Pada mulanya mrhanafi segan nak war-warkan perkara sekecil ini. Namun fikir balik.Kalaulah perkara baik kita sampai apalah salahnya.
Lagipun niatkan kepada Allah SWT agar orang lain terinspirasi untuk melaksanakan puasa enam syawal.
In Shaa Allah limpahan kebaikan itu pun untuk diri mereka sendiri juga.
Berikut ialah niat puasa enam syawal. Puasa tanpa niat tak sah.
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala”
Boleh juga rujuk bersandarkan kuliah Tuan Ustaz Azhar IdrisMrhanafi antara orang yang liat nak berpuasa. Cabaran menahan nafsu makan dan minum serta memelihara yang lain-lain bukan perkara mudah.
Lebih-lebih lagi melibatkan perkara yang sunat. Kalau buat dapat pahala.Tak buat tak berdosa.Konsep yang mudah difahami oleh semua kita.
Baru-baru ini mrhanafi berjaya menghabis puasa enam syawal 1437H ketika 10 hari lagi berbaki (ketika entri ini dikarang).
Gembiranya hati.
Sebab bukan mudah.
Cabaran berpuasa sunat lebih hebat dari puasa wajib. Puasa yang sunat bila-bila masa sahaja kita boleh batalkan dengan kehendak sendiri.
Puasa enam syawal mencabar
Tambahan pula puasa dalam bulan Syawal agak berbeza dengan bulan Ramadhan.
Dalam bulan syawal banyak rumah mengadakan majlis makan-makan seperti ramah tamah dan rumah terbuka.
Jemputan ada di mana-mana.Sayangnya bukan untuk mrhanafi.Itu untuk orang lain.
Persekitaran begini melemahkan azam orang nak berpuasa.
Apa kata kita budayakan perkara yang lain dari yang lain pula.Kita adakan majlis berbuka puasa sunat syawal menggantikan majlis ramah tamah adilfitri.
Kita jemput orang berbuka puasa untuk bersama-sama kita.Sesiapa yang tidak berpuasa akan terasa segannya dan beriltizam untuk sama-sama berpuasa enam syawal pada masa yang akan datang.
Mrhanafi terfikir juga nak buat untuk keluarga dan rakan-rakan.
Pakat ramai-ramai untuk berpuasa sunat enam syawal dan berkerjasama untuk mengadakan majllis berbuka sebagaimana majlis ramah tamah aidilfitri.
Cara ini luar kebiasaan tetapi inovasi dalam kaedah beribadah tanpa menokok tambah kafiat yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Al-hadis serta pandangan para ulamak muktabar.
Syukur alhamdulillah mrhanafi dapat menghabiskan puasa sunat enam syawal secara berselang seli.
Cuma pada penghujung hari puasa mrhanafi melakukan terus menerus selama 4 hari.
Peritnya usah dikata.
Ujian dan halangan bertali arus.
Pada itu hanya keazaman dan pertolongan Allah sahaja yang memberi sumber kekuatan.
Cabaran begini tidak mematahkan keazaman mrhanafi untuk konsisten berpuasa sunat Isnin dan Khamis.In shaa Allah mrhanafi akan lakukan kerana Allah SWT dan perkongsian ini sekadar untuk memberi dorongan kepada mereka yang berminat untuk sama-sama berpuasa.
Ingat kita beramal bukan kerana manusia tetapi semata-mata kerana Allah SWT.
Niat yang lurus dan amal yang betul akan diberi ganjaran oleh Allah SWT kepada hambaNya yang ikhlas.Waalahuallam.
Puasa enam syawal mempunyai hikmah yang terlalu besar.
Proses mendidik jiwa dan latihan menundukkan nafsu selepas ditarbiah secara wajib dalam bulan Ramadhan patut diteruskan.Bukan setakat bulan Syawal sahaja.
Lebih molek sepanjang tahun sehingga bertemu lagi dalam bulan Ramadhan pada masa yang akan datang.
Mrhanafi tak pasti sempat atau tidak.
Ajal,rezeki dan jodoh dalam pengetahuan Allah SWT. Kita yang kerdil ini hanya pasrah kepada ketentuanNya selepas berusaha,beriktiar dan melakukan yang terbaik sebagai bekalan amal.
Yang paling penting bagi mrhanafi ialah solat dengan khusyuk.Tak dapat khusyuk usahakan dengan belajar di rahsiasolat.com
Terima kasih kerana sudi singgah dan baca.
- Kemas kini 28/5/23
alhamdulillah saya hari ni last puasa enam
Raihanah recently posted…Performance Drink Bantu Tingkatkan Tenaga
alhamdulillah..tahun depan kita war-war lebih awal agar ramai lagi rakan blogger suka puasa enam
Alhamdulillah… Tahniah Tuan Hanafi… Selamat Hari Raya Puasa 6..
Saya selesai puasa 6 pada hari Isnin minggu lepas…. Masuk jer kerja lepas raya terus berpuasa setiap hari bekerja….. Alhamdulilah sasaran untuk selesaikan puasa 6 sebelum 20 Julai tercapai…. Dapatlah menikmati Jamuan Hari raya Terbuka PSIS pada 20 Julai tu dengan hati yang gembira… 😉
Anuar recently posted…Pendaftaran MUET dan Tarikh Exam MUET 2016
kalau betul targetnya..tak susah juga tu
Alhamdulillah syukur… tahniah tuan Hanafi, semoga sentiasa diberkatiNya… aamiin.
Khir Khalid recently posted…Ceria Aidilfitri Bersama Rakan Blogger Bro Framestone
terima kasih tuan..dan semoga doa tuan makhbul buat saya.
banyak dugaan berpuasa di bulan syawal ni. banyak open house. hehe
nikkhazami recently posted…Boat Noodle di Aeon Mall Kota Bharu
dugaan terbesar ialah open house..siapa yang tak nak makan yang sedap-sedap tu
Saya… masih gagal dengan permainan nafsu.. niat nak puasa..tapi bila pergi kerja, habis tergugat semuanya..
Hafizul recently posted…Aku Cabut Gigi Kacip Anak
nafsu makan masih ok bro..nafsu lain tak berani nak komen
tahniah berjaya habiskan puasa enam. memang lain rasa nikmatnya untuk berpuasa enam nih. ^_^
nikmatnya terasa kerana cabarannya sangat kuat
Tahniah.. tuan dah berpuasa selama setahun
Afif Rayyan recently posted…Tonton Dan Download Anak Mami Nasi Kandaq Full Movie
terima kasih bro..alhamduillah dapat habiskan juga
Tahniah tuan….kejayaan besar tu tuan…
memang besar juga..saya memang bersyukur
selepas 1 syawal memang ada satu lagi ibadah yang bagus untuk mendulang pahala, cuman banyak orang yang sudah terlanjur terlena dengan hiruk pikuk lebaran sampai lupa keutamaan ibadah sunnah yang satu ini, terimaksih sudah menasehatkan,..salam sukses selalu
puasa sunat Isnin dan Khamis pun bagus..
pahalanya hanya Allah sahaja yang tahu
Bnyk hikmah puasa enam ni.
sangat banyak…
lebih hebat lagi kalau ada yang betul-betul puasa zahir dan batin