Inilah 3 blog yang sedap dan seronok dibaca Oktober 2023

Dalam dunia blogging, sudah pasti seorang blogger ada blog sebagai identiti tersendiri. Sebab itu tidak akan lari blog, blogger dan blogging menjadi tiga untaian perkataan yang saling berkaitan.

Dalam artikel kali ini saya dengan rasa rendah hati cuba senaraikan tiga blog yang sedap dan seronok dibaca sepanjang bulan Oktober 2023.

Saya menilai blog ini dari sudut pemilihan kata, penggunaan ayat dan seni berbahasa yang tinggi.

Jujur tidak layak untuk saya menilai sebenarnya kerana blog saya sendiri bukan baik mana pun.

Kalau ke laut memang tak perlu diragui lagi. Jom kita tinjau dan layan blog tersebut.

Blog Faizal R

Blog ini saya suka baca kerana bahasanya mudah difahami dan senang dihadami.

WAJIB BACA :   Artikel menarik dan bermanfaat, ini tip paling sempoi atasi rasa malas menulis

Gaya penceritaan blogger Faizal santai dan bersahaja.

Itu sudah mencukupi untuk memeriahkan konten dalam dunia blogging yang tidak segah dan segagah seperti 10 tahun dahulu.

Namun dengan kewujudan blog ini telah menguatkan hujah bahawa konten sebagai raja dalam dunia blogging.

Blog Djangkarubumi

Biarpun berlainan negara, blog yang dipunyai oleh Mas Djangkarubumi ada tarikan tersendiri.

Lengok bahasanya ada kematangan dan seni penulisan tersusun kemas.

Biarpun kata-kata agak skema namun idea yang dilontarkan dalam blog tersebut hidup penuh warna-warni.

Secara tidak langsung memaknakan konten blog agar terkesan ke dalam hati pembaca.

Blog Nurzarini Ismail

Blog yang ditulis oleh blogger Nurzarini memang saya kagumi dari dulu lagi.

WAJIB BACA :   7 cara menulis artikel SEO tahun 2022 menurut Neil Patel…nombor 5 paling best !

Penggunaan ayat sangat teliti dan susunan perkataan tepat dalam menyampaikan mesej.

Kualiti penulisan sudah mencapai tahap kualiti tersendiri yang boleh digunapakai dalam penulisan ilmiah.

Gaya blogger Nurzarini dalam penulisan blognya wajar diketengahkan untuk bacaan ramai lagi khalayak.

Kesimpulan

Pandangan saya ini jauh sekali untuk menidakkan kemampuan blogger yang lainnya.

Bahkan ada  kewujudan blog yang terbaik, berprestij dan ada sentuhan emas yang belum saya kongsikan lagi.

Masing-masing ada kekuatan dan keunikan tersendiri.

Berbanggalah menjadi seorang blogger biarpun bersaing sengit dengan content creator yang lebih popular, lebih pendapatan dan lebih menyerlah mendepani arus media sosial.

Selamat berkarya kenana menulis itu sendiri menjadi aktiviti luar biasa yang memperlahankan proses penuaan otak dan mengaktifkan sel saraf minda.

WAJIB BACA :   Ada apa dengan Google helpful content update ?

28 thoughts on “Inilah 3 blog yang sedap dan seronok dibaca Oktober 2023”

  1. Ma shaa Allah dub dap jantung saya ni terkejut nampak ada nama blog saya kat situ. Subhanallah..terlalu tinggi pulak rasanya pujian tu, tak layak masuk dalam list pun rasanya huhu.

    Apa-apa pun terima kasih ye tuan (sambil nangis sob sob terharu ni)..

    Reply
    • sejujurnya itu penilaian saya secara peribadi dan saya akui betul ..

      terima kasih kembali kerana sudi singgah blog saya yang entah apa-apa pini

      Reply
  2. dua blog di atas saya sudah tau dan memang bahasanya juga sederhana kadang di selipi kalimat” yg bikin tersenyum seperti blognya mas Djangkaru dan mudah di pahami, sayapun masih perlu banyak belajar dari teman ” semuanya👍

    Reply
  3. waaah saya dapat referensi blog lain, so far belum pernah mampir ke blog kakak nurzarini ismail. nanti nak BW ke sana juga ☺️.

    sampai Skr saya LBH suka mampir ke blog banyak teman, drpd lihat video2 YT atau reels drpd konten kreator. mungkin Krn saya lebih suka membaca dari dulu, jadi blog lebih menarik bagi saya. ❤️

    Reply
    • setiap orang tidak sama tujuna mereka berblogging…

      ada yang mahu menjana pendapatan dan ada juga sekadar untuk suka-suka sahaja

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge