Lima kelebihan guna blog platform wordpress

Sudah hampir 9 tahun juga saya guna blog berplatform WordPress. Entah mengapa saya masih setia dan rela menjadi blogger di WordPress biarpun ada kos yang perlu dibayar.

Kos masa paling utama.

Hampir semua blogger tahu ketika menulis, mengedit, membalas komen dan mengunjungi blog kawan-kawan memang ambil masa berjam-jam juga sehari.

Kos duit belakang kira

Sebab ianya kos yang sesuai dengan minat maka kita pejam mata sajalah.

Baiklah saya nak berkongsi sedikit tentang sedikit kelebihan menggunakan blog yang berplatform di  WordPress.

Itupun saya cuba untuk memenuhi permintan blogger Time Traveller,

“ Nanti mungkin boleh entry khas berkenaan perbezaan blog wordpress dan jenis blog yang lain.. Dan apa kelebihan pd platform yg ada bayaran ini.. tiba2 mcm curious sgt nak tahu hihii..”

WAJIB BACA :   3 blog pilihan untuk Januari 2024

Jom kita lihat satu persatu.

1.Domain

Domain yang berakhir dengan com, net atau my nampak macam gah berbanding domain yang ada blogspot.com atau wordpress.com

Realiti tidak begitu

Bayaran mengikut syarikat hosting yang kita langgan bermula dengan RM60.

2.Hosting

Dalam wordpress.org memang menggunakan self hosted atau hosting sendiri yang kita bayar sewanya secara tahunan atau bulanan.

Yang menariknya kita boleh tetapkan beberapa kapasiti bandwitch, memori RAM, dan storan.

Nak lebih tinggi, sudah tentu bayaran juga mahal.

Kalau di blogspot, kita tidak kisah pun berapa yang kita guna.

3.Theme

Di blogspot lebih dikenali sebagai template.

Kalau di WordPress, ia dikenali sebagai theme.

WAJIB BACA :   Cerita Sebalik Kejayaan Dalam Cabaran Komen 2018 Anjuran Denaihati

Banyak theme yang percuma sehingga kita tidak tahu nak pilih yang mana stu.

Jika nak tukar theme lebih mudah dan tiada setting yang rumit.

4.Plugin

Memandang wordpress adalah open source, maka plugin yang kita perlu guna rata-rata percuma.

Kalau  nak yang advance boleh pilih jenis premium atau berbayar.

Cara setting pula mudah dan auto setting pun ada.

5.Update

Sistem yang ada dalam wordpress selalu kena update.

Ini memberi kelebihan untuk sistem keselamatan itu sendiri.

Update biasanya plugin theme dan aplikasi wordpress itu sendiri.

Kesimpulan

Sejujurnya bermain di WordPress bukan yang terbaik kepada blogger sekiranya tidak fokus kepada menjana pendapatan dan komersial.

WAJIB BACA :   Percubaan Guna Plugin SmartCrawl SEO

Dalam erti kata yang lain, lebih banyak kekurangan berbanding kelebihan berbanding blogspot.

Cuma kalau nak jadi blogger profesional maka wordpress adalah pilihan yang tepat.

Persoalanya ada lagi tak orang yang mahu jadii blogger profesional ?

Cuba komen..

Comments 12

  • dulu seawal berblog dalam tahun 2008, lady guna wordpress.. tetapi kebayakan blogger gune blogspot.. maka ldy tukar ke blogspot.. yg pasti wordpress lebih cantik dan kemas sebenarnya..

  • Saya guna blogspot dari dulu. Maknanya kalau tukar ke wordpress nak kena bayar hosting pula….tapi saya punya domain pun makin lama dia pun makin naik harga.

  • ok baik banyak perkara yang difahami di sini.. thanks atas perkongsian.. Namun bagi saya yg bersahaja dalam berblog ini.. sekadar suka2 kekal sahaja di blogspot 😀

  • penah try nk guna wordpress
    tp lps tu sy pening
    hahahahaah

  • Sebelumnya saya menggunakan wordpress untuk blog sebelumnya, Mas.
    Saya ngeblog di wordpress sejak tahun 2010. Saya memakai wordpress yang free.
    Kemudian saya tidak lagi ngeblog, selama 2 tahun saya off ngeblog.
    Ketika ada keinginan lagi ngeblog, saya ini hanya coba saja pakai blogspot. Eh ternyata keterusan pakai blogspot sampai saat ini.

    Banyak kelebihan wordpress, diantaranya aplikasi androidnya sudah bagus dan selalu update terus. Bandingkan dengan blogspot yang aplikasi androidnya tidak lagi update, jadi kalau akan update tulisan ke blog via hp mesti melalui browser.

    Terus kalau di wordpress untuk jawab komentar tidak perlu harus masuk dahulu ke posting, cukup melalui kotak notifikasi saja. Kalau blogspot menjawab komentar harus buka dahulu postingan. Sayang juga ya di blogspot tidak ada action untuk “like”.

    Demikian kurang lebihnya Mas.

    Platform apapun yang digunakan yang penting tetap berbagi melalui blog ya Mas.

    Salam,

  • saya pakai WP dan sampai skr masih tak nak untuk cari duit dari blog 😄. bagi saya blog hanya passion dan untuk menyalurkan hobi saya menulis. saya tak mau cari income dari sana, Krn income saya sendiri dah sangat lebih dari cukup.

    tapi kenapa pakai WP kalo tak nak monetisasi? karena saya mau yg terbaik utk passion saya ☺️. WP ini lebih nyaman dan lebih mudah drpd BP. Krn bisa install apapun yg kita mau, LBH pro juga terlihat. dan dengan bayaran yg LBH mahal, saya berharap bisa semakin semangat utk trus menulis

    • tahniah Fanny kerana sanggup keluarkan kos untuk passion sebagai blogger

      moga terus bersemangat dan mommentum yang tinggi untuk terus menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge