Tiga tingkat keimanan orang berpuasa

Mari saya kongsikan nota peringatan yang saya perolehi dalam satu kuliah Maghrib berkaitan puasa.

Peringatan atau pesanan ini boleh dijadikan panduan kita bersama.

Mudah-mudahan ianya ada bermanfaat agar puasa kita pada tahun ini lebih baik berbanding tahun yang lepas.

Bak kata blogger Anies “buatlah semampu yg boleh seolah2 ramadan ini adalah ramadan terakhir kita”

1.Puasa umum

Puasa umum merujuk kepada orang yang berpuasa yakni hanya menahan lapar dan dahaga serta perkara yang boleh membatalkan ibadah tersebut.

Dalam kategori ini ialah orang awam dan orang yang baru belajar puasa. 

2.Puasa khusus

Saya juga berharap kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan yang lain agar boleh mencapai tahap puasa khusus ini.

WAJIB BACA :   Sekolah Agama Samarahan Anjur Ujian Kelayakan Tahun Satu 2018

Tahap puasa khusus ini bukan sekadar menahan lapar, dahaga dan syahwat tetapi mengawal seluruh anggota badan baik yang zahir atau batin untuk sama-sama puasa.

3.Puasa khusus al-khusus/puasa paling khusus

Puasa yang menjaga hati dan fikiran daripada mengingati perkara keduniaan, sebaliknya fokus dan menumpukan sepenuh hati hanya kepada Allah SWT dan Hari Akhirat. 

Kategori puasa ini tahap tinggi dan puasa untuk golongan para Nabi, Siddiqin dan muqarrabin.

Kesimpulan

Begitulah perkongsian ringkas bagaimana tiga tingkat keimanan orang berpuasa.

Moga kita tergolong dalam sekurang-kurangnya kategori orang puasa khusus.

In shaa Allah objektif puasa boleh terlaksana iaitu menjadi orang yang lebih bertakwa dan lebih beriman. 

WAJIB BACA :   9 azam 2024 untuk kemantapan iman selama 40 hari

16 thoughts on “Tiga tingkat keimanan orang berpuasa”

  1. saya pun dah berniat sangat setidaknya bisalah jadi kategori puasa khusus. pastinya ingin puasa tahun ini lebih baik dr sebelumnya. kita dibagi kesempatan utk cari pahala paling besar, tak mungkin ditolak kan ☺️. sebisa mungkin lah berusaha utk puasa dan ibadah LBH banyak THN ini

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge