Cerita sekeping gambar (Siri 1)

Fungsi telefon pada asalnya untuk tujuan berkomunikasi kepada dua orang yang jauh melalui suara.

Namun masa terus berlalu. Teknologi semakin berkembang sehingga fungsi telefon menjadi tanpa had atau pelbagai guna. Baik untuk tujuan yang elok mahupun kurang elok.

Saya cuba tafsir dan ceritakan mesej yang dapat saya fahami daripada gambar di atas dalam artikel ini.

Mungkin tafsiran kita berbeza. Tiada yang salah dan tiada yang betul 100 peratus. Jawapan bukan objektif tetapi subjektif. Lagi kreatif lagi  bagus.

Dalam telefon bimbit tersebut kelihatan gambar kartun tetapi dipenjara. Mereka boleh diibaratkan sebagai terkurung dan tidak boleh ke mana-mana tanpa adanya telefon

WAJIB BACA :   Menukar Yoast SEO dari All In One SEO Pack

Dalam bahasa lainnya manusia sudah dipenjara mental mereka.Tanpa telefon dunia seakan-akan mati dan terhenti.

Senang cakap.

Kehidupan baik yang nyata atau angan-angan cuba dimasukkan ke dalam telefon dan kita terus berada di dalamnya persis orang di penjara.Kita di penjara tanpa tahu bila boleh dibebaskan sepenuhnya.

Ada jawapan lain ?

Kalau ada boleh kongsikan juga.

Comments 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge