ialah daging yang ada dalam tin.

Daging proses seperti sosej, nugget dan inti burger tentu tidak asing lagi buat kita semua.

Tidak dapat dinafikan makanan tersebut memang sedap dan menyelerakan.

Tapi perlu ingat.

Daging proses ada campuran dengan lemak dan kalori tinggi.

WAJIB BACA :   Orang berjaya miliki dua rahsia ini

2.Minyak transfat

Minyak transfat ini digunakan dalam industri makanan atas pelbagai sebab.

Ia meningkatkan jangka hayat produk makanan itu tanpa perlu disimpan lama dalam peti sejuk.

Minyak dan lemak trasnfat ini lebih murah dibandingkan dengan lemak haiwan dan lemak yang dihasilkan dari produk tenusu.

Malah ia lebih murah dari minyak kelapa.

makanan yang perlu dielakkan ketika diet

Antaranya ialah makanan pastri (termasuk kuih donut), ayam goreng, biskut, pizza (atau roti canai) dan juga makanan ringan yang diminati oleh kanak-kanak di negara ini.

Produk makanan seperti pastri atau biskut, makanan segera (kentang goreng, ayam goreng dan burger) makanan sejuk beku (pizza beku, nugget beku, pau) semestinya mengandungi lemak transfat.

Walaupun jenis makanan ini sedap dan menarik selera, namun kita harus menyedari kesan buruknya.

WAJIB BACA :   Petros Mercu Kejayaan Masa Depan Sarawak

3.Tepung putih

makanan yang perlu dielakkan ketika diet

Mengapa tepung putih kelihatan bersih dan suci ?

Antara sebabnya tepung ini sudah dilunturkan oleh sejenis bahan kimia dan bebas kuman.

Tepung putih tidak mengandungi serat.

Ia juga melambatkan pencernaan dan merendah metabolisma badan manusia.

Akibatnya badan cepat naik dan susah untuk kurus.

Tepung putih ini banyak digunakan dalam pembuatan roti, kuih dan makanan berasaskan pastri.

Kurangkan pengambilan makanan yang berasaskan tepung putih.

Sebagai contoh, pilih roti whole meal berbanding roti sandwich.

4.MSG

Bahan perasa ini disukai ramai.

Ia sebagai pembangkit selera.

Kalau tiada makanan rasa lain.

MSG berlebihan mengundang bahaya kepada kesihatan.

Garam dan gula kalau berlebihan juga bahaya.

5.Gula

petua turunkan gula dalam darah

Sebenarnya gula juga diperlukan dalam badan.

Gula adalah karbohidrat ringkas yang mudah diserap sebagai tenaga.

Tiada gula, badan boleh lemah dan tidak bermaya.

WAJIB BACA :   5 cara buat bisnes online yang simple lagi best

Kadar pengambilan gula untuk orang dewasa sekitar 50 gram sahaja sehari.

Jika lebih gula maka lebih kalori.

Kalori yang berlebihan jika tidak digunakan sepenuhnya akan terkumpul menjadi lemak.

Lama-kelamaan menjadi obesiti.

Gejala obesiti mengundang pelbagai penyakit yang biasa kita dengar seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Kesimpulan

Seyogia dingatkan makanan yang perlu dielakkan ketika diet seperti yang dibincangkan di atas memang berada dekat dengan kita setiap hari.

Ternyata mencabar dan sukar untuk dielakkan sepenuhnya.

Jika tidak mampu elak, usahakan untuk mengurangi jumlah pengambilan dari hari ke sehari.

Semoga kita semua berjaya dan sihat selalu.

Sekiranya ingin memiliki tubuh yang sedap mata memandang dn kelihatan tegap untuk seseorang lelaki boleh cuba VPRO10 whey protien

Comments 24

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge