Selama beberapa hari kebelakangan ini saya dilanda sindrom kurang rajin untuk kemas kini blog. Perkara biasa tetapi tidak boleh dibiasakan..betul tak ?
Bersempena menyambut tahun baharu 2024, apa kita berazam untuk iman pulak atau azam 2024 kemantapan iman.
Selama ini kita berazam untuk hal-hal keduniaan tetapi tahun 2024 kita ubah perspekif pulak.
Kita fokus kepada akhirat dan dalam masa yang sama hal-hal keduniaan akan dapat juga sebagai pakej yang sempurna.
Bak kata orang bijak pandai, kejar akhirat maka dunia akan mengejar kita balik.
Buat permulaan usahakan untuk konsisen tiga hari, tujuh hari, 21 hari dan akhir sekali 40 hari.
Selepas 40 hari cuba untuk konsisten selama mungkin atau sepanjang hayat.
Azam 2024
1.Solat berjemaah lima waktu di masjid
Azam ini berat tetapi in shaa Allah boleh dilakukan jika ada kesungguhan yang mantap.
2.Solat awal waktu
Jika sudah berada masjid untuk berjemaah maka mudah untuk solat awal waktu.
3.Khusyuk dalam solat
Azam ini memerlukan usaha dan kesungguhan kerana fikiran sangat mudah untuk melayang ketika solat.
4.Solat sunat Qobliyah dan Ba’diyah
Kalau sudah berada di masjid,sudah tentu lebih mudah menunai solat sunat tersebut.
5.Mandi sebelum subuh
Azam ini sangat mencabar kepada mereka yang belum biasa untuk mandi awal pagi.
6.Solat sunat Tahajud
Kemuncak kepada solat sunat ialah menunaikan solat sunat Tahajud, yakni solat jihad melawan nafsu.
7.Sedekah setiap hari
Sedekah yang praktikal setiap hari dengan memasukkan duit dalam tabung masjid.
8.Perbanyak ingat Allah
Perbuatan mulia ini amat dituntut dengan melakukan zikir, istighfar, selawat dan baca al-Quran
9.Menghadiri majlis ilmu agama
Tidak kira secara online atau offline kerana menuntut ilmu itu fardu ain atau wajib untuk diri sendiri.
Kesimpulan
Hidup kita umpama pelita.
Bila-bila boleh terpadam setelah cukup tempohnya tanpa terlewat atau terlebih sesaat.
Bersedialah mengikut kemampuan.
Selamat menanam dan melaksana azam 2024 dengan jayanya.
In sha Allah.
baguus challenge nya bang 👍. selama ini saya kalau bikin resolusi, pasti terkait target dunia .
tapj setelah baca ini, oke, saya nak pelan2 buat target akhirat lah. mungkin tak semua poin di atas. pelan2 dulu, tapi saya teringin nak rutin tahajud ini ❤️.
berat juga azam ini …
kalau dapat ikut memang terbaik la
insya Allah jika niat sudah bulat segala yang terlihat sulit bagi kita akan jadi lebih mudah, memang yang wajib” itu rasanya teramat sangat berat, moga-moga yang di inginkan kita semua bisa terlaksana yaa di tahun depan..amiin
In shaa Allah ..
Moga kita semua ada panduan untuk melakukannnya
untuk tahun 2024 moga kita semua dapat jadi hamba Allah yang lebih baik dari tahun sebelumnya
Aamiin dan semoga kita semua berjaya untuk meakukannya
InsyaAllah
Aamiin…
Terbaik 👍
Jom sama2 kita challenge diri utk menambahbaik amalan kita.
semoga urusan tersebut dipermudahkan
setuju! deens over dunya ✌🏻
In sha Allah …semoga urusan dipermudahan
poster tersebut mengetuk hati saya …. semoga istiqomah berkelanjutan sampai akhir hayat
ya…mudah-mudahan beri manfaat kepada kita semua
Buat sedikit tapi istiqamah.
betul tu….
sebab istiqamah bukan kerja yang mudah juga
semoga dipermudahkan amalan kita lepas tok… nk mula dr kinek tok pun xda hal kan.. tq for sharing
boleh jak..
molah dalam 3 hari jak dolok..
bila sudah biasa continue sampe bila-bila
sebelum dapat buat semua ni, mudah-mudahan umur dipanjangkan agar dapat dilaksanakan amalan-amalan yang dinyatakan…
Itulah yang kita mahukan…mudahan.
aamiin .moga panjang umur dan sempat
Saya pernah amalkan mandi sebelum subuh dan solat tahajud. Memang rasa best! Tapi sayangnya, saya tak kuat. Tapi saya akan terus cuba. Marilah kita berusaha, ya.
saya doakan Nur berjaya untuk teruskan lagi…
kalau bukan sekarang bila lagi
Writer’s block tu kadang dia muncul.
Semoga azam 2024 tercapai. Yang penting kita usaha.
Insha Alah…moga urusan dipermudahkan
semoga semuanya tercapai. yang penting kita mesti berusaha menjadi leebih baik. pesanan buat diri mama juga ni
aamin…in shaa Allah
Walaupun nampak macam azam yang biasa kita baca tapi sebenarnya nak buat tu memang tak senang. Dua minggu lepas, suami saya solat jemaah di surau hampir setiap waktu. Lepas kena gout, dah tak ke surau. Nak start balik nampak macam kena cari balik momentum tu, sekarang kami solat jemaah di rumah je macam selalu
mudahan tahun baharu ini…boleh buat balik
memang sukar dan mencabar kepada lelaki untuk solat 5 waktu di masjid