Kekal sihat sepanjang hayat merupakan impian semua orang.
Tiada sesiapa pun mahu sakit hatta sakit hati sekalipun.
Betapa bernilainya sihat itu hanya dapat disyukuri oleh mereka yang pernah sakit.
Setuju tak dengan pendapat saya..?
Persoalanya kini bagaimana untuk mendapat kekal sihat sepanjang hayat.
Saya boleh cadangkan tiga perkara berikut :
Table of Contents
Kekal sihat sepanjang hayat
1.Jaga pemakanan
Pemakanan yang sihat itu tidak semestinya mahal.
Komposisi karbohidrat, protein dan lemak wajar tepat dan sesuai.
Corak pemakanan perlu sesuai dengan corak pekerjaan, jantina dan umur.
Pemakanan yang terbaik ialah kurang berminyak dan kurang berlemak.
Selain itu kurang masin dan kurang manis.
Sudah tentu rasa makanan kurang sedap dan kurang nyaman.
Tapi kesihatan perlu diletakkan pada tempat pertama dan utama.
Orang aktif perlu banyak tenaga dan kalori.
Cara pemakanan mereka tidak sama dengan orang yang kurang aktif.
Ambil contoh saya sendiri.
Sebagai usahawan digital, saya bekerja dari rumah walaupun sekarang ini masih travel.
Tak terkejut ke mendengar Cerita gempar di hotel murah Sibu
Tidak ke mana-mana. Tidak mengangkat barang berat dan sebagainya.
Kadar pengambilan kalori dan pemakanan saya lebih rendah dari mereka yang bekerja sebagai pencuci kereta.
2.Aktif bersenam
Senaman ada dua jenis.
Ada aerobik dan anaerobik.
Aerobik merupakan senaman yang mudah seperti jogging, berjalan pantas, zumba dan poco-poco.
Senaman ini seronok.
Mana tidaknya, boleh dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan.
Yang penting, objektif senaman dapat membakar kalori, menguatkan jantung serta mengerak semua otot-otot badan.
Begitu juga dengan senaman anaerobik.
Senaman ini memfokuskan kepada otot.
Lebih tepat kepada senaman di gymnasium.
Angkat beban seperti besi.
Saya suka senaman anaerobik ini kerana menyasarkan otot supaya lebih tegap, padat dan maskulin.
Manfaatnya tetap sama yakni boleh sihat sepanjang hayat.
3.Ambil suplimen
Boleh ke kalau tidak ambil suplimen untuk sihat ?
Memang boleh tapi makanan yang kita makan mesti tiada bahan pengawet, perisa tiruan dan pewarna tambahan.
Bukan itu sahaja makanan tersebut mesti segar, organik dan dimasak dengan cara paling selamat.
Persoalannya dapatkah kita dapat jenis makanan yang saya nyatakan di atas ?
Jika tidak dapat terpaksalah mengambil suplimen untuk memastikan badan kita tetap sihat dan kesihatan optimum.
Antara suplimen yang terbaik untuk diambil mesti ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tidak boleh tidak.
Tiada kompromi dalam kesihatan kerana melibatkan nyawa.
Selain kelulusan KKM, suplimen yang terbaik tentulah betul-betul asli tanpa kandungan bahan kimia.
Yang pasti menepati piawaian syariah halal.
Harga perlu juga diambil kira dan ia bukan syarat wajib.
Suplimen yang boleh diamalkan oleh semua orang mestilah harga yang berpatutan, sekitar RM100 ke bawah dan boleh menjana wang kembali.
Kesimpulan
Kekal sihat sepanjang hayat bukan teori semata-mata.
Boleh menjadi kenyataan jika kena cara dan tindakan.
Sekiranya pembaca ingin tahu tentang ilmu, info dan tip kesihatan lebih banyak lagi jom sertai grup Whatsapp –- Sihat Sepanjang Hayat
Tengah amalkan cara hidup sihat.
alhamdulilah…
moga terus istiqamah sampai bila-bila ya
Infor kesihatan..penting untuk dibaca
apabila usia begini…kesihatan sangat dititik beratkan
Setuju sekali saudara..
alhmadulillah…
begitulah keadaannya
Paling berguna perkongsian ni.. Harap kita semua kekal sentiasa sihat 🙂
Calrase Patrick recently posted…10 Fakta dan Ciri Menarik Orang Yang Lahir Bulan Oktober
alhamdulillah…terima kasih bro.
moga bro juga sihat hendaknya
Insyaalah! akan cuba amalkan secara istiqamah!
aamiin…moga kita semua kekal sihat tuan
Tang aktif bersenam tu yg uncle liat sikit… hehehe
jom la bersenam uncle.
sikit-sikit pun jadilah hehhee
sihat itu anugerah yang tidak ternilai harganya.
sangat betul tuan..
moga kita kesedaran untuk terus sihat
Info & perkongsian yg sgt menarik
terima kasih tuan..
saya sangat menghargainya
semoga kesemua kita dikurniakan kesihatan yg baik
aamiin…
sama juga dengan mamapp