Aduhai banyaknya tugas suri rumah…

Apabila disebut suri rumah maka terbayang dalam fikiran kita bahawa mereka adalah wanita yang bergelar isteri, cantik dan seksi. Hehehehe.

Sebetulnya memang ya, dan ada kemungkinan juga tidak. Sudah tentu bergantung kepada tempat, situasi dan orangnya juga.

Menurut takrifan PERKESO, suri rumah merujuk kepada seorang wanita sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak; termasuk isteri, ibu, janda, balu atau ibu tunggal.

Izinkan saya berkongsi tugas suri rumah yang biasa atau signifikan dilakukan oleh masyarakat di Malaysia.

Kalau di benua lain atau alam lain memang saya tidak tahu la kan.

Sebagai seorang lelaki, suami dan bapa tentulah kehidupan suri rumah memang difahami sehingga ke akar umbi melalui pembacaan dan pengamatan realiti kehidupan.

WAJIB BACA :   10 orang paling kaya di dunia tahun 2022

Dua frasa sudah cukup menggambarkan tugas suri rumah ini. Tidak lain dan tidak bukan — bekerja berterusan.

Mari kita selami dan perhalusi tugas suri rumah sepenuh masa yang berstatus isteri.

Seawal jam 5 pagi dan mungkin lebih awal lagi mereka sudah bangkit dari tidur.

Tugas pertama menyediakan sarapan anak-anak dan suami. Setelah selesai mereka mengemas pula rumah dan apa yang patut.

Ketika matahari sudah menampakkan cahayanya, mereka akan menyidai pakaian yang dibasuh semalam atau pagi tersebut.

Bagi suri rumah yang mempunyai anak yang masih kecil inilah masa mereka memberi mandi dan sebagainya.

Selesainya tugas tersebut, mereka mula  bersilat di dapur untuk menyediakan menu makan tengah hari.

WAJIB BACA :   Kupikupi FM Sarawak - Sama Dirik Pok!

Waktu tengah hari mungkin ada sedikit masa rehat. Boleh juga digunakan untuk tidur sebentar atau melayan media sosial.

Kini hari sudah beransur petang. Masa untuk mengambil pakaian yang kering dan mula melipat serta menyimpan pada tempat yang disediakan.

Ada suri rumah yang masih rajin, mereka akan menyiapkan pula menu untuk minum petang. Ada juga untuk hidangan sang suami yang baru pulang dari bekerja.

Setelah masuk waktu maghrib suri rumah akan kembali sibuk di dapur untuk menyediakan menu makanan malam.

Macam biasa, selesai makan malam proses mengemas pulak menyusul. Tugas mungkin berakhir 10 malam.

Kini tiba waktu untuk berehat namun masih ada tugas yang belum selesai. Tugas hakiki dan rasmi sebagai isteri terhadap suami. Yang itu faham-faham sajalah.

WAJIB BACA :   Apa orang nak dalam zaman kritikal ini?

Sebagai suami yang berkemampuan wajar suri rumah diberi elaun bulanan, wang saku, duit ihsan dan sumbangan PERKESO seperti Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

Akhir kata, tugas suri rumah sentiasa ada dan berterusan tanpa kenal erti cuti umum, hari besar dan sebagainya. Kitaran tugas suri rumah tetap sama malah bertambah untuk hari esok, lusa dan seterusnya.

Sebab itu suami yang hebat perlu membantu tugas suri rumah dari semasa ke semasa tanpa berkira.Tiada lagi istilah tugas suri rumah hanya kepada wanita semata-mata.

Suami dan isiteri perlu jalani rutin harian dalam rumah tangga secara bersama dan bersilih ganti kerana hidup ini keras. Sebab apa…sebab boleh dik…hahahaha.

Gituuuu…

Comments 30

  • Tugas mereka mana pernah habis!

  • Suri rumah + WFH = Double tugas
    Sharhanah recently posted…AQIQAH – TANDA SYUKUR KEPADA ALLAHMy Profile

  • ibu rumah tangga profesi yg cukup berat dan mulia, ibu rumah tangga tu juga multitasking, sambil masak dia bisa urus anak, suapi anak dan sebagainya, kadang profesi/tugas ibu rumah tangga tu tak di anggap karena sebagian ada yg tak menghasilkan, wanita tak boleh sakit karena suami akan kesulitan, tapi jika suami sakit wanita tetap bisa di andalkan..hehehe

  • suami dan istri harus saling membantu bersih2 rumah

  • seharusnya para suami banyak yg punya pikiran seperti Abang, paham kalau tugas suri rumah banyaaaaaaak dan berat 😄.

    saya salut dengan istri atau suri rumah lain yg bekerja sendiri, tanpa ada bantuan asisten. jujur saya ga bisa. makanya dr awal nikah saya udh bilang saya butuh babysitter dan asisten rumah. sampai skr masih, kecuali babysitter Krn anak2 sudah besar.

    karena memang capek ngerjain itu semua. bagi yg terbiasa mungkin dah tutup mata melakukannya.. tapi buat yg tidak, bisa stress loh. dan itu berefek kepada kedamaian rumah tangga 😅.

    kalo suami tak mampu kasih istri asisten, at least bantulah kerjaan dia sedikit, hibur, pijat sesekali, atau kasih dia hiburan. istri pun akan hilang capeknya ☺️

    • Dalam Islam memang disuruh untuk cari pembantu bagi membantu isteri terutama bagi yang mampu.

      Kalau tak mampu para suami harus membantu isteri buat kerja-kerja rumah

  • Tugas yang tiada kesudahannya…jangan lupa part ada surirumah yang perlu hantar dan jemput anak dari sekolah. Lepas dirumah jadi cikgu pula.

    Dialah cikgu, dialah nurse, doktor, kaunselor, cikgu disiplin, makcik kantin makcik cleaner.

    Sbb tu bila ada kawan yg tidak bekerja dan dorang kata “aku surirumah je” ammi tak suka dgr perkataan “je” tu. Mungkin dia rasa rendah diri tp itulah tugasan plg mencabar

    • Ya betul..kalau saya nak senaraikan ada 10 atau lebih tugas suri rumah cuma saya nak santai-santai penulisan ini agar tidak terlalu formal hehehe.

      berbanggalah jadi suri rumah kerana tidak semua wanita sanggup untuk berbuat demikian

  • Tidak boleh pandang rendah kerja-kerja suri rumah.

  • Saya sering melakukan pekerjaan rumah, semisal mencuci, menggosok baju, Masak nasi, cuci piring dan sebagainya. Itulah enaknya kerja online, bisa menyambi pekerjaan rumah.
    Intinya saling gotong royong.

  • Ya betul, malah surirumah ni pakai banyak topi sebenarnya. Kalau pergi bercuti, surirumah la yang jadi travel agent atur semuanya dari tempahan tiket, susun itinerari, mengemas beg dan hal2 rumah sepanjang ditinggalkan bercuti. Kalau ada orang dalam rumah tu yang sakit, surirumah la jadi doktor dan jururawat menjaga ahli keluarga yang sakit. Menteri Kewangan pun satu lagi jawatan yang tak didendang 🤭

    • Saya cukup salute dan respect dengan suri rumah ini…sebab itu saya selalu membantu orang rumah untuk kerja-kerja rumah agar semua pihak tidak rasa terbeban

  • Sebab ya bila lamak gilak cuti pandei rasa x sabar indah nk trn keja.. di opis agik byk me time berbanding di umh… di umh keja nang x pandei abis

    • Yalah tek..Bak kata bini kmk pun…keja ofis nyaman gik…cukup masa boleh pulang…mun keja rumah..sambung menyambung dan sik pernah stop

  • Menjadi ibu rumah tangga yang banyak sekali tugas domestiknya, sepertinya 24 jam tak akan pernah cukup 😀 Suri banyak tugas dan idealnya kalau weekend tuh bisa santai2 off dulu masak dll gantian anak2 dan suami yang bekerja hahahah bisa ga yach? Salam kenal ya.

    • Salam kenal juga…betul kata mbak…hujung minggu suri rumah patut rehat dan tugasan tersebut bagi sahaja kepada suami atau anak-anak

  • Saya pernah menjadi suri rumah sekejap, memang tak habis habis tugasnya..
    Mungkin adamasanya perlu diberikan me time kepada mereka ini supaya dapat merehatkan diri..

  • isteri… kalau dia tak buat kerja rumah… mmg tunggang langgang laa rumah tu… byg kan… periuk nasi smlm dia x basuh… apa akan jadi? ada x yg sudi nk basuhkan selain suami atau anak2?😁

  • Saya dah mendaftar Perkeso dan buat bayaran untuk diri sendiri. Dan saya adalah surirumah yang gembira berada di rumah namun sedih bila tengok poket sendiri..huhu

    • Satu tindakan yang bijak untuk mendaftar SOCSO…kita tidak minta musibah tetapi kalau ada musibah…ada juga bantuan atau ihsan untuk kita

      kalau macam tu…jangan fikir sangat poket sendiri

  • Begitu lah suri rumah, pekerjaannya tidak bernah berakhir, dan tidak ada cuti juga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge