Doa panjang umur wajar atau tidak ? Ini jawapannya

Tiap kali ada orang sambut hari lahir saya sentiasa dalam dilema. Ya dilema berkenaan doa panjang umur.

Adakah wajar saya titip doa panjang umur untuk mereka sedangkan soal umur sudah Allah tetapkan sejak di Luh Mahfuz lagi.

Tetapi sebelum kita merungkai persoalan ini, izinkan saya menjelaskan secara ringkas kronologi umur manusia dari hari pertama lahir hingga ke usia 70 tahun.

Doa panjang umur

Doa panjang umur

Umur satu hari ke 10 tahun

Hari pertama kita lahir ke dunia dengan tangisan. Ketika kita menangis ada orang yang senyum dan gembira.

Itulah ibu bapa kita, doktor dan para jururawat telah menarik nafas lega. Kita selamat ‘mendarat’ ke dalam dunia nyata dan lahir dengan cukup sifatnya.

Dalam benak mereka, tidak terlintas berapa panjang umur kita untuk melalui pahit dan manisnya dunia fana.

Ketika meniti hari, pejam celik, umur kita sudah mencecah 10 tahun .

Ketika menyambut hari lahir saban tahun pasti ada yang menitipkan doa panjang umur kita.

Umur 10 ke 20 tahun

Dalam usia ini, tentulah masih berada di alam sekolah sama ada peringkat rendah hingga menengah dan seterusnya tinggi.

WAJIB BACA :   Kisah Benar Keajaiban Sedekah Menyembuhkan Penyakit

Pada zaman ini kebanyakan kita masih ditanggung oleh ibu bapa. Makan minum, pakaian dan wang saku dapat percuma dari mereka.

Sudah tentu mereka tidak berkira dan tidak menganggapnya hutang kerana kasih sayang itu sendiri melebihi nilai wang ringgit.

Namun anak-anak yang baik akan rasa terhutang budi. Mereka cuba membalas budi tersebut dengan berbakti sebaik mungkin walaupun tidak semua mampu berbuat demikian.

Umur 20  ke 30 tahun

Rata-rata dalam umur begini sudah ada memulakan hidup dengan bekerja atau berbisnes. Tidak dinafikan ada yang menemui jodoh demi kelangsungan hidup dan tuntutan fitrah kehidupan.

Dalam tempoh 10 tahun begini, memang ada yang berjaya memiliki kereta dan rumah sendiri.

Mungkin ada juga yang belum ada memilliki apa-apa aset, jangan sedih-sedih.

Peluang untuk dapat rumah dan kereta percuma masih terbuka luas.

Caranya dengan sertai bisnes netcommerce – Modah kecil, Income besar

Umur 30 ke 40 tahun

Ketika dalam lingkungan umur 30 tahun mungkin ada di kalangan kita akan diuji. Ada yang hilang pekerjaan, bisnes merundum, rumah tangga berkecai dan mungkin juga kesihatan mulai terjejas.

Tiada kata seindah bahasa untuk menukilkan keadaan tersebut. Logiknya tiada yang indah walaupun ada hikmah yang terindah.

Namun tetap ada yang orang yang hidup bahagia, terus berjaya dan semakin sihat walfiat.

WAJIB BACA :   Sabar pesanan Ustaz Ebit Lew dalam video terbaharunya

Perjalanan hidup kita sangat berbeza dan unik antara satu sama lain.

Umur 40 ke 50 tahun

Masuk umur 40 tahun adalah usia bermulanya realiti kehidupan sebenar seperti mana peribahasa orang putih,

“ Life begin 40’ ”

Kita akan berada di puncak kerjaya.

Bagi mereka yang berbisnes, semakin kukuh dan maju. Kewangan semakin stabil dan kini menuju fasa financial freedom.

Betul atau tidak, saya belum ada data untuk menyokong pendapat ini.

Sungguhpun demikian, dengan umur 40 tahun ke atas perubahan fizikal manusia semakin ketara.

Ada yang semakin obes, perut membulat dan memberat. Ada juga yang semakin hensem, body fit dan power seperti insan berusia 20-an.

Umur 50 ke 60 tahun

Ketika usia separuh abad begini, anak-anak sudah membesar.

Kekayaan juga semakin bertambah baik. Amalan bekalan ke akhirat semakin diperkemaskan. Fikiran dan tindakan  ke menjurus ke akhirat.

Dunia mula dilepaskan perlahan-lahan dengan banyak bersedekah, wakaf dan berwasiat kepada mereka yang berhak dan layak.

Sungguh beruntung kalau ada mereka yang sedemikian rupa.

Umur 60 ke 70 tahun

Inilah usia persaraan bagi pekerja sektor awam dan swasta.

Masing-masing sudah semakin fokus dengan bekalan ke akhirat. Setiap hari bual bicara tentang akhirat, alam kubur dan titian sirat.

Masa yang dilalui mungkin sangat cepat kerana lambaian kubur sentiasa ligat dalam ingatan.

Bagi mereka yang ada pasangan, masa inilah masa emas untuk dinikmati berdua.

WAJIB BACA :   Keunikan Tasbih Biji Pisang Sunan Bonang Amat Mengujakan

Masing-masing akan berteka-teki siapa yang akan pergi dulu untuk merasai taman syurga di alam kubur.

Kehidupan akan silih berganti. Sekejap sunyi sepi dan sekejap riuh rendah dengan suara cucu-cucu yang datang bertandang.

Sekali lagi amat wajar anak-anak kita mula memperbanyak doa panjang umur. Mereka sedar, kehilangan kita maka kehilangan pintu keberkatan dan salah satu kunci rezeki.

Umur 70 ke tiada

doa panjang umur

Kini kita menghitung detik hari, minggu dan tahun ke alam barzakh. Bertepatan sekali kata pujangga desa,

” rumah kata pergi…kubur kata mari “

Tentulah kita sangat bersyukur jika melepasi umur 70 tahun ke atas dengan keadaan banyak duit, bebas penyakit dan dipayungi kebahagiaan yang tuntas.

Bukan itu sahaja nilai ibadah kita lebih ikhlas, berkualiti dan cemerlang sehingga mengundang redha Allah SWT.

Saya percaya sudah tentu pembaca juga ingin keadaan sedemikian rupa.

Lagi tua lagi kaya dan bertambah iman dan bertambah takwa. Amalan pula berlipat ganda dengan objektif utama menyebarkan manfaat kepada seramai mungkin manusia.

Alhamdullilah ..Sesiapa yang masih bernyawa melepasi umur 70-an adalah bonus.

Kesimpulan

Daripada kronologi usia ini maka secara tidak langsung tersingkap doa panjang umur wajar kerana ia adalah sebahagian daripada ikhtiar manusia.

Mati itu pasti dan tidak kira berapa umur. Mati itu boleh di mana sahaja dan bila-bila masa.

Sebaik-baiknya, biarlah panjang umur dengan membawa banyak amalan soleh dalam hidup seseorang.

Biarpun diakui rezeki, jodoh dan ajal adalah rahsia Allah yang paling ketat untuk disingkap akal kita, maka kewajaran berdoa itu sendiri sebagai bukti tanda ingatan kepadaNya.

Akhir kata kita tutup tulisan ini dengan video dari UAI berkenaan doa panjang umur.

Comments 14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge