Semenjak 7 Oktober 2023 yang lepas saya sudah buat solidariti dengan cara tersendiri. Saya memakai pakaian serba hitam baik waktu solat, bekerja dan di rumah hampir setiap hari.
Inilah solidariti saya secara peribadi untuk menunjukkan rasa sedih, berdukacita dan prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin di Genting Caza.
Kini sudah hampir sebulan penduduk di Gaza diserang bertubi-tubi dengan bom, roket atau peluru berpandu.
Kemusnahan bukan sedikit tetapi dalam skala yang besar tanpa mengira tempat atau sesiapa sahaja.
Hospital, sekolah, masjid dan tempat kediaman musnah bagaikan kena gempa bumi.
Sudah tentu jumlah mangsa yang cedera dan kematian beribu-ribu sepanjang tempoh tersebut.
Bukan itu sahaja, penderitaan dan kesengsaraan penduduk Palestin terus dihimpit kerana diputuskan bekalan makanan, air dan tenaga ke Gaza.
Kita yang berada di luar kancah peperangan memang tidak dapat merasai apa yang mereka di sana alami.
Namun begitu, saya cukup bersyukur kerana penduduk dunia turut mengecam tindakan rejim Zionis laknatullah baik secara langsung atau tidak.
Selain solidariti berbentuk kecaman, ada pihak yang sudah melakukan perhimpunan secara aman.
Ada menyumbang wang ringgit kepada Palestin melalui organisasi yang berkaitan.
Bukan itu sahaja, ramai yang berdoa baik secara persendirian mahupun berjemaah seperti doa qunut nazilah.
Malah tindakan memboikot syarikat yang didakwa memberi kepentingan kepada negara pengganas juga diadakan.
Tindakan boikot tersebut agak komplikated kerana ia menjejaskan punca rezeki rakyat tempatan di negara ini secara langsung.
Harus bagaimana untuk menunjukkan protes kita terhadap nasib rakyat Palestin yang tertindas dan teraniaya ini…
Pesan dan saran saya berusahalah setakat kemampuan.
Baik dengan cara derma, berdoa atau berkongsikan kebenaran fakta atau informasi berkenaan Palestin, Genting Gaza, Tebing Barat dan kawasan masjid Al-Aqsa.
Mudah-mudahan jadi asbab untuk kita pungut pahala kerana membela agama suci Islam di muka bumi ini.
Paling tidakpun terlepas daripada dosa kerana membiar saudara seagama menderita tanpa tindakan atau bantuan.
Wallahualam.
Ya, kita buatlah apa yang termampu dan senjata mukmin paling ampuh adalah doa. Itu je yg ammi rasa mampu buat bersungguh-sungguh.
Semoga Allah angkat doa2 kita yang inginkan kebebasan buat saudara kita di Palestine
Alhamdulillah…doa yang dikirimkan itu memang wajar kerana iyi keperluan utama mereka sekarang ini selaim makanan dan ubatan
Semoga Allah swt membalas jasa tuan2
Aamiin dan in shaa Allah
Alhamdulillah…Linda cuma mampu bacakan yassin semoga dipermudahkan segala urusan umat islam Palestin memperjuangkan syiar Islam..sedih bilamana scroll isu2 Palestin…
Itupun kira terbaik kerana usaha yang nampak kecil tetapi besar pada pandangan Allah
keadaan di sana demikian kacau, mudah”an dukungan dan bantuan bisa segera datang, barangkali kita tak bisa membantu secara langsung,tapi dengan doa mudah”an bisa ikut membantu mereka.
Kita buat apa yang termampu sahaja…doa itupun sangat wajar terutama orang yang terpilih atau wali Allah…doa mereka cepat makhbul
skaranga banyak yang memakai gambar semangka jadi display picture di sosmed
buah yang pebuh simbolik juga tu
hanya doa mampu kita titipkan buat saudara kita di bumi palestine.. jaik hati nangga miak kecik… rata² miak ajak yg jadi sasaran sidak isra hel ya
Embiak jadi mangsa sebab takut bila besar klak akan lawan sidak…cara genosid
Mun orang besar …dh semakin kurang di sia
tunjukkan kebencian kepada penjajah terhadap penduduk Palestine…itulah selemah lemah jihad kita…
jika up sikit…boycott barangan yang membabitkan zion
Makanium recently posted…Nasi Ayam Special Suliana Cafe Jalan Kebun Selangor
jihad yang paling kecil dalam melawan kekejaman mereka…boikot.
walaupun kesannya berantai kepada orang Malaysia sendiri
kejam sungguh kaum zionis & sekutu2nya…kita berusaha bantu ikut kemampuan kita…
bagus saudara…solidariti dgn cara tersendiri..
semoga kekejaman segera berakhir…tak sampai hati tengok mereka menderita
Teruskan apa cara pun….
betul…itu yag sebaiknya
Saya cuma mampu berdoa. Tak boleh tengok berita, jadi sedih, dan macam helpless, tak tahu camana nak tolong.
dulu setiap hari saya nak tahu perkembangan mereka sampai rasa sedih hingga ke penghujung namun terpaksa kurangkan perasaan nak tahu untuk kesihatan mental
Saya tak sanggup tengok kisah penderitaan mereka kesemuanya…
tak mampu huhu
Hanya mampu berdoa ke atas kesejahteraan mereka.
Moga-moga ada sinar kejayaan dan kemenangan buat mereka semua di Palestin
Allah melihat usaha.
Alhamdulillah…itu memang betul sekali
Saya dah tak masukkan muzik di video yang saya post ke IG. Perasaan bersalah bila terkenangkan Palestine padahal saya di sini cukup segalanya. Rasa tak sampai hati nak kongsi video bahagia dengan lagu menenangkan jiwa pada saat rakyat Palestin mendengar bunyi bom setiap masa. Jadi sekarang saya cuma muatnaik video dengan voice over atau hanya video tanpa suara. Walaupun tiada effect pun kalau buat begitu tapi itulah, saya yang tak sampai hati.
Kadang-kadang terasa taknak update IG tapi masalahnya ia salah satu sumber income saya, jadi terpaksa juga update..
Nurzarini Ismail recently posted…Tealive Support Israel? Betul Ke?
Ya betul…kita ada cara tersendiri untuk menunjukkan solidariti..
Biarlah Allah SWT yang tahu.
Tak boleh tengok video atau gambar yang lalu di soc media. Tak sampai hati. Terutama melibatkan anak-anak..Sedihhh sangat…Kadang ada kawan-kawan post di soc media berkaitan ni, saya re-post semula..
Memang tidak dapat dinafikan..itulah realiti yang kita semua hadapi
Mari kita panjatkan doa untuk saudara2 kita di Palestina supaya merdeka dan bebas dari penjajahan Israel 🙂 Suamiku berpartisipasi dalam aksi damai di Monas Jakarta, free for Palestine, Minggu, 5 November 2023 lalu.
Usaha yang berterusan ialah doa…
tahniah kepada suami mbak kerana join mass solidariti di Monas tempoh hari.
saya pun setakat yg saya mampu. donasi dan doa . juga untuk beberapa barang, saya dah tak mau beli. tapi memang ada Bbrp barang yg tak mungkin kita tak pakai, macam IG, FB, Airbus, boeing, semua pesawat Rata2 masih pakai itu 😅.
Krn itu saya tak setuju jika ada ulama mengharamkan produk penyokong isriwil, tapi tetap membiarkan FB, Ig, Microsoft, apple product, wa, dan perusahaan besar lain yg tak bisa diganti .
sementara definisi haram dalam Islam, kalo diharamkan , itu berlaku utk seluruh Islam di dunia, bukan cuma 1 negara 😁. itu yg lagi heboh di sini.
saya LBH setuju boikot, daripada mengharamkan. maaf ya bang, jadi curhat pula, kesel Ama salah satu organisasi Islam di sini. kasih definisi haram kok setengah2
Terima kasih Fanny kerana menyuarakan pandangan di sini…
Soal boikot adalah hak peribadi dan ia satu pilihan
Doa untuk saudara dan rakyat di Palestin wajin kerana mereka sudah tertindas begitu lama
derma juga pilihan kepada mereka nyang mampu untuk berbuat demikian
semoga kekal istiqamah. kita tak.mampu nak tolong secara terus. semoga dgn cara ni ckp utk memberi semangat dan sokongan buat saudara kita di sana💪
Yang penting doa untuk mereka jangan tinggal…
itulah usaha yang termampu selai boikot dan menyumbang untuk mereka